Faeeq meniti tubuh Raissa yang terbaring di katil hospital itu, bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Masih terngiang-ngiang berita yang dikhabarkan oleh Mama Sue semasa keadaan sudah mulai sedikit tenang.
"She discovered that she's pregnant before everything was chaotic just now.."
Tiada kata yang dapat diluahkan oleh Faeeq apabila mendengar khabar gembira itu. Dia hanya mampu berdoa agar isteri dan anak dalam kandungan itu selamat.
Faeeq tidak pernah menyangka semua ini akan terjadi kerana dia telah pun cuba sedaya upaya untuk memastikan ahli keluarganya selamat. Namun situasi tersebut adalah di luar kawalan dia.
Menyesal? Perasaan itu masih menghantui diri Faeeq. Namun perasaan itu harus diusir sejauh mungkin kerana itulah perjuangan yang harus ditempuhi demi negara tercinta.
Sebuah keluhan berat dilepaskan sambil sepasang mata itu mengintai dari tirai kamar hospital. Faeeq mengalihkan pandangan ke arah Raissa yang masih tidak sedarkan diri itu.
Bayangan dan gurauan Raissa masih segar di benak ingatan Faeeq sebelum segala-galanya berlaku. Perasaan menyesal
"Awak.. Kalau kita ada anak nanti kan.. Awak nak tak anak kita jadi polis?.."
"Kenapa? Sayang pregnant ke?"
Sebuah tamparan singgah di lengan sasa Faeeq. Faeeq berfikir sejenak sambil membawa Raissa ke dalam pelukan. Dagunya bersandar di bahu Raissa. Tidak lama kemudian dia mengeluh perlahan.
"What if I don't allow him or her to become like me?"
"Why?..
Saya sentiasa bangga dengan lencana yang ada di dada awak tu.."
Soal Raissa pelik.
"It's harder than you think"
"Nothing is easy in life cinta. Everything is hard"
"Awak kena pertaruhkan segalanya dalam hidup awak..
Including love & family"
Jawab Faeeq dengan nada yang mendatar.
"Sayang nak izinkan anak-anak jadi polis macam saya?"
Raissa hanya diam tanpa sebarang kata. Tidak lama kemudian dia menjawab pertanyaan itu dengan tenang
"I will.. Because I'm always proud of the father's sacrifices for the country and for the people he loves.
Dia sanggup korbankan diri dia untuk selamatkan negara dari penjenayah yang melumpuhkan keselamatan negara. How could you not be proud of that?..
You have that chance to save the country.. Why would you lose the chance cinta.."
"Walaupun setiap keputusan yang dibuat itu akan merisikokan orang sekeliling yang disayangi?"
Raissa menyandarkan kepala di dada Faeeq. Dia mengeratkan pelukan.
"Why would you question that cinta.. Tu kan kerja Tuhan.. Sehebat mana pun jalan yang kita rancang, kalau Allah tak izinkan rancangan itu berlaku mengikut kehendak kita, benda tu tak akan terjadi.
Mungkin kita rasa rancangan itu adalah yang paling terbaik untuk kita, tapi sebenarnya ada lagi yang terbaik Allah tetapkan untuk kita.. "
Sebuah cubitan singgah di pipi Raissa. Faeeq mengukir senyuman.
"Nampak je macam budak kecil isteri saya ni, tapi pemikiran matang macam orang tua"
Usik Faeeq. Raissa yang diusik itu menghadiahkan sebuah jelingan maut buat Faeeq. Faeeq ketawa berdekah melihat gelagat comel Raissa itu.
Jauh dari sudut hati Faeeq, dia sangat terharu dengan jawapan yang Raissa berikan. Tak semua orang boleh menerima kerjaya orang beruniform sebagai pasangan, yang seluruh nyawa dikorbankan demi keselamatan negara.
Tiada jaminan pasangan itu akan selamat sekiranya bertempur di medan perang. Namun Raissa hanya kekal tenang, malah berbangga dengan Faeeq.
"Awak tu kena bersyukur tau, saya terima awak seadanya walaupun saya terpaksa bermadu"
Jawab Raissa ringkas. Faeeq menjongketkan kening.
"Bila pula saya kahwin lain ni sayang.. Cantik ke isteri baru saya tu?"
Seloroh Faeeq menyoal.
"Saya bermadu dengan kerjaya awak laa Encik Faeeq Zayyan. Jangan nak menggatal ye!!"
Raissa sudah mula mencebik. Faeeq menghadiahkan ciuman di pipi Raissa berulang kali & dia terus berlari ke arah pintu rumah sebelum tangan ketam Raissa hinggap di badannya.
"Bye sayang, saya dah lambat nak pergi jumpa madu awak!"
Usik Faeeq lagi walaupun sudah terlewat untuk ke tempat kerja.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...