Raissa pulang ke rumah seperti biasa. Raissa hanya mengeluh sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Terlihat kelibat Faeeq yang sedang berada di atas sofa sedang tenung ke arahnya.
"Dah pukul 10 malam baru reti nak balik rumah?"
Raissa merenung jam di tangannya sambil mengeluh panjang.
"Saya pergi jumpa kawan-kawan. Tak sedar pula dah lewat."
Raissa menjawab sambil melangkah ke bilik. Malas mahu bertekak dengan Faeeq. Dah la tinggal isteri sampai 2 minggu tanpa khabar berita, balik2 rumah terus nak mengamuk.
Faeeq menarik lengan Raissa kasar.
" Sakit lah Iyyan lepas lahhhh "
Raissa meronta kesakitan kerana lengannya dicengkam oleh Faeeq.
"Habis tu saya tak sakit tengok awak keluar dengan lelaki lain?"
"Lelaki lain apa nya. Tu office mate saya je lah"
"Keluar dengan office mate sampai lewat malam macam ni? Dah lupa ke awak ada suami?"
Darah Raissa semakin menggelegak.
"Awak tinggal saya 2 minggu tanpa khabar berita, buat saya macam tak wujud!! Lepastu awak nak marah2 saya macam ni. Awak pun dah lupa kan yang awak ada isteri?!"
Raissa sudah meninggikan suara bersama tumpahan air mata di pipi. Dia merentap lengan yang dicengkam oleh Faeeq & terus masuk ke bilik. Dia menghempas pintu bilik sekuat hati. Raissa melorot di pintu sambil menangis teresak-esak.
Faeeq tergamam. Dia meraup mukanya kasar. Faeeq tidak dapat menahan amarahnya kerana dia baru sahaja menerima gambar mesra Raissa bersama Afif di WhatsApp. Dia juga belum mendapat kepastian sama ada gambar yang diterima itu adalah baru atau lama.
Tu lahhhh Iyyan. Sampai bila kau nak rahsiakan pekerjaan kau. Kan dia dah salah faham. Gumam Faeeq sendirian.
*****
Raissa terbangun dari lenanya. Sungguh dia malas untuk membuka mata kerana terlalu letih menangis malam tadi. Tidur dalam tangisan. Dia terus membersihkan diri & solat subuh.
Dia ingin ke dapur untuk menyediakan sarapan memandangkan hari ini adalah hari minggu. Terlihat kelibat Faeeq yang sedang tidur di sofa. Dia menghampiri Faeeq.
"Awak, bangun solat subuh"
Tiada respon.
"Bangunlah solat subuh."
Masih tiada respon daripada Faeeq. Raissa menggoncangkan badan Faeeq. Selalunya Faeeq yang akan kejutkan Raissa untuk solat subuh. Raissa mula cuak kerana Faeeq masih tidak bangun. Dia memegang dahi Faeeq.
"Ya Allah panasnya"
"Iyyan bangun.... Nanti terlepas subuh.."
"Hmmmmm"
Faeeq bangun dari pembaringan sambil tenyeh mata.
"Bangun solat subuh dulu"
Raissa terus memapah Faeeq ke bilik air untuk berwuduk. Masing-masing diam tanpa sebarang kata.
Raissa terus ke dapur untuk memasak bubur sementara Faeeq solat subuh. Selesai sahaja masak dia terus ke bilik. Faeeq sudah pun terlelap di katil.
Raissa duduk di tepi Faeeq lalu memegang dahi Faeeq. Masih panas. Baju Faeeq juga basah akibat peluh yang keluar dari badannya. Raissa mencapai t-shirt Faeeq yang baru untuk ditukar. Raissa membuka baju Faeeq. Riak wajah Raissa bertukar.
Parut?? Dia terlihat parut yang agak panjang di bahu kanan Faeeq. Dia mula mengesyaki sesuatu.
Iyyan ni mafia ke? Aishhh. Takkan kut? Tapi Iyyan pun tak pernah cakap ape2 tentang pekerjaan dia.. Baju kerja pun tak pernah digosok..
Raissa hanya berteka-teki dalam hati sambil merenung ke arah Faeeq yang sedang tidur lena.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...