Faeeq baru sahaja tiba di rumah pada jam 12 malam. Dia terus menuju ke bilik tidur kerana ingin mencari kelibat Raissa. Masuk sahaja ke dalam bilik, terlihat Raissa yang sedang tidur lena di atas katil. Terbit rasa bersalah Faeeq kerana terlalu sibuk sepanjang hari sehingga mengabaikan Raissa.
Faeeq menyambungkan charger & menghidupkan semula telefon yang kehabisan bateri.
📌10 missed calls
📌6 WhatsAppSemuanya daripada Raissa. Dia membuka WhatsApp daripada Raissa & baru dia sedar bahawa dia dah janji dengan Raissa untuk makan malam bersama. Faeeq mengeluh perlahan.
Dia menghampiri Raissa di katil. Tangannya mengusap lembut kepala Raissa & menyisir bahagian rambut yang sedikit menutupi sebahagian wajahnya.
Raissa tersedar akan kehadiran Faeeq lalu terjaga dari tidurnya.
"Awak baru balik ke?.."
Soal Raissa sambil bangun bersandar di kepala katil. Faeeq menggenggam tangan Raissa sambil mengangguk perlahan.
"Sorry sayang.. I broke 3 promises for today.."
"Tak pe lah.. Saya faham kerja awak macam mana.."
Jauh di sudut hati Raissa, dia agak kecewa kerana tidak dapat meluangkan banyak masa bersama dengan Faeeq setelah masing2 kembali bekerja.
"Betul ni tak marah?.."
"Ye, betul lah..."
"Thank you sayang.. I'm really sorry.. It's beyond my control.."
"It's okay.. Dah lah pergi mandi dulu sebelum tidur.. Nanti mengigau pula tidur.."
"Okay sayang.."
Faeeq bangun lalu mencium dahi Raissa sebelum masuk ke bilik air. Raissa hanya tersenyum kelat & sambung baring.
Faeeq mengeluh perlahan setelah Raissa terlihat sudah pun terlena di katil. Rasa bersalah terhadap Raissa semakin menebal dalam hati Faeeq.
*****
Keesokan hari.
Faeeq mendepakan tangan ke kiri, mencari tubuh Raissa untuk di peluk. Namun ruangan katil itu kosong, tiada susuk tubuh Raissa yang sedang berbaring di sebelah Faeeq. Faeeq bingkas bangun & mencapai telefon di meja sisi katil.
📌1 WhatsApp
Raissa Sayang❤️
➡️Saya pergi kerja dulu. Sarapan saya dah sediakan atas meja.
Faeeq hanya termenung sendirian selepas membaca WhatsApp yang diterima dari Raissa. Dia yakin Raissa sedikit sebanyak terasa dengan diri dia sendiri kerana mungkir janji.
Faeeq bingkas bangun & bersiap untuk ke pejabat.
*****
Faeeq meneliti skrin telefon miliknya yang tertera nama Raissa Sayang, dia terus menjawab panggilan tersebut dengan senyuman yang lebar.
"Hello sayang"
"Faeeq Zayyan.. Tengah bekerja ke tu?"
Faeeq yang sedang duduk di meja bertugasnya terus berdiri tegak mendengar suara yang agak asing baginya. Sekali lagi dia melihat skrin telefonnya, nama Raissa yang tertera, tetapi suara yang bercakap dengannya bukan Raissa.
" Siapa ni?!! Mana Raissa??"
Sergah Faeeq. Kenapa pula lelaki yang bercakap. Mana Raissa!!
"Woooo rileks Faeeq Zayyan. Takkan kau dah lupa aku... John"
Sinis jawapan yang diberikan dari hujung talian. Faeeq sudah mula gelisah. Dia memberikan isyarat pada inspektor lain untuk mengesan lokasi telefon Raissa.
Throwback.
Raissa singgah di mall untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan stok. Niatnya mahu mengajak Faeeq selepas makan malam semalam namun tak kesampaian. Jadi dia mengambil keputusan untuk pergi sendiri selepas pulang dari kerja. Dia juga telah menghantar pesanan WhatsApp pada Faeeq memberitahu yang dia ingin ke mall.
Semasa dia sedang asyik mencari bahan masakan, trolinya terlanggar seseorang di situ.
"Maaf encik, saya tak sengaja. Encik tak apa2 ke?"
Ujar Raissa dalam kerisauan kerana telah melanggar seorang lelaki pertengahan usia yang berpakaian agak lusuh.
Lelaki tersebut segera bangun & tersenyum.
"Tak pe cik.. Sikit je ni"
"Sorry yaa.. Saya betul2 tak perasan.."
Raissa yang ingin beredar dari situ dihalang oleh figura lelaki tersebut.
"Cik, boleh saya pinjam telefon sekejap?.. Saya nak telefon isteri saya.."
Raissa berfikir sejenak. Kesian pula kalau tak bagi.. Dia cakap nak telefon isteri dia. Bagi je lah, mana tahu penting kan.. Raissa bermonolog dalam hati.
Dia menghulurkan telefonnya setelah lama mendiamkan diri. Telefonnya di sambut oleh lelaki tersebut & dia menjarakkan dirinya daripada Raissa untuk mencari ruang berbual di telefon.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...