"Awak.."
"Hmmmmm?"
"Saya kena pergi Perak hujung minggu ni.."
"Buat ape?"
"Ada kursus.."
"Berapa lama?"
"2 minggu.."
"Lamanyaaaaa.."
Faeeq terus memuncungkan mulut.
"Eeeeeee geramnyaaaaa tengok mulut itik tu! Saya ikat guna getah baru tahu hahaha"
"Sayang ni.. Tak romantik langsung. Ingatkan nak bagi kiss"
Raissa terus menampar-nampar lengan Faeeq. Faeeq hanya ketawa ditampar begitu.
"Pergi naik ape? Tidur hotel ke? Berapa orang? Staff lelaki ke perempuan? "
"Amboi Iyyan.. Satu2 laaaa tanyaaaaa..
Transport belum confim, tidur hotel, staff lelaki 2 orang, perempuan 2 orang."
"Tak nak tidur dekat rumah kita di Perak?"
"Boleh ke? Takut laaaa sorang2.. Lagi pun saya tak biasa dengan rumah awak.."
"Kenapa pula tak boleh sayang.. Tu kan rumah kita.. Nanti saya bagi kunci rumah.."
"Ye lah.. Nanti tak ikut cakap suami jadi isteri derhaka pula"
"Eeeeeee tak ikhlas la tu dengar cakap suami"
Ujar Faeeq sambil mencubit hidung Raissa yang tak berapa mancung itu.
"Hahaha good night!"
Raissa mencium pipi Faeeq lalu terus berlari ke bilik. Faeeq hanya menggelengkan kepala.
*****
Faeeq mengambil keputusan untuk menghantar Raissa ke Perak menaiki Volkswagen Passat nya. Sengaja ingin memudahkan urusan Raissa di Perak.
"Besarnya rumah awak..."
"Rumah kita la sayang...
Dah jom masuk.. Saya buat tour hahaha"
Faeeq & Raissa hanya berehat di ruang tamu rumah 2 tingkat itu usai solat isyak.
"Saya dah book tiket flight awak balik KL esok petang.."
"Thank you sayang.."
Loceng rumah berbunyi. Mereka saling berpandangan sambil mengerutkan dahi.
"Siapa pula datang malam2 ni?"
"Awak pergi tengok dulu, saya pakai tudung kejap"
"Okay."
Faeeq melangkah ke pintu sambil menekan suis pagar rumah automatik itu. Tetamu yang tak diundang itu terus menapak ke pintu rumah terlebih dahulu tanpa Faeeq sempat berbuat demikian.
"What the hell are you doing here?!"
Raissa yang mendengar suara Faeeq yang sudah meninggi itu berlari menuju ke pintu.
"Siapa datang?.. Kenapa tak jemput masuk?.."
Soal Raissa yang kini berada di sebelah Faeeq. Raissa mengalihkan pandangan ke arah figura yang tidak dikenalinya. Cantiknyaaaa.... Getus hati Raissa.
"Jemput lah masuk.."
"Sayang"
Ucap Faeeq sambil memandang tajam ke arah Raissa.. Raissa mengganggam tangan Faeeq & memujuk..
"Iyyan.. Ni kan tetamu kita.. Tak baik buat dia macam tu.. Please.."
Faeeq mengeluh & terus berlalu ke ruang tamu.
"Masuklah cik.. Saya Raissa.."
"Terima kasih.. Saya Adreena.."
Raissa hanya tersenyum. Sambil melangkah ke ruang tamu, Raissa cuba mengingati wanita yang bernama Adreena. Macam kenal?.. Siapa ehhhh...
"Kau nak apa datang sini?"
Faeeq terus menyoal Adreena. Raissa sedikit tersentak dengan kelakuan Faeeq. Dia hanya diam membisu kerana tidak mahu masuk campur. Faeeq yang happy go lucky kalau dah marah, jangan ditegur. Bahaya.
"I nampak kereta you dekat rumah kita.. Itu yang I singgah.. Tak sangka pula you dah kahwin.."
"Bila masa pula ni jadi rumah aku dengan kau? Kita dah putus tunang, so we're over"
Oh my godddddd.. So ni lah bekas tunang Iyyan.. Cantiknyaaaa!! Raissa bermonolog dalam hati.
"I minta maaf Iyyan. I yang salah. I tak sepatutnya tinggalkan you hanya sebab you kerja -
"Sudah!"
Sampuk Faeeq. Satu lagi persoalan bermain di fikiran Raissa yang berada di situ. Iyyan kerja ape? Kenapa Adreena boleh tinggalkan Iyyan hanya kerana pekerjaan Iyyan?.. Iyyan.... Who are you Iyyan??
"I don't want to hear anything from you Adreena. Tolong pergi dari hidup I"
Faeeq terus mendaki tangga menuju ke kamar tidur. Pintu bilik dihempas kuat oleh Faeeq.
"Iyyan! Iyyan!"
Jerit Adreena. Raissa hanya memandang Adreena dengan pandangan yang sukar ditafsir. Marah? Sedih? Geram? Dia juga tidak pasti. Adreena terus keluar dari rumah Faeeq.
Raissa dengan perlahan-lahan masuk ke bilik.. Faeeq sedang memeluk lutut di lantai sambil bersandar di katil. Raissa bersimpuh di sebelah Faeeq lalu membawa Faeeq ke dalam dakapan. Terdengar esakan halus Faeeq di bahu Raissa. Lama mereka berkeadaan begitu tanpa sebarang kata.
Faeeq memandang wajah Raissa. Raissa memegang kedua belah pipi Faeeq & mengelap air mata dengan ibu jarinya.
YOU ARE READING
Suamiku, Sang Saka Biru?
RomancePerkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mu...