Bab 1

25.6K 654 11
                                    

Faeeq Zayyan

"Termenung jauh nampak Tuan Faeeq kita ni, tak nampak macam orang nak kahwin pun?"

Faeeq hanya tersenyum kelat memikirkan perkahwinan yang akan dilangsungkan pada bulan hadapan bersama gadis yang sangat dicintainya, Adreena.

"Entahlah Harraz, aku tak tahu apa yang akan jadi sebenarnya. Ye lah, future in laws tak pernah restu hubungan kami berdua.."

Hubungan Faeeq & Adreena tidak pernah direstui oleh kedua ibu bapa pihak perempuan hanya kerana status pekerjaan Faeeq sebagai pegawai polis.

"Kau ada lagi sebulan untuk buat keputusan Faeeq, fikir masak-masak. Tanya pada yang selayak-Nya dalam sujud kau. Demi masa depan korang berdua.. Kau tahu kan, perkahwinan tanpa restu ibu bapa ni tak menjamin masa depan kau.."

Ucap Harraz sambil menepuk bahu Faeeq. Faeeq hanya mampu mengeluh. Dah berapa kali mengeluh untuk hari ini pun sudah tidak terhitung.

Mansion28 Cafe

"Sorry lambat, I ada urgent meeting tadi"

Faeeq yang masih menyarungkan seluar uniform birunya bersama t-shirt hitam lengan pendek tergesa-gesa mengambil tempat duduk di hadapan Adreena.

Adreena mengeluh.

"You bila je tak lambat. Setiap kali kita dating I je yang selalu tunggu you. Kadang I penat tau, I berkorban untuk you, tapi you sibuk korbankan diri you untuk kerja you. I je lah yang selalu beralah dalam hubungan kita"

Faeeq terdiam. Bukan senang untuk mendapat pasangan yang memahami kerjaya sendiri, lagi pula Faeeq yang hidup & mati rela dikorbankan untuk negara tercinta.

"I'm really sorry sayang, I tahu I salah.. Tapi you pun tahu kan kerja I macam mana... We've been together for 5 years.. I'm thankful for that sayang.. Thank you sebab bersabar dengan I.."

Adreena mengukir segaris senyuman. Hambar. Jelas kelihatan wajahnya yang agak kecewa dengan tunangnya sendiri. Adreena, anak tunggal kepada Datin Asilah & Dato Ayie merupakan seorang yang manja & clingy. Dari kecil hingga dewasa sudah terbiasa mendapat sepenuh perhatian daripada semua orang, tetapi Faeeq tidak mampu untuk memberikan perhatian pada Adreena membuatkan dia rasa terabai.

"Ye lahhhh.. I maafkan.. Jom makan, lapar"

Adreena sudah malas untuk bertekak & merajuk dengan Faeeq. Dia juga sudah lali.

"Thank you sayang.. Ok sekarang nak makan ape? You order je I belanja.. Lepasni kita pergi shopping barang hantaran ok?"

"Pandai eh pujuk kita.. Macam tahu-tahu je saya nak sambung merajuk sebab barang hantaran belum beli..."

"Of course I know you sayang... Dah jangan merajuk, tak comel laaaa kalau sayang merajuk..."

"Ye lah tu.. Saje kan nak ambil hati"

"Ya Allah sayang.... Tak ada nya nak ambil hati, sayang memang cantik.. Kalau tak cantik tak de lah abang berebut sayang dengan abam polis lain"

Sakat Faeeq yang kembali mengimbau pertemuan pertama mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah. Adreena sebagai doktor pelatih mengikuti Dr Mimi untuk memberi taklimat kesihatan pada pegawai polis.

"Ok darling ok.. Now let's eat hahaha"

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now