Bab 4

12.2K 545 6
                                    

"Hm cik ni ada masalah dengan saye ke ye dari tadi tengok saya macam nak telan?.. Ke sebab saya handsome sangat?"

Soal Faeeq pada Raissa yang tidak lepas memandang Faeeq dari tadi.

"Excuse me, saya tengah tengok manusia yang tak reti nak minta maaf lepas dah buat salah!"

Marah Raissa. Tapi dalam hati
handsome konon, ehhhh tapi memang handsome pun. Aihhh Raissa.

"Masa bila pula aku buat salah dekat kau. Kenal pun tak."

"Encik dah lupa ke encik langgar saya dekat hospital bulan lepas?"

"Pergh insiden bulan lepas pun boleh dikenang lagi. Betul lah orang cakap, perempuan ni complicated"

Sengaja Faeeq menambah kemarahan Raissa.

"Eh hello encik, kalau dah buat salah tak reti nak minta maaf tu sape je tak ingat. Suka-suka hati je cakap perempuan complicated."

"Kau tu yang complicated. Suruh orang minta maaf macam nak ajak bergaduh."

"Buang masa je nak cakap elok2 dengan orang macam awak"

"Habis tu nak cakap elok2 dengan sape je?"

"Eh mamat ni. Banyak pula cakap. Minta maafnya tak pun. Dari tadi asyik cari pasal je"

Tiba-tiba telefon Faeeq berdering.

"Hello
Kejap saya datang sekarang"

Faeeq terus meninggalkan Raissa serta majlis setelah menjawab panggilan telefon tersebut. Raissa termangu sendirian di situ.

"Dia blah macam tu je?!"

*****

"Nek.. Bangun lah.. Jangan buat Iyyan  risau.."

Faeeq yang setia di sisi neneknya itu berbicara sendirian walaupun neneknya masih tidak sedarkan diri akibat tekanan darah tinggi. Kesihatan neneknya kian merosot setelah insiden Faeeq putus tunang beberapa bulan yang lalu.

Keesokan harinya nenek Faeeq sudah pun sedar. Namun Faeeq terpaksa bergegas ke tempat kerja kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Neneknya yang gemar menyendiri di taman Hospital Kuala Lumpur menghabiskan masa sendirian di situ sambil melihat gelagat pesakit lain. Sedang asyik termenung, namanya diseru.

"Nek Mah!!"

"Eh Raissa.. Buat ape dekat sini? Sakit ke?"

Nek Mah sudah mula mengesyaki sesuatu kerana dia kerap berjumpa dengan Raissa di hospital. Adakah Raissa sakit? Tapi dia tak pakai baju pesakit pun?

"Nek Mah ni.. Sepatutnya Raissa yang tanya Nek Mah kenapa Nek Mah di hospital.. Nek Mah tak sihat lagi ke?"

Raissa cuba untuk mengelak daripada soalan Nek Mah.

"Nek Mah masuk hospital sebab tekanan darah tinggi.."

"Kan Nek Mah dah janji nak jaga kesihatan.. Sampai hati Nek Mah mungkir janji"

Cebik Raissa. Sengaja ingin bermanja dengan Nek Mah.. Nek Mah tersengih melihat gelagat manja Raissa. Tiba-tiba.....

"Nenek!"

Suara garau itu menarik perhatian Nek Mah & Raissa. Dia menghampiri mereka berdua.

"Nenek buat ape dekat sini kan nenek belum sihat lagi?"

"Awak?!!"

Soal Raissa yang masih terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut.

"Eh, korang berdua kenal ke?.."

"Tak!! - Faeeq
" Ya!! - Raissa

Jawab Faeeq & Raissa serentak.

"Betul ke Iyyan tak kenal Raissa?"

"Hm entahlah Nek.. Kenal kut.."

Jawab Faeeq acuh tak acuh. Raissa masih menunjukkan muka tak puas hati.

"Dah lah Nek.. Jom naik bilik.. Nenek belum makan kan.. Kejap lagi kena makan ubat"

"Ye lah.. Jom Raissa teman Nek Mah"

Raissa hanya akur kerana kebetulan dia juga hendak ke atas. Faeeq menolak kerusi roda Nek Mah sambil Raissa berjalan di sisinya.

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now