"Firdaus"
"Ya tuan"
"Hantar unit khas untuk pantau isteri saya. Jangan sampai John apa2kam dia"
"Baik tuan"
"Tuan!"
Sampuk Akram.
"Kita dah dapat kesan laluan & lokasi John sekarang. Dia dah ada dekat dengan kita."
Akram menyampaikan maklumat pada Faeeq. Semua yang berada di situ berkumpul untuk meneliti maklumat yang dijumpai.
"Get ready. Kita akan masuk dari penjuru sini-"
Faeeq kalau soal kerja, tak pernah berfikir 2 kali, walau setinggi mana pun risiko yang bakal dihadapi dia tetap bersemangat. Demi lencana di dada.
Dia sentiasa berbangga dengan kerjaya yang dipilih walaupun membahayakan dirinya. Namun sejak berumah tangga, dia agak gementar dengan setiap keputusan dan gerak geri yang dipilih kerana bimbang akan membahayakan orang rumah.
"I will make sure he's caught today!"
Setelah tiba di gudang yang menyimpan dadah seludup tersebut, pihak polis telah berjaya mengepung kawasan itu dari setiap penjuru.
"Tuan, kita dah berjaya mengepung kawasan ni"
"Roger that"
Faeeq terus mengarahkan rakan seperjuangannya untuk mula bertindak masuk mengikut arah
"East-
West-
North -"
Sedang mereka menyelinap masuk ke arah yang telah ditetapkan, suatu das tembakan mengisi gegendang telinga semua yang berada di situ.
John & pengedar dadah yang lain peka akan kehadiran Faeeq & anggota polis yang lain untuk membanteras sindiket dadah John.
Anggota polis di situ tidak membalas serangan tersebut namun terus menyelinap ke arah gudang tersebut. Faeeq yang berada di North sudah mengenalpasti kedudukan John sekarang.
Belum sempat dia mendekati John, John terlebih dahulu melepaskan tembakan buat kali kedua, kini menuju ke arah anggota yang masuk dari arah West.
Serangan berbalas serangan, akhirnya Faeeq bersemuka dengan John. Masing-masing mengacukan pistol ke arah masing-masing.
"Selamat datang ke gudang dadah aku Faeeq Zayyan
Sapa John. Faeeq masih mendiamkan diri.
Amacam, besar kan gudang aku?"
Sambung John lagi.
"Letakkan senjata kau"
Arah Faeeq tegas. John & rakannya yang lain masih menghalakan pistol ke arah Faeeq & anggota nya yang berada tidak jauh dari Faeeq.
"Alahhh, kan seronok main tembak - tembak macam ni.. Game baru nak start ni Faeeq."
"Aku tak ada masa la nak main game dengan kau. Sementara aku masih boleh berlembut, baik kau ikut arahan aku"
Faeeq masih lagi boleh bertoleransi, kerana hal yang paling dia tidak gemari adalah melepaskan tembakan pada suspek. Walaupun sebenarnya dia berhak, namun dia sedaya upaya mengelak kerana risau tindakannya akan "membalukan seorang isteri", "meyatimkan seorang anak" atau "melukakan seorang mak" berdasarkan peristiwa lepas yang masih tersemat dalam ingatan.
Pendirian Faeeq adalah untuk mendidik & memberi pengajaran pada penjenayah, bukan membunuh. Bagi Faeeq, penjenayah sewajarnya bertaubat & menyesal dengan perbuatan jahat sendiri. Membunuh tidak dapat menyelesaikan jenayah.
"Apa kata kau bagi arahan dekat isteri kau dulu"
Faeeq lemah lutut mendengar perkataan isteri. Pistol di tangannya juga sudah mula diturunkan.
"Stay away from my wife!"
John masih lagi ingin mencabar Faeeq. Kini dia menunjukkan video yang merakam Raissa yang baru sahaja keluar daripada pejabat.
Tanpa melengahkan masa, Faeeq terus menembak bahagian kaki John sebagai amaran terakhir agar dia menyerah diri. Namum, serangan balas dilakukan oleh kedua belah pihak.
John tidak kisah gudang pembikinan & penyimpanan dadahnya yang bakal disita. Dia hanya ingin membalas dendam terhadap Faeeq.
John menghampiri & terus menumbuk Faeeq di bahagian perut & pipi secara bertubi-tubi. Faeeq kini rebah di lantai. Saat Faeeq cuba mencapai pistol yang berada di lantai, John menembak lengan kirinya & terus menghilangkan diri.
Pandangan Faeeq semakin kabur & akhirnya gelap.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...