Raissa masuk ke dalam bilik selepas selesai mengemas rumah. Faeeq masih lagi tidur. Raissa duduk di sebelah Faeeq & memegang lehernya untuk memastikan sama ada demam Faeeq semakin kebah atau tidak.
Faeeq yang tersedar itu cuba menggenggam tangan Raissa namun ditepis. Raissa bingkas bangun. Merajuk lagi ke Raissa? Hm.
Raissa masuk semula ke bilik bersama dulang yang berisi bubur & air suam. Dia meletakkan dulang di atas meja sisi.
"Bangun, makan. Lepas ni makan ubat"
Faeeq hanya akur tanpa sebarang kata. Dia bersandar di kepala katil. Raissa yang baru sahaja hendak bangun ditahan oleh Faeeq.
"Tolong suap boleh?"
Raissa duduk semula. Dia menyuapkan bubur pada Faeeq. Licin bubur tersebut ditelan Faeeq. Masing-masing hanya membatu, tanpa sebarang patah perkataan pun keluar daripada mulut mereka berdua. Usai makan ubat, Raissa sekali lagi dihalang daripada bangun.
"Kejap sayang.."
Raissa hanya diam & memandang Faeeq tanpa reaksi.
"I'm really sorry.. Saya tak sepatutnya marah awak tanpa usul periksa.."
-"Betul ke awak tak keluar dengan Afif?"
"Ape yang awak merepek ni? Saya cuma keluar dengan rakan sepejabat saya, mana ada Afif pun? Staff pejabat saya pun tak de nama Afif. Yang awak sibuk sangat tanya pasal dia dah kenapa?"
"Sayang..."
Raissa mengalihkan pandangan. Dia sudah tak mampu bertentang mata dengan Faeeq. Hatinya sakit. Dia nak tuduh aku curang?
"Look at this.. Saya terima WhatsApp ni semalam"
Faeeq menghulurkan telefonnya pada Raissa. Membuntang mata Raissa melihat gambar kenangan dia bersama Afif 4 tahun lepas.
"Siapa yang hantar?"
"Saya tak tahu.. Saya tak kenal nombor tu.."
"This was 4 years ago Iyyan. Tak boleh tanya saya dulu ke? Awak tahu marah je kan? Tanpa usul periksa pula tu. Awak ingat saya tak de perasaan ke?"
"Raissa... Saya tahu saya salah.. Saya minta maaf"
"Maaf awak dapat sembuhkan luka di hati saya ni?"
"I'm really sorry sayang. Saya janji takkan tuduh awak macam tu lagi.. Saya minta maaf..."
Mata Raissa sudah mula berair. Faeeq menarik Raissa ke dalam pelukan. Raissa sudah mula menangis teresak-esak seperti anak kecil.
"Shhhh please don't cry sayang..."
Pujuk Faeeq lembut sambil mengusap belakang Raissa untuk menenangkan dia.
"Awak pergi mana?.. Sampai hati awak tinggalkan saya sorang2.. Lepastu awak tuduh saya yang bukan2"
Raissa memukul dada Faeeq berkali-kali. Faeeq memegang kedua tangan Raissa & dibawa ke bibirnya untuk dicium.
"I owe you an explanation.. -
But i couldn't do that right now.. I'm really sorry.."
"Kenapa? Siapa saya dalam hidup awak? Saya tak penting ke?"
"Bukan macam tu Raissa.. Tapi saya belum bersedia untuk berterus terang.. But i will explain when i'm ready.. Cuma bukan sekarang.."
Faeeq mengelap air mata Raissa dengan ibu jarinya.
"I'm really sorry... Boleh awak maafkan saya?"
"Saya hormat keputusan awak. Tapi tolong jangan tinggal saya macam tu lagi.. At least bagitahu saya yang awak kena pergi.. Saya takut.."
"Thank you so much for understanding sayang.. Saya janji lepasni saya bagitahu awak dulu.."
Raissa mengangguk tanda setuju. Faeeq mengusap lembut pipi Raissa.
"Please don't cry anymore.. Hmmmmm? "
Faeeq terus mencium kedua-dua belah pipi Raissa. Raissa akhirnya mengukir segaris senyuman.
"I really miss your smile sayang.. Senyuman awak sentiasa menghantui saya Raissa.."
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
Lãng mạnPerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...