2.4

1.8K 27 1
                                    

Selesai seisi fotografi, pengantin dibawa ke jamuan. Sewaktu kami sampai, para jemputan sedang enak menjamu selera. Ketika berjalan menuju ke meja khas, aku sempat mengitari sekeliling. Rata-ratanya semua dikenali. Aku juga nampak geng lepak kami, sedang ketawa padaku. Ah, jangan-jangan mereka tahu siapa suamiku. Pasti mereka memandang rendah padaku selepas ini. Tetapi aku perasan satu perkara. Dari gereja tadi, aku langsung tiada nampak kelibat Iqram.

Sedang aku leka menikmati suasana, Abang memperkenalkan orang padaku. Aku agak terkejut melihat muka asing tersebut. Mengapa aku baru sedar kehadiran mereka? Dimana mereka menyorok tadi? Aku pandang mereka dari atas ke bawah, serba serbinya kekampungan. Apa yang lebih mengejutkan, adalah bahasa mereka! Lagi mengejutkan, apabila Hendry sama bertutur dalam bahasa asing itu.

"Elsa...." kata Abang lembut. "Ini kakak Hendry dan keluarganya. Mereka dari Sabah."

Aku ternganga seketika. Jadi, orang asing ini rupa-rupanya keluarga Hendry. Aku ingat orang asli dari mana tadi. Mereka tunduk memberi hormat padaku.

"Saya Magreta, kakaknya Hendry, sama ini suami saya Agus, dan ini anak kami, Sandy. Maafkan kami kalau kami menyusahkan Cik Elsa sama Datuk Edward... Terima kasih ya kerana telah mengundang kami kesini." Kata Magreta. Slag Sabah sangat pekat dalam pertuturannya.

Aku hanya mengangguk saja sambil berjabat tangan dengan mereka. Aku tak tahu pula Hendry ada kakak selama ini, ingatkan sebatang kara, kerana dia terlalu bergantung pada Abang.

"Kakak cantik!" pekik Sandy tiba-tiba. Aku sedar dia sangat berminat memandangku dari tadi sambil tersengih.

Belum sempatku jawab, ibunya terlebih dulu menampar bahu Sandy dan menegurnya dalam bahasa asing. Mungkin bahasa Kadazan atau Dusun. Yang pasti aku tidak pernah mendengarnya. Aku agak sahaja kerana mereka orang Sabah.

"Maaf ya, Cik Elsa sama Datuk Edward. Kami perlu mengundur diri." Pinta Magreta sopan.

Abang segera menahan mereka dan mengajak mereka makan semeja dengan kami. Agaknya Abang sudah gila. Dalam majlis besar begini dia mahu makan semeja dengan orang kampung itu? Aku hampir menjerit tak sanggup.

"Tak apa, Datuk. Biar saja mereka di meja lain. Kakak saya tak biasa dengan suasana mewah seperti ini..." Sampuk Hendry menyelamatkan keadaan.

Kata-kata Hendry disokong padu oleh Magreta dan suaminya. Abang kehampaan, sementara aku mengeluh lega. Aku tahu Hendry sedar memek muka yang dipamerkan olehku. Selepas ini, jangan dia berani mendekatkan keluarga kampungnya denganku. Aku tak mahu! Aku jijik melihat mereka!

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now