Bab 3

12.8K 554 7
                                    

Sebulan kemudian.
Hospital Kuala Lumpur

Faeeq bergegas ke wad kecemasan yang menempatkan neneknya yang terkena serangan jantung. Silapnya juga kerana memberitahu perkhabaran putus tunang sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung. Habis pening kepala semua orang dibuatnya.

Dushhh. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

"Aduh. Encik, nak lari pun tengok depan laaaa!!"

Jerit seorang gadis yang terjatuh. Namun Faeeq tidak menghiraukan dia dan terus berlalu pergi.

"Weih dah la langgar aku sampai jatuh, lepas tu tak minta maaf pula!! Dasar lelaki huh"

"Eh kau pahal Raissa duduk tengah2 lobby hospital ni?"

"Tolong aku bangun dulu baru tanya boleh?"

"Sorry2"

Cepat-cepat Izzah menghulurkan tangan pada Raissa.

"Tu ha ada mamat tu langgar aku tapi blah camtu je.. Bukannya nak minta maaf haih"

"Hahaha.. Kau tu yang kurus sangat.. Terlanggar sikit dah terjatuh.. Buat malu je beb"

"Ahhhh kau ni.. Sempat pula kenakan aku kan hahaha.. Dah jom naik bilik aku.. Ngantuk ahhhhh"

*****

Raissa termenung sendirian di taman Hospital Kuala Lumpur. Lamunannya terhenti apabila namanya diseru. Dia mencari gerangan yang memanggil namanya.

"Nek mah!!"

Raissa terus berlari ke arah Nek Mah yang duduk di kerusi roda itu. Mereka berpelukan.

"Nek Mah buat ape dekat sini? Nek Mah sakit ke? Nek Mah sakit ape?"

Amboi banyak betul soalan Raissa ye. Nek Mah tersenyum melihat telatah Raissa.

"Nek Mah kena serangan jantung.. Terkejut punya pasal.. Cucu Nek Mah tu tak jadi kahwin..."

"Ya Allah Nek Mah.. Sekarang dah ok ke?"

"Alhamdulillah dah ok sikit.. Tapi Nek Mah merajuk lagi dengan cucu Nek Mah tu"

"Comelnyaaa Nek Mah merajuk hahaha.. Nek Mah kena makan ubat tau.. Baru cepat sihat"

"Ada-ada je lah kamu ni Raissa"

Tanpa sedar gelak tawa mereka berdua sedang diperhati oleh seseorang dari jauh. Siapa?

*****

"Selamat pengantin baru Aliah!! Cantiknyaaaa kau..."

Ucap Raissa yang sedang menunggu Aliah bersiap untuk majlis perkahwinan Aliah. Aliah meminta agar Raissa menjadi pengapitnya manakala Izzah & Humaira menjadi bridesmaid Aliah.

"Kau bila lagi Raissa?"

Usik Izzah sambil mencuit bahu Raissa.

"Kau kahwin la dulu Izzah, aku takut kau kebas suami aku hahaha"

Gelak besar masing-masing di situ mendengar usikan Raissa. Boleh tahan padu ye lawak Raissa..

"Tu lah Izzah, pandai mengusik orang sangat.. Kang tak pasal-pasal korang berdua jadi madu... Aku takut kuali dekat rumah tu terbang je nanti.."

Giliran Humaira pula mengusik.

"Korang jangan macam-macam ehhh.. Meremang bulu roma aku dengar.. Raissa ni garang tauuuu.."

"Dah dah jangan merepek.. Pengantin lelaki dah sampai tu.."

Raissa berjalan seiring dengan Aliah ke pelamin sebagai pengapit pengantin perempuan.

Oh my god mamat ni yang langgar aku dekat hospital haritu!

Getus hati Raissa apabila ternampak gerangan Faeeq sebagai pengapit pengantin lelaki.

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now