2.6

1.9K 31 11
                                    

Mahu tak mahu aku kena relakan Hendry pindah ke bilikku. Dia tiada barang pun, hanya pakaian beberapa helai sahaja. Selepas memindahkan pakaiannya ke dalam almari, aku menyuruhnya menyimpan beg buruknya dalam stor. Setelah keadaan tenang, aku memanggilnya berbincang di sofa. Dia akur sahaja, bagai lembu dicucuk hidung.

"Sebelum malam menjelma..." aku membuka bicara. Hendry fokus memandangku, sedang menunggu bait seterusnya. "....aku nak beritahu kau beberapa peraturan dalam bilik ini."

"Pertama, kita tidur berasingan. Katil itu pastinya milik aku. Lantak kau nak tidur mana. Tapi, pastikan jauh dari aku, faham!"

Hendry angguk.

"Kedua, jangan berdengkur! Aku tak suka bunyi bising masa tidur. Sebab kalau aku terjaga, susah nak tidur balik."

"Ketiga...." aku tak jadi meneruskannya bila Hendry mengangkat tangan. Jadi, aku bagi dia peluang bercakap.

"Kadang-kadang.... kalau terlampau letih, saya berdengkur. Ma...macam mana?" katanya serba salah.

"Tak apa...bisa dimaafkan kalau dengkuran kau tidak mengejutkan aku." Aku memberi kelonggaran padanya.

"So, rules ketiga.... Jangan cuba berani buat benda tak senonoh atau yang mendatangkan kemarahan aku. For example, like stealing or stalking. Kalau kau tertangkap, siaplah kau!"

Hendry angguk.

"Fourth, treat me like a princess. Apa yang aku suruh kau kena buat, faham!"

Sekali lagi dia mengangguk. Aku rasa mahu tergelak pula. Geli hati melihat reaksinya. Dasar anjing!

"Sekarang tugas pertama kau..." kataku sambil bangun. "....kemas katil tu. Buang semua benda bodoh atasnya. Jangan satu pun tinggal."

"Termasuk bantal dan bunga?" Tanya Hendry mahu kepastian.

"Tu janganlah bodoh! Simpan saja dimana-mana, asalkan jangan bersepah."

Hendry mengangguk faham. Dia segera menjalankan perintah tuan puteri. Aku pula keluar dari bilik dan turun ke bawah. Rumah agam tiga tingkat sunyi sepi seperti biasa. Bayang Abang tiada kelihatan. Aku mahu menandatangani dokumen penyerahan saham itu secepat mungkin, dan esok lusa diumumkan dalam mesyuarat. Aku tidak sabar merampas tahta Uncle Stone sebagai pemegang syer kedua terbesar. Selepas ini dia turun di tangga ketiga.

Anganku melayang disapa Pak Borhan, pemandu dan tukang kebun kami yang baru muncul dari pintu masuk. Dia kelihatan serabut dan tergesa-gesa.

"Datuk, mana Datuk?" Soalnya kelam kabut.

Aku tidak menjawab dan hanya jongket bahu tidak tahu. Manalah aku tahu, aku pun mahu bertemu Abang.

"Tu haaa....kakak ipar kamu dah sampai di halaman. Diorang segan nak masuk. Kamu ajaklah diorang."

Apa? Aku hampir terpekik. Sejak bila aku ada kakak ipar? Pak Borhan tidak menunggu lama, sebelum aku meletup dia cabut terlebih dahulu. Lariannya menuju ke bilik bacaan mencari Abang.

Aku fikir tukang kebun itu mempermainkan aku, rupanya memang betul ada tetamu di halaman. Kelihatannya seperti Magreta dan Agus serta anak kecil mereka. Mereka bertiga sedang tercegat di tengah halaman sambil melilau kiri dan kanan. Pasti sedang teruja melihat betapa besarnya rumah ini. Huh, dasar orang kampung bodoh. Aku fikir mereka tidak berani datang kemari, rupanya tekaan aku meleset. Mereka sungguh tidak sedar diri miskin dan hina, ada hati nak menjejakkan kaki ke tempat orang kaya. Geram aku melihat mereka teruja lalu aku atur langkah mendekati mereka.

