Setelah tiba di wad Nek Mah, Raissa & Nek Mah berbual seketika. Namun Faeeq hanya menjadi pendengar & pemerhati. Pintu wad diketuk dari luar.
Dr Ravi.
"Saya check Nek Mah kejap ye.."
Ucap Dr Ravi sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Nek Mah. Tiada pesakit lain memandangkan Faeeq memilih wad yang menempatkan seorang pesakit sahaja untuk keselesaan Nek Mah.
"Eh Raissa! Puas saya cari kamu untuk check up tapi di sini rupanya. Ni keluarga awak ke?"
Membuntang mata Raissa apabila Dr Ravi pecah tembelang bahawa dia juga salah seorang pesakit di hospital. Muka Raissa sudah cuak sambil jari telunjuk Raissa sudah melekap di mulutnya sendiri tanda amaran kepada Dr Ravi supaya tidak melanjutkan perbualan.
"Raissa sakit ke doktor?"
Soal Nek Mah yang sedang duduk bersandar di katil. Raissa sudah bermain dengan jari jemarinya memikirkan jawapan untuk diberikan pada Nek Mah kerana hanya Aliah, Izzah & Aishah yang mengetahui tentang tahap kesihatannya itu.
"Raissa tak sakit pun Nek Mah.. Raissa okay je.. Raissa dah makan ubat"
Tak sakit Raissa? You tu kanser limfoma tahap 3 tau. Getus hati Dr Ravi.
Raissa perlu menjalani kemoterapi sebab itulah dia selalu melepak di hospital.
Setelah selesai memeriksa Nek Mah, Dr Ravi bersuara.
"Raissa, ikut saya"
Tegas Dr Ravi memberi arahan. Raissa hanya mengekori Dr Ravi tanpa sebarang kata.
"You tak nak sihat ke Raissa? Kemoterapi pun datang tak ikut timing. Ubat pun entah makan entah tidak"
Panjang lebar Dr Ravi nasihatkan Raissa. Raissa hanya menunduk sambil menganggukkan kepala.
"Kalau you buat perangai macam ni lagi, macam mana sel kanser you nak berhenti merebak. Please Raissa fikir tentang kesihatan you"
Dr Ravi sangat prihatin terhadap tahap kesihatan Raissa kerana umur Raissa sebaya dengan umur anak perempuannya yang sedang belajar di Jordan.
"Baik Dr Ravi.. Saya minta maaf.. Tapi saya tak nampak pun kebaikan kalau saya sembuh. Mak dengan ayah saya pun dah tak ade, nenek & wan pun tak de.. Tinggal saya seorang je doktor.. Untuk ape saya sembuh? Baik saya ikut diorang"
Luah Raissa pada Dr Ravi. Sudah lama dia memendam rasa yang sukar untuk dia luahkan. Dia juga malas untuk menjalani kemoterapi kerana prosesnya yang sukar untuk dia tanggung. Adakalanya dia datang kerana dipaksa oleh rakan-rakan baiknya. Selebihnya dia hanya buat-buat tak tahu.
Faeeq yang bersembunyi di belakang dinding terkedu mendengar pengakuan Raissa pada Dr Ravi.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...