Panggilan telefon dimatikan. Faeeq sudah tidak keruan. 1 pesanan WhatsApp diterima setelah Faeeq menghidupkan WiFi.
📌Raissa Sayang
➡️Saya pergi beli barang dapur kejap di OU.
Faeeq terus bergegas ke OU untuk mendapatkan Raissa. Faeeq juga tidak berhenti mendail nombor Raissa namun telefon Raissa dimatikan.
Faeeq juga susah untuk mengesan keberadaan Raissa kerana telefonnya yang dimatikan. Dia mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah dengan harapan Raissa tiba di sana dengan selamat.
Tiba di kondominium milik mereka, Faeeq terus memecah masuk dengan terburu-buru.
"Raissa!
Sayang! Are you here?!
Raissa!
Raissa Zulfa!"
Jerit Faeeq memanggil nama Raissa, dengan harapan dia dapat mendengar sahutan daripada Raissa.
Pintu bilik dibuka dengan kasar. Raissa yang baru sahaja selesai solat asar terkejut mendengar pintu yang ditolak kasar oleh Faeeq.
"Sayang"
Faeeq terus memeluk Raissa dengan erat. Raissa tergamam sebentar sebelum dia membalas pelukan Faeeq. Dia mengusap belakang badan Faeeq & mula bersuara.
"Kenapa ni?...
Faeeq hanya mendiamkan diri & mengeratkan lagi pelukan. Mukanya dibenamkan di bahu Raissa yang masih bertelekung. Tangisan Faeeq mula kedengaran di hujung telinga Raissa.
Raissa menarik Faeeq untuk duduk di birai katil. Wajah Faeeq ditenung Raissa. Tangannya juga memegang pipi Faeeq untuk membalas pandangannya.
"Why are you crying cinta?..."
"I told you to be careful right?"
Faeeq menjawab lalu memegang tangan Raissa yang masih berada di pipinya.
"Of course I am cinta.. Saya dekat sini dengan awak kan sekarang.."
"Not here.. But at OU just now.."
"What did I do?"
Soal Raissa bingung.
"Look sayang. Kenapa sayang bagi orang pinjam phone sayang?"
"Mana awak tahu?"
"He called me"
"He called you? For what?"
"Dia lah John. Dia tengah aim sayang untuk balas dendam dekat saya"
Raissa terdiam.
"Seriously??"
"Yes. Dia juga adalah orang yang sama sayang jumpa di Singapore."
"Sorry... Saya tak tahu..."
Raissa sudah mula gelisah. Kenapa kau cuai sangat? Senang sangat bersangka baik dengan semua orang.
Raissa sudah mula menundukkan wajahnya. Tidak mampu bertentang mata dengan Faeeq kerana rasa bersalah, rasa bersalah kerana cuai & membuatkan Faeeq risau.
Faeeq yang perasan akan perubahan riak wajah Raissa yang sudah mahu menangis itu memeluk bahu Raissa dari sisi & memegang tangan kanan Raissa.
"Hey.. Please don't cry sayang..."
"Tapi saya cuai.. Saya buat awak risau.. Saya tak hati2.."
"I admit that you're careless... But I'm grateful that you're fine with me now.. Lepasni saya sendiri yang akan pantau awak..
Jangan cakap dengan strangers, be aware of your surroundings & most importantly, no more going anywhere alone ok?
Kalau saya outstation or anything, I'll ask someone to look after you.
Satu lagi, make sure your phone is available 24/7"
Tegas suara Faeeq menasihati Raissa. Raissa mencebik sambil menganggukkan kepala, gayanya tidak ubah seperti kanak-kanak yang dimarahi bapa sendiri.
Faeeq mencuit hidung Raissa.
"Kena marah pun comel! Tak jadi nak marah lah macam ni.."
Faeeq membawa Raissa ke dalam pelukan. Dia mencium dahi Raissa, lama. Raissa mengukir segaris senyuman. Dia berasa selesa apabila Faeeq membelai dia sebegitu. Kasih sayang daripada suami yang didambakan oleh setiap wanita yang bergelar isteri.
"Lepasni tangan ni nak kena gari yaaa Puan Raissa Zulfa.. Macam nak luruh jantung ni tadi tau.. Rasa macam kena jaga 4 orang isteri, padahal sorang ni je pengarang jantung saya.."
Usik Faeeq lagi sambil memicit hidung Raissa. Raissa mencebik.
"Eeeeeee mula lah tu nak gatal!"
Balas Raissa sambil mencubit lengan Faeeq.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...