Bab 33

10K 416 14
                                    

"Iyyan.. Harini balik awal tau.. Raissa nak masak lauk favourite Iyyan.."

Ujar Raissa gembira sambil membutangkan uniform kerja Faeeq. Faeeq tersenyum. Tangan Faeeq kini menyentuh lembut kedua belah pipi Raissa yang semakin tembam itu.

"Kenapa happy semacam ni?.. Ada apa2 yang sayang rahsiakan ke?"

"Saya happy pun salah ke?.."

Cebik Raissa. Ketawa Faeeq meletus melihat Raissa merajuk, mengalahkan kanak-kanak.

Raissa yang baru sahaja ingin melangkah ke luar pintu bilik ditarik ke dalam pelukan Faeeq. Faeeq mengusap lembut belakang Raissa tanda memujuk.

"Hey.. Iyyan adalah manusia paling bahagia bila tengok sayang happy macam tu..
Sayang Iyyan ni, rajin pula tu.. Hari-hari masak sedap untuk suami.. Untungnya laaaa suami Raissa Zulfa tu kannnnn.."

Seloroh Faeeq. Faeeq juga perasan akan perubahan Raissa selepas alami keguguran 5 bulan lepas. Raissa kini terlalu sensitif & kuat merajuk. Risau Faeeq dibuatnya.

Cubitan Raissa singgah di pinggang Faeeq.

"Mengadaaaaaa!"

"Elehhh, mengada pun ada orang tu tetap sayang.. Sanggup masak hari-hari sebab tak nak suami dia makan dekat luar dengan staff perempuan.."

Usik Faeeq lagi.

"Lepasni Raissa dah tak nak masak. Pergi la makan dengan staff awak yang cantik tu"

Faeeq mengeratkan pelukan & mengucup dahi Raissa.

"I love you sayang.. No one could ever steal my heart besides you, Raissa Zulfa.."

*****

Raissa yang sedang bertungkus lumus menyiapkan nasi briyani buat Faeeq itu mengalihkan perhatian pada deringan telefon yang tak henti-henti sedari tadi.

Nama Iyyan Sayang ❤️ tertera di skrin.

"Hello love.. Kenapa call?"

"Sayang... Sorry..."

Raissa yang sudah dapat meneka kenapa ucapan maaf itu yang pertama keluar dari hujung panggilan. Faeeq sudah semestinya tidak dapat pulang awal kerana komitmen kerjanya. Raissa mengeluh perlahan.

"You couldn't make it for tonight? Walaupun harini hari jadi Raissa?"

Soal Raissa kecewa. Faeeq sudah tidak lagi menjadi orang pertama untuk wish pada ulang tahun kelahiran Raissa tahun ini.

"Iyyan betul-betul sibuk.. Esok kita sambut sama-sama ok?"

Tanpa menjawab, Raissa terus matikan panggilan telefon. Hendak menjawab, takut menderhakai suami. Jadi Raissa memilih untuk berdiam diri.

Raissa terus berlari ke dalam bilik, tanpa sempat menghidangkan nasi briyani yang sudah siap di dalam periuk.

*****

Raissa yang baru sahaja selesai solat maghrib & membaca Al-Quran terus menapak ke ruang tamu, bersama telekung yang masih tersarung di kepala.

Gelap.

Tiba-tiba lampu di ruang tamu tersebut menyala, dengan nyanyian

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO RAISSA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Tergamam Raissa melihat semua yang disayangi & dirinduinya berkumpul di ruang tamu rumahnya.
Ibu bapa mentuanya & sahabat-sahabat baiknya!

Tetapi, seperti yang dijangka, Faeeq tiada di situ. Raissa cuba untuk mengawal riak wajah kecewanya kerana tidak mahu menghampakan semua yang berada di situ.

Aliah menghulurkan kek yang dihiasi lilin itu pada Raissa untuk ditiup.

Fuuuuuu

"Surprise!"

Faeeq muncul dari belakang sofa sebaik sahaja Raissa meniup lilin tersebut.

"Happy birthday, Goblin's bride"

Sengaja Faeeq meniru aksi dari drama Goblin, yang heronya akan muncul setiap kali heroin meniup api yang menyala, yang kini menjadi kegilaan Raissa.

Raissa memeluk Faeeq erat.

"Ehem, jangan nak sweet sangat ye. Hormat sikit orang yang belum kahwin."

Humaira mencelah. Antara mereka berempat, Humaira seorang sahaja yang masih belum menamatkan zaman bujang. Bukan tidak laku, cumanya buah hati masih bekerja keras demi menghalalkan Humaira.

Meletus tawa semua orang yang berada di situ.

Sorry for the late update guys!
Enjoy❤️
(Sorry juga sebab chapter ni agak hambar, dah lama tak menulis😢)

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now