Faeeq sudah tidak boleh menahan sebak di dada, dia sangat hiba melihat keadaan mereka berdua begitu.
"Jangan apa2kan dia John.. Aku merayu.."
Ujar Faeeq yang masih melutut di hadapan John itu. Raissa juga sudah menangis teresak-esak, mengingati nasib bayi dalam kandungannya.
John ketawa sinis.
"Kau dah tembak isteri aku sampai dia mati, kau dah sumbat anak aku dalam penjara, mak aku pun dah mati!! Baru sekarang kau nak merayu dengan aku?!"
"Aku tak tembak isteri kau John, dia sendiri yang dah kritikal sebab hisap dadah dengan kau! Kau sendiri adalah punca isteri dan mak kau mati.
Sebab apa? Sebab dadah!! Kau heret isteri dan anak kau hisap dadah, bila tengah high, kau pukul mak kau sendiri sebab dia tak bagi kau duit.
Kau dah lupa?!!"
"Arghhhhh kau diam!! Semua tu tak akan berlaku kalau kau tak masuk campur. Kalau kau tak tembak aku, isteri aku tak akan mati, sebab apa?
Sebab dia yang halang aku dari ditembak oleh kau!! Semua salah kau Faeeq, semua salah kau!!"
John mula berang. Dia mendekatkan lagi pisau ke batang leher Raissa. Raissa sudah menggigil ketakutan. Tangisan dia juga semakin laju melihat keadaan yang berlaku di hadapannya sekarang.
"Belum terlambat untuk kau berubah John.. Kau boleh hidup bahagia semula dengan anak kau kalau kau insaf"
John hanya mendiamkan diri.
"Aku merayu John, jangan apa2kan isteri aku. Kalau kau nak balas dendam sekali pun, kau boleh buat dekat aku. Jangan seksa orang lain yang tak ada kaitan dalam hal ni.."
"Kalau kau boleh seksa orang yang aku sayang, kenapa aku tak boleh?"
"Ok ok, aku minta maaf. Sekarang bagitahu aku apa yang aku boleh buat untuk kau lepaskan dia"
Faeeq sudah tiada pilihan melainkan mengikut arahan yang diberikan oleh John.
John perlahan-lahan mengalihkan pisau dari leher Raissa, namun dia menarik rambut Raissa yang sudah kelihatan tidak terurus itu ke belakang.
Faeeq sudah tidak tahan melihat perlakuan John itu bangun, ingin menghampiri kedudukan mereka berdua. Semakin Faeeq menghampiri, semakin kuat John menarik rambut Raissa hingga dia terdongak ke belakang.
"Jangan dekat Faeeq! Mati isteri kau aku kerjakan nanti"
John mula mengacukan pisau ke arah Faeeq yang mendekati dia.
Tiba-tiba, satu hentakan terkena pada belakang badan John hingga menyebabkan Raissa terlepas dari cengkaman John.
"Ma!"
Jerit Faeeq setelah melihat pukulan yang dilakukan oleh Mama Sue dari tangga. Raissa terus berlari ke arah Faeeq & Faeeq biarkan Raissa di belakangnya.
John tidak menghiraukan Mama Sue kerana fokus utamanya adalah untuk membalas dendam pada Faeeq. Hutang nyawa haruslah dibayar dengan nyawa. Jadi John nekad untuk membunuh Faeeq dengan tangannya sendiri.
Sedang Faeeq terleka untuk menyelamatkan Raissa, John dengan segera menghampiri Faeeq.
"Iyyan!"
Jerit Mama Sue kerana John sedang mengacukan pisau ke arah Faeeq & ingin menikamnya.
Tiba-tiba tubuh Faeeq dipeluk.
Raissa. Raissa memeluk Faeeq.
Pisau yang menikam tubuh itu ditarik & dibiarkan jatuh ke lantai oleh John sendiri.
Faeeq memandang Raissa yang sudah pun berubah kedudukan, daripada bersembunyi di belakangnya terus ke hadapan.
"Sayang!"
"Raissa!"
Jerit Faeeq & Mama Sue serentak. Belakang Raissa ditikam kerana ingin menyelamatkan Faeeq & akhirnya Raissa rebah ke lantai. Faeeq menyambut Raissa dengan pelukan yang erat.
"Sayang, bangun sayang"
Ucap Faeeq sambil menepuk pipi Raissa agar dia tidak pengsan.
"Sayang buka mata...
Sayang!"
Faeeq menangis teresak-esak apabila mata Raissa tertutup rapat.
John yang berlari ke luar rumah itu sudah ditahan oleh anggota polis yang baru sahaja tiba. Ambulans juga tiba pada waktu yang sama.
"Sayang please don't leave me.."
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...