Mereka memaniskan muka bila melihat kedatanganku. Aku pula masamkan muka menyambut mereka. Sapaan Sandy tidak dilayanku. Dari majlis tadi memanggilku 'kakak cantik'. Ingin saja aku menengkingnya, dan berkata; 'Yaaaa! Aku cantik, kau yang hodoh!' Tetapi aku masih waras dari bertindak sebodoh itu.

"Err...Hai, Cik Elsa..." sapa Magreta tergagap-gagap sambil mengangkat tangan. Agus pula malu-malu kucing menghadapku.

"Tahu tak, ini kawasan larangan!" Tengkingku.

Mereka terkejut dan berpandangan sesama sendiri.

"Siapa bagi kebenaran masuk?" Tanyaku kasar. Mereka dah mula takut dan serba salah.

"Err....Cik Elsa, jangan salah faham. Kami datang dijemput oleh Pak Borhan tadi, atas arahan Datuk Edward..." jawab Agus berani.

Tiba-tiba Abang muncul dari arah taman dengan muka berseri-seri. Pak Borhan di belakangnya. Mereka semakin mendekati kami. Tanpa berlengah aku berlalu dari situ. Menyampah aku melihat sandiwara Abang melayan orang kampung itu. Dia bukannya ikhlas pun, dia hanya memanfaatkan Agus semata-mata.

"Maafkan saya, Elsa hanya bergurau tadi..."

Aku terdengar Abang meminta maaf. Kemudian mengajak keluarga itu berjalan di taman. Sandy melonjak riang bagai burung terlepas dari sangkar. Sakit mata aku melihat pemandangan itu. Baik aku berkurung dalam bilik menghadap komputer lagi berfaedah.

Aku masuk ke bilik. Mataku terus terarah pada katil. Bersih. Tiada lagi sampah sarap Kak Suriati disitu. Bunyi dari bilik air menarik perhatianku. Pasti si bendul sedang mandi. Aku tak berminat hendak mengintainya, jadi aku menapak ke balkoni untuk menikmati suasana di luar.

Seminit kemudian, Hendry muncul dari bilik mandi dengan tuala melilit di punggung. Rambutnya kusut kebasahan. Aku ternganga sesaat dengan mata membulat. Bukan aku teruja dengan rambutnya yang kusut, tetapi badannya...aku hampir tidak percaya dia memiliki potongan badan yang seksi bagi seorang lelaki yang selalu bersenam di gym. Mengapa aku tidak perasan selama ini dia penggemar gymnasium. Tapi aku tidak hairan, Abang juga melepak disana, jadi tidak mustahil dia tumpang sekaki.

Dia menyedari pandanganku dan menundukkan kepala sambil berlalu ke arah almari pakaian.

"Siapa suruh kau mandi?" Jeritku dari balkoni.

Hendry terkejut. Mulutnya terketar-ketar ingin menjawab. Matanya terkebil-kebil memandangku. Betul-betul bodoh. Tengok saja dari caranya, aku dah tahu dia bodoh. Patutlah Abang senang memperbodohkannya. Tetapi aku tak faham,  mengapa Abang mengahwinkan aku dengan orang bodoh? Atau mungkin Abang telah terjangkit bodoh....

"Hei, loser..." tegurku sambil tersengih. Pipi Hendry ditamparku mesra. Kadang-kadang seronok juga membuli orang bodoh.

"Listen carefully..." aku berubah serius. Hendry memandangku seperti tiada perasaan.

"Your family has just arrived. So, get ready and go downstairs to meet them. Don't ask why I didn't come down. I just don't like the villagers, understand!" Tegasku.

Seperti biasa, Hendry mengangguk. Aku berlalu meninggalkannya. Tak sampai tiga minit, Hendry sudah siap. Dia memakai seluar jean dan baju T warna putih. Selepas menyikat rambut di hadapan cermin, dia keluar dari bilik.

Aku berasa lega selepas Hendry keluar. Lalu aku mengunci pintu dari dalam. Aku tak mahu sesiapa pun mengganggu ketenteraman kerana malam ini aku malas mahu turun. Biar Hendry saja melayan keluarganya. Aku tak sudi makan semeja dengan orang kampung.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now