Sudah 2 minggu Faeeq di Sabah. Namun tiada satu panggilan telefon yang dibuat dengan Nek Mah. Namun Nek Mah mengerti akan kerjaya Faeeq sebagai anggota polis.
"Jauhnya termenung Nek Mah.. Rindu Iyyan ke? Nak Raissa call dia?"
"Eh tak pe Raissa, selagi Iyyan tak call selagi tu kita tak boleh call dia.."
Raissa mula berasa pelik.
"Kenapa Nek Mah?"
"Iyyan tak bagitahu Raissa ke dia kerja ape?"
"Tak..."
Mungkin dia takut Raissa tak boleh terima kalau Raissa tahu dia polis.. Seperti cucu menantu yang tak jadi tu.. Getus hati Nek Mah. Dia kecewa kerana Faeeq ditinggalkan kerana pekerjaan dia.
"Nanti Raissa tanya Iyyan sendiri ye.."
"Eh tak nak lah Raissa, nanti dia cakap Raissa busybody pula.."
"Raissa suka Iyyan?"
Membuntang mata Raissa mendengar pertanyaan Nek Mah. Laju dia menggelengkan kepala.
"Tak lah Nek Mah.. Kenapa Nek Mah tanye macam tu.."
"Kalau Nek Mah minta Raissa kahwin dengan Iyyan, Raissa nak tak?"
"Nek Mah..."
Perbualan mereka terhenti apabila mendengar deringan telefon Nek Mah. Nama Iyyan tertera di skrin telefon.
"Assalamualaikum cucu nenek"
"Waalaikumsalam nek, sihat?"
Raissa bergegas ke dapur rumah Nek Mah. Raissa akan menjenguk Nek Mah setiap kali dia pulang dari kerja. Kebetulan rumah Nek Mah tidak jauh dari rumahnya. Kadang-kadang dia tumpang bermalam ni rumah Nek Mah atas permintaan Nek Mah kerana ibu bapa Faeeq ada urusan kerja di luar negeri.
"Raissa.."
"Ye Nek Mah.. Kejap"
Ada ape Nek Mah? "Tanpa menjawab pertanyaan Raissa, Nek Mah terus menghulurkan telefon pada Raissa.
" Hello?"
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam.. Kenapa awak nak cakap dengan saye?"
"Sape yang nak cakap dengan kau? Aku tengah cakap dengan nenek kan tadi"
Soal Faeeq. Sengaja mahu menyakat Raissa. Raissa sudah mula bengang.
"Dah lah bye"
"Eh kejap. Haish kau ni, melawak sikit pun sentap. Ye lah aku nak cakap dengan kau. Kau ok ke tu? Ke rindu aku yang handsome ni?"
"Perasan betul awak ni. Celah mana handsome pun tak tahu lahhhh"
"Elehh tak handsome konon.. Kalau aku ada depan mata kau sampai tak berkelip mata tu tengok aku.. Macam tu pun tak nak mengaku aku handsome lagi.."
"Ye lah tu.."
"Kau ok tak ni?"
Nada Faeeq kembali serious.
"Saya ok je lah.. Lagipun seronok jumpa Nek Mah.. Ada juga teman berbual"
"Ok lah macam tu.. Tak ade lah aku risau sangat.. Dah lah aku tak boleh telefon masa bertugas"
Dia risaukan aku?
"Oii kau dengar tak apa aku cakap ni?"
Lamunan Raissa terhenti.
"Ish dengar lahhhh.."
"Ok bye, nanti aku balik"
Faeeq terus matikan panggilan. Degupan jantung Raissa laju. Itu merupakan kali pertama dia berbual dengan Faeeq melalui panggilan telefon.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...