One Utama
"Sayang.. Jalan laju-laju nak ke mana?"
"Saya memang jalan laju lah.. Sorry.."
Raissa menarik tangan Faeeq agar jalan beriringan. Faeeq menggenggam erat tangan Raissa sambil berjalan di mall setelah selesai membeli barang dapur.
"Sayang ada teringin apa2 ke? Sayang bagitau je nanti saya belikan.."
"Tak ada ape pun.. Kenapa?"
"Saje nak belanja isteri kesayangan ni sebab dia good girl pergi kemoterapi"
Terharunya. Perasaan dihargai itu sama seperti kasih sayang yang diterima dari mama & abah masa kecil.
"Tahniah Raissa.. Mama dengan abah bangga dengan Raissa"
Abah menghulurkan kotak kasut jenama Nike pada Raissa.
"Kasut sport baru! Terima kasih mama, abah"
"Abah & mama tahu, kasut sport Raissa kena curi kan haritu.."
"Terima kasih abah & mama.. Raissa suka.. Cantik! Tak sabar nak pakai pergi jogging nanti.."
Raissa terus memeluk mama & abah. Kasut itu dihadiahkan sempena kejayaan Raissa meraih keputusan cemerlang dalam SPM.
"Sayang
Sayang!"Faeeq memanggil Raissa sambil menghayunkan tangan di depan muka Raissa. Raissa tersentak mendengar namanya dipanggil. Dia memandang Faeeq.
"Termenung pulak sayang ni.. Teringat ape tu?"
Raissa hanya memandang Faeeq sepi. Faeeq mencubit pipi Raissa.
"Auchh"
"Kenapa sayang ni?.. Ok tak?"
"Tak ada apa lah.. Jom.."
*****
Tiba di rumah mereka berdua terus bersihkan diri & solat maghrib berjemaah. Itulah rutin yang mereka amalkan selepas bergelar suami isteri, iaitu solat berjemaah.
Raissa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Faeeq. Faeeq juga tidak kekok untuk mencium dahi Raissa. Raissa terus memeluk Faeeq. Dia hanya membatu, terkejut dengan perbuatan spontan Raissa.
"Terima kasih sebab layan saya baik sangat.. Walaupun awak tak cintakan saya, tapi awak hargai saya sebagai seorang isteri.. Saya minta maaf, saya belum tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri awak yang baik..
Raissa diam seketika sebelum menyambungkan bicaranya. Faeeq mula membalas pelukan Raissa sambil mengusap belakang badan untuk menenangkannya.
"Saya terharu sebab awak cakap nak belanja saya sebab saya pergi kemo. Dulu saya selalu dapat hadiah dari abah & mama kalau saya dapat keputusan cemerlang.. Awak ingatkan saya pada arwah abah & mama."
"Sayang... You are a good wife to me.. Seminggu kita kahwin, awak dah jadi isteri yang terbaik untuk saya.. Awak masak, teman saya makan, kemas rumah, jadi makmum saya.. Itu dah cukup buat saya..."
"Dah lama saya tak rasa kasih sayang macam yang saya pernah dapat daripada abah & mama dahulu.. Terima kasih Iyyan..."
"My pleasure sayang.. I pray for the highest Jannah for you.."
"Aamin ya Allah.. Terima kasih juga, awak dah jadi imam yang terbaik buat saya.. Tapi...
"Tapi ape?"
"Makmum awak kena saya sorang je.. Bukan 4"
Meletus tawa Faeeq.
"Yang sorang ni pun saya dah pening kepala nak pujuk, macam mana la nak tambah lagi 3 orang tu.."
Kata Faeeq sambil mencuit hidung Raissa.
"Kalau tambah Faeeq junior boleh?..."
Raissa hanya diam.
"Saya gurau je lah.. It's okay.. I won't force you ok sayang.. Let's enjoy ourself dulu.. Yang penting sayang kena sihat yaa.."
Raissa tersenyum sambil mengeratkan pelukan. Faeeq senang dengan hubungan mereka itu.
"Jom makan.. Lepastu marathon cerita Crash Landing on You nak?"
Semakin lebar senyuman Raissa. Sejak jadi suami Raissa ni, dah pandai tengok cerita Korea ye Faeeq.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...