"Mamaaa!"
Sorak Sandy yang beruniform sekolah rendah dan menerpa ke arah ibunya. Rupanya Sandy bersekolah, patutlah tidak kelihatan.
""Hai, kakak cantik!" Sapanya riang.
Aku hanya tersenyum simpul. Malu pula dipanggil 'kakak cantik' sedangkan peribadiku tidak secantik muka. Aku harus mengajak Sandy berbincang nanti.
Selang seminit, seorang lelaki muncul, yang pasti bukan Hendry, tetapi Agus. Hatiku bersorak riang kerana orang yang ditunggu akhirnya muncul depan mata. Serta merta semangatku pulih semula. Tanpa membuang masa aku terus ke intinya.
"So, bila kita nak pergi melihat tapak?"
Agus tergelak kecil bila disoalku. Dia memakai pakaian pejabat menandakan dia berkerja dan mungkin balik separuh hari.
"Adik dan abang sama sahaja...." keluhnya. "Usahawan memang begitu, time is gold, betul tak Cik Elsa?"
Aku tersengih diperli begitu. Sayangnya dia tidak tahu apa yang terjadi sebentar tadi. Haruskah aku memakinya seperti aku memarahi staff lembab di pejabatku? Tidak. Tidak. Aku tidak boleh terbawa-bawa sikap zalim tersebut.
"Tak apa...jangan susah hati. Saya akan bawa awak ke tapak projek yang terletak di tengah kampung petang ini. Tapi sebelum tu, boleh kita makan dulu?"
Aku tersenyum puas kali ini. Nampaknya agak mudah bekerjasama dengan Agus. Magreta kelam kabut menyediakan makanan tengah hari. Dia sudah memasak awal, hanya tinggal menghidangkan saja. Niatku mahu makan di restoran atas air terbatal.
Hendry muncul bersama Sandy. Dia mengambil tempat di hujung sekali bersama Sandy, agak jauh dariku. Aku melarikan muka daripadanya setiap kali bertentang mata. Aku sedar ekor matanya menyoroti aku sedari tadi. Marahku padanya masih bersisa, malah kebencianku terhadapnya muncul semula seperti awal perkahwinan dulu.
Selesai makan, aku pmenyerahkan fail Eco Botanic Mall kepada Agus. Tanpa membuang masa, seperti yang telah dijanjikan aku mengajaknya ke tapak projek. Lagipun aku mahu kembali ke Tawau secepat mungkin. Dia menuruti sahaja. Hendry mahu ikut serta tetapi aku menghalangnya.
"Kenapa? Saya pun sebahagian projek ini." Katanya, langsung tidak malu setelah bergaduh denganku.
"Not anymore. Aku akan memberitahu Abang supaya menyingkirkan kau dari projek ini."
Ucapanku membuatnya tercengang. Dia bertanya kenapa lagi, tetapi aku pekakkan telinga dan melangkah pergi. Dalam kereta, Agus bertanyakan Hendry pula. Aku katakan hal sebenar bahawa Hendry telah dikeluarkan dari projek Eco Botanic Mall. Agus hanya tergelak kecil.
"Budak mentah tu memang tak guna. Saya tak tahu apa yang menarik perhatian Datuk mahu mengambil dia sebagai adik ipar..." keluh Agus sambil memandu perlahan.
Aku agak terkejut dengan kata-kata Agus terhadap iparnya sendiri. "Malang kan dapat suami macam tu..." kali ini ejekkan Agus lebih nyata. Sesekali dia menjelingku disebelah. "Saya tak hairan kalau awak menolak perkahwinan ini. Awak berhak mendapat yang lebih baik," sambungnya lagi.
Kata-katanya benar sekali, entah mengapa kali ini aku tidak bersetuju. Mungkin kerana Hendry sudah menjadi suamiku. Baik buruk dia tetap suami aku. Jadi, segala kata keji orang terhadap Hendry sama seperti ditujukan kepadaku, kerana aku telah menjadikan dia sama seperti lelaki kaya yang lain. Jadi orang tidak berhak menghakimi Hendry seperti dulu.
"Bagi saya, tiada masalah mendapat suami sebaik Hendry. Mana nak cari lelaki lurus seperti itu di zaman sekarang? Bukankah lebih baik mendapat yang bodoh daripada buaya? Am i right, Mr.Agus?"
Agus hanya menggeleng tidak faham. Setelah sepi seketika, kami sampai di lokasi. Separuhnya semak samun, separuh lagi hutan belantara. Keluasannya kalau ikutkan kertas proposal Abang, kira-kira 600 meter persegi. Tiada sebarang kebun atau sawah di sekitarnya. Menurut Agus, tanah ini dimiliki oleh empat buah keluarga. Dia berjanji akan membawaku bertemu keluarga terbabit di lain hari.
Kami balik setelah puas berkeliling sambil berbincang dan mengambil gambar. Sampai di rumah aku mendapati ada beberapa orang jiran perempuan sebaya Magreta sedang melepak di beranda. Magreta dan Hendry turut ada sekali. Tanpa mempedulikan mereka, aku lalu meminta kunci kereta dari Hendry.
"Eh, bukