Bab 22

10.3K 433 1
                                    

Raissa masih lagi mendiamkan diri di ribaan Faeeq. Faeeq sudah mula gelisah. Raissa perlahan-lahan mengukir segaris senyuman & bersuara.

"Cinta.. Jangan salahkan diri sendiri.. Saya tahu awak dah buat yang terbaik untuk saya.. Jodoh, ajal & maut tu kan di tangan Tuhan..

Kita doa ok? Semoga Allah pelihara kita dari segala mara bahaya yang tidak diingini..

Don't worry too much cinta.. I'm trying my best to take a good care of myself.. "

"Sejak saya diberi amanah untuk bawa lencana di dada, segala keputusan yang saya buat tak pernah ada toleransi buat diri sendiri. I do whatever I can without considering myself at risk.

Tapi lepas saya kahwin dengan awak, saya takut keputusan saya akan jejaskan keselamatan awak.. "

"I'm always proud of you cinta.. Awak dah buktikan pengorbanan awak melalui pekerjaan awak..

Tapi tu semua bukan bidang kuasa kita.. Kita boleh ikhtiar, selebihnya biar Allah tentukan.. Itu kan kerja Tuhan.."

Faeeq hanya diam mendengar jawapan Raissa.

" Lagi pun... Ada orang tu siap hantar bodyguard tau jaga kita.. "

Sambung Raissa lagi.

"Mana awak tahu?"

"Inspektor Hazran yang bagitahu.. Sebab sejak saya balik dari Perak saya selalu rasa ada orang ikut saya.. Tapi dari jauh je.."

"Hmmmmm sweet kan suami Raissa Zulfa ni"

Soal Faeeq sambil mengenyitkan matanya.

"Dia lagi sweet kalau ASP Faeeq Zayyan sendiri yang jadi bodyguard Raissa Zulfa"

Kini giliran Raissa pula mengenyitkan mata pada Faeeq.

"Wahhhhh sayang.. Kalau suami awak yang jadi bodyguard, awak tu dah kena gari tau.. Biar melekat dengan saya 24 jam"

"Hahaha.. Mengada!!"

Raissa menghadiahkan sebuah cubitan di pinggang Faeeq.

"Auchh. Tangan ketam dia dah kembali.. Habis lahhhh"

*****

Faeeq & Raissa sudah pulang ke Malaysia. Destinasi pertama yang dituju adalah rumah Nek Mah.

"Assalamualaikum.. Nek Mah ooooo Nek Mah?"

Seperti biasa, Raissa melangkah ke pintu rumah dengan ceria.

"Waalaikumsalam.. Cucu nenek dah balik?.. Ada bawa cicit nenek sekali ke?"

Balas Nek Mah. Tersedak Faeeq dibuatnya dengan soalan cepumas Nek Mah.

Faeeq menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum senget memandang Nek Mah.

"Ish nenek ni.. Ke situ pula soalannya.. Ingatkan nak tanya Iyyan sihat ke tak..."

"Alah alah cucu nenek ni.. Sejak bila kuat sentap ni?"

"Iyyan memang macam tu lah Nek Mah.. Mengalahkan perempuan... Hahaha"

Kini giliran Raissa pula mengusik Faeeq. Kalau dengan Nek Mah, memang Faeeq akan kalah kerana Nek Mah akan menyebelahi Raissa.

"Ish3, nama je kerja polis ye.. Kuat sentap rupanya... Kan Raissa kan"

"Ha ah nek.. Raissa pun kalah nek..."

Tambah Raissa lagi. Seronok mengusik Faeeq dengan Nek Mah.

"Ye lah sayang.. Mentang2 ada orang back up dia.."

Muncung Faeeq dah sedepa. Berdekah Raissa dan Nek Mah melihat gelagat Faeeq.

"Alololo.. Sorry laaaa.. Awak comel sangat laaa bila kena usik"

Raissa mencubit pipi Faeeq. Nek Mah tersenyum senang melihat hubungan mereka yang telahpun disemai dengan cinta dan kasih sayang walaupun pada awalnya mereka berdua berkahwin tanpa dasar cinta.

"Dah lah jom kita makan.. Lama tak makan sama2 dengan nenek.. Iyyan beli lala masak lemak kesukaan nenek.."

"Terima kasih Iyyan, Raissa.... Macam tahu2 je nenek teringin..."

"Alaaaaa nenek ni.. Kalau teringin nak makan apa2 bagitahu je Raissa... Raissa boleh masakkan atau pergi belikan untuk nenek.."

Jawab Raissa sambil memimpin tangan Nek Mah ke dapur.

"Terima kasih Raissa.. Nenek sayang Raissa tau.."

"Raissa lagi saaaaayanggg nenek"

Mereka berpelukan.

"Ehem. Iyyan tak ada siapa sayang ke?"

"Kami saaaaayanggg Iyyan!"

Jawab Raissa dan Nek Mah serentak lalu menarik Faeeq ke dalam pelukan sambil melepaskan tawa.

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now