Bab 26

9.2K 409 12
                                    

Raissa pulang awal daripada tempat kerja hari ini kerana ingin ke rumah Nek Mah. Dia juga telah berpesan pada Faeeq agar tidak lewat ke rumah Nek Mah kerana Raissa & Mama Sue akan masak juadah nasi tomato sempena hari kelahiran Nek Mah.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam Raissa.. Masuk2.. Nek Mah tengah tidur tu dekat dalam.. Jom kita masak dulu.."

"Ok mama.."

Raissa yang sedang memotong bawang itu dihampiri oleh Mama Sue.

"Raissa dengan Iyyan ok ke?"

"Ok je ma.. Kenapa mama tanya Raissa macam tu?"

"Senang hati mama dengar.. Mama risau, takut Iyyan abaikan Raissa.."

Mama Sue meluahkan kerisauan dia kerana tidak ingin perkara lalu berlaku, seperti yang terjadi pada Adreena, bekas tunang Faeeq.

Raissa tersenyum.

"Iyyan ok je ma.. Dia layan Raissa baik sangat.. Sama macam mama, nek mah & ayah layan Raissa..

Mama... Terima kasih sebab sayang Raissa macam anak sendiri..."

Mata Raissa mula bergenang. Entah mengapa dia terlalu sensitif sejak akhir-akhir ini. Mama Sue mendekati Raissa lalu menenangkan dia yang sudahpun mengalirkan air mata.

" Raissa jangan la menangis.. Nanti Iyyan ingat mama buli Raissa "

Usik Mama Sue sambil mengusap belakang badan Raissa.
Raissa ketawa.

"Iyyan garang ke ma?"

"Garang sangat!! Hahaha.. Adik Iyyan tu tak berani langsung dengan abang dia sebab garang sangat..

Tapi lepas Iyyan kahwin dengan Raissa, segala saka garang dia tu dah hilang, mungkin saka Raissa lagi kuat kot"

Usik Mama Sue lagi. Raissa hanya ketawa mendengar usikan ibu mentuanya itu.

"Mama ni..."

Raissa ketawa namun air matanya masih laju mengalir di pipi. Mama Sue yang perasan akan keadaan itu sudah mula cuak.

"Kenapa Raissa?.. Mama ada salah cakap ke?.."

Soal Mama Sue, risau jika tersalah bergurau dengan Raissa kerana Raissa masih tidak berhenti menangis.

"Eh tak lah ma.. Raissa pun tak tahu lately ni kenapa Raissa sensitif sangat.. Tapi tak period pun.. Selalunya sensitif sebab period je ma..."

Mama Sue mengukirkan senyuman.

"Raissa basuh tangan dulu, lepastu ikut mama ke bilik kejap.."

"Ok ma.."

Raissa hanya mengikut langkah ibu mentuanya ke bilik.

"Macam mana?"

Soal Mama Sue sebaik sahaja Raissa keluar daripada tandas. Raissa yang beriak wajah sedih itu bertukar gembira semasa menghulurkan pregnancy test pada Mama Sue.

"Alhamdulillah ya Allah! Positif"

Mama Sue terus memeluk Raissa. Dia sangat teruja kerana bakal menimang cucu sulung tidak lama lagi.

Raissa membalas pelukan Mama Sue erat. Dia sudah tidak sabar ingin berkongsi berita gembira itu dengan Faeeq.

"Tolong!"

Jeritan itu mengejutkan Raissa & Mama Sue. Mereka saling berpandangan

"Nek Mah!"

Mereka berdua bergegas turun ke bawah selepas menyedari suara jeritan itu milik Nek Mah.

"Ya Allah nek!!"

"Mak!!"

Membuntang mata Mama Sue melihat Nek Mah yang terbaring di atas lantai bersama lumuran darah. Tiba2 satu figura lelaki menghampiri Raissa. Raissa sudah mendepani kedudukan Mama Sue & berbisik

"Ma pergi call Iyyan. Raissa tunggu sini"

"Tapi Raissa -"

"Cepat maaaa kesian Nek Mahhh please maaaa"

Mama Sue segera ke bilik ingin mencari telefon bimbitnya untuk menelefon Faeeq.

"Puan Raissa Zulfa.. Mana polis yang hebat sangat tu?"

"Jadi kau lah John! Apa yang kau dah buat dekat Nek Mah?!"

Raissa masih berdiri kaku di hadapan anak tangga, dia tidak boleh menghampiri Nek Mah yang terlantar atas lantai di ruang tamu itu kerana dihalang oleh John yang semakin mendekati kedudukan Raissa.

Selang beberapa minit kemudian terdengar bunyi pintu rumah ditolak kasar. John terus mengacukan pisau di leher Raissa.

"Kau lambat Faeeq"

Faeeq yang baru sahaja melangkah masuk itu tergamam & terus jatuh melutut di lantai, melihat dua insan yang disayangi berada dalam keadaan begitu, Nek Mah yang terbaring di lantai bersama lumuran darah & Raissa yang diacukan pisau di leher.

Suamiku, Sang Saka Biru?Where stories live. Discover now