6.5

1.4K 24 1
                                    

Sampai di bilik aku terus menerkam Hendry. Dari restorant tadi aku menahan nafsu ingin menciumnya dan hasratku tercapai akhirnya. Aku meratah bibirnya gelojoh seperti setahun tidak berjumpa. Dia ikut saja rentakku menawannya. Sepuluh minit berlalu, tubuh kami telah berada atas katil tanpa seurat benang.

Keesokan paginya aku bangun tanpa Hendry disisi. Entah kemana lelaki itu menghilang setelah meratah tubuhku malam tadi. Dalam keadaan mamai, aku gagahi bangkit dari pembaringan.

Suasana pagi terasa damai dengan cahaya yang menerobos masuk melalui pintu sliding yang terbuka luas, dan langsir putih melambai-lambai seperti daun nyiur ditiup angin laut, membuatkan pagi terasa dingin. Di luar balkoni kelihatan kelibat Hendry sedang berdiri menghadap lautan.

Timbul keinginan di hati mahu turut serta. Namun niatku ingin memeluknya dari belakang terbantut sebaik melihat rokok di celahan jemarinya. Rupanya dia merokok selama ini. Mengapa aku tidak pernah melihatnya merokok, sedangkan kami tinggal sebumbung dan satu tempat kerja.

"You're smoking?"

Dia terkejut disergahku. Lantas rokok di tangan dilontar ke air. Riak wajahnya kecut semacam. "Aa...awak dah bangun..." ucapnya gagap. Dia tahu aku bencikan perokok, begitu juga Abang.

"Maaf, aku merokok bila rasa tertekan....Sorry..." dia cuba mengambil hatiku dengan ucapan maafnya.

Untuk kali ini aku memaafkannya memandangkan malam tadi kami telah berdamai. Aku akan belajar menerima kekurangan Hendry mulai sekarang. Aku pun bukannya wanita sebaik Maria.

"Next time jangan merokok depan aku, okay...."

Aku meninggalkan Hendry di balkoni dan menapak masuk ke dalam semula. Perut berkeroncong memaksaku bersiap keluar bersarapan. Sebelum ke bilik air, hatiku terpanggil memeriksa handphone sebentar. Tertera lima missed called dari Kak Suriati. Apa mimpi orang gaji itu menelefonku sebanyak itu. Salahku kerana silent handphone dari malam tadi. Panggilan Suriati baru berlalu sejam yang lepas. Masa itu aku masih berlayar di alam mimpi.

"Bukan apa, akak cuma risaukan Datuk. Dari malam tadi belum balik. Pak Borhan pun tak tahu dia pergi kemana. Tak pernah Datuk macam ni. Kalau dia out station pun, dia akan maklumkan pada Pak Borhan" luah Suriati di hujung sana.

Nada suaranya kedengeran cemas membuatku rasa kaget. Perlahan-lahan jantung mula bergetar laju. Otakku mula mentafsir yang bukan-bukan.

"Akak dah telefon dia berapa kali. Handphone dia mati. Elsa, tolonglah....." rayu Kak Suriati; "...akak risau kalau berlaku sesuatu."

Kerisauan Kak Suriati semakin menghambatku. Dadaku sudah mula berdebar kencang. Ugutan Unlce Stone menerjah dalam ingatan. Jangan-jangan ini yang dimaksudkan oleh dia semalam. Tidak. Tidak. Aku tidak boleh menerimanya jika benar itu terjadi.

Bagaikan orang gila aku mencuba berkali-kali menelefon Abang, namun gagal. Benarlah kata Kak Suriati. Aku cuba menelefon Farah, setiausahaku untuk bertanyakan Abang.

"...oh, saya tak perasan pula Datuk balik pukul berapa semalam...tapi pagi ni dia belum masuk lagi, biasanya jam begini dia sudah masuk," jelas Farah dalam talian.

Hatiku hampa. Lantas aku menyuruhnya pergi ke bahagian sekuriti untuk menyemak rakaman cctv. Aku menelefon dia semalam ketika dia berada di pejabatnya. Entah pukul berapa Abang keluar dari pejabatnya...

Hendry memunculkan diri. Aku lalu memberitahunya masalah sekarang. "Pasti kerja Stone..." tuduhnya dan terus mencari nombor Uncle Stone dalam telefonnya. Aku biarkan saja dia bertindak. Memang patut dia menelefon orang tua itu.

Namun, setelah panggilan berjawab, Hendry lekas keluar balkoni dan bercakap di luar sana. Aku hairan, mengapa tidak berbual di hadapanku saja. Hatiku mula mensyaki sesuatu. Lantas aku ekori dia ke balkoni. Sebaik aku sampai, panggilan pun tamat. Handphone diturunkan dari telinga. Aku tidak sempat mendengar perbualan mereka.

"So, memang dia?" Soalku tidak sabar ingin tahu.

Hendry serba salah. Wajahnya pucat ketakutan. Dari reaksi mukanya aku dapat membaca situasi sebenar. "Kita balik Jb sekarang. Harap-harap ada flight petang ni," katanya gelisah memandangku.

Aku setuju. Kalau Hendry tidak mencadangkan, aku tetap hendak balik hari ini. Nyawa Abang sedang dipertaruhkan. Aku tidak mahu kehilangan orang tersayang lagi.

Sementara Hendry berkemas, aku cuba menelefon orang tua gila itu. Marahku terhadapnya meluap-luap. Sebaik talian bersambung, aku terus memutahkan kemarahan padanya. Cacian aku disambutnya dengan gelak tawa di hujung sana.

"Ingat, Elsa! Nyawa Edward dalam tangan kau! Kalau kau cuba libatkan polis, aku tidak teragak-agak menembaknya di kepala. Kau jangan lupa, aku ada semua bukti kerja kotor yang Edward lakukan, dan kau sekali pun terlibat. Cepat balik kesini, kita bincang elok-elok."

Talian dimatikan serta merta. Aku seakan mahu menjerit. Mengapa keadaan jadi serumit ini. Unlce Stone benar-benar melampaui batasan kali ini. Aku terasa mahu membunuhnya saja. Otakku mula merancang sesuatu di luar dugaan. Sampai saja di Johor nanti, aku mahu terus balik ke rumah dan menyelongkar laci dalam bilik Abang. Aku tahu pistol revolver kesayanganya disimpan disana.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now