Faeeq Zayyan akhirnya pulang ke rumah Nek Mah setelah 3 minggu di Sabah.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam.. Ha balik pun kamu Iyyan"
"Mama dengan ayah mana Nek?"
"Pergi Penang.. Ada reunion katanya"
"Oh ok.. Raissa?"
"Dia belum balik kerja.. Selalunya waktu2 macam ni dia dah sampai.."
Telefon Nek Mah berdering.
"Panjang umur dia, baru je sebut.."
Waalaikumsalam Raissa.. Lah ye ke.. Kamu tunggu situ jangan ke mana-mana.. Send location dekat Nek Mah""Kenapa Nek?"
"Tayar kereta Raissa pancit.. Kamu pergi ambil dia boleh?"
*****
Arkib Negara Malaysia
Raissa sedang menunggu di bangku hadapan pejabatnya sambil tenung Honda Civic putihnya yang pancit itu. Tiba - tiba Volkswagen Passat berhenti di sebelah keretanya.
"Iyyan!"
"Amboi excited sangat ke jumpa aku"
"Ehem.. Awak buat ape kat sini?"
"Itu je lah soalan kau.. Ingatkan nak tanya aku sihat ke tak, ok ke kerja, ni tak hmmmmm"
"Dah lah jom lah balik.. Aku dah call mechanic nanti dia datang check kereta kau"
Raissa hanya senyap sepanjang perjalanan pulang.
"Kita nak pergi mana ni?"
"Makan dulu.. Lepas tu aku hantar kau balik.."
"Tak pe lah saya tak lapar.. Kita balik terus lah..."
"Teman aku makan boleh? Aku tak makan dari pagi tadi tau.."
"Sape suruh awak tak makan. Saya pula yang kena teman awak makan"
"Please sayang...."
Sengaja Faeeq bertukar menjadi manja. Raissa hanya diam sambil mengalihkan pandangan ke luar tingkap.
*****
"Masuk kerja pukul berapa esok?"
"8.30.."
"7.30 aku ambil, breakfast dulu dengan aku"
"Tak pe saya boleh pergi naik grab"
"Aku ambil."
Tegas Faeeq.
"Fine. Thank you hantar saya balik.."
"Anything for you"
Ucap Faeeq sambil menguntum senyuman. Jelas kelihatan lesung pipit kirinya.
*****
"Morning"
Sapa Faeeq setelah Raissa masuk ke dalam kereta. Ceria betul harini, selalu mengusik je lah kerjanya.
"Morning, nah kopi"
Raissa menghulurkan tumbler berisi kopi yang dibancuh untuk Faeeq. Faeeq menyambut huluran itu dengan senyuman yang lebar. Sudah menjadi kebiasaan Raissa untuk minum kopi di waktu pagi.
"Nak breakfast mana?"
"Rahsia.."
*****
"Dah sampai, jom"
Faeeq & Raissa beriringan masuk ke dalam restoran. Macam tahu je kita suka nasi lemak. Bisik hati Raissa.
Sedang asyik mereka menjamah nasi lemak,
"Tuan, dah balik dari Sabah? Belum sebulan lagi tuan operasi di sana?"
Faeeq sudah mula cuak kerana dia tidak mahu kerjayanya sebagai anggota polis diketahui Raissa akibat kisah lalu yang menjadi penghalang cinta dia & Adreena.
Raissa hanya mendiamkan diri. Faeeq sudah memberi isyarat pada Harraz agar tidak meneruskan perbualan mengenai operasinya di Sabah tempoh hari.
"Ha ah Harraz, rindu buah hati dekat sini.."
Tersedak Raissa dibuatnya.
"Wah patut lah.. Selalunya Tuan Faeeq ni selagi belum sebulan dia pergi, selagi tu dia tak akan balik. Kadang-kadang sampai 2 bulan baru nampak batang hidung"
Harraz berbual mesra dengan Raissa. Sengaja ingin mengusik Faeeq. Raissa hanya ketawa. Kerja ape sampai 2 bulan baru balik?
"Ok lah saya pergi dulu tuan.. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Jawab mereka serentak. Raissa masih lagi tak berhenti ketawa.
"Amboi seronok nampak mengata aku depan2"
"Hehehe.. Mana adaaaa.. Tapi, betul ke awak workaholic?"
Faeeq mengeluh perlahan sebelum menjawab.
"Start dari putus tunang"
"Oh.. Boleh saya tahu kenapa awak putus tunang?"
"Dah jom, nanti lambat pula awak masuk kerja"
Faeeq bingkas bangun ke kaunter tanpa menjawab pertanyaan Raissa.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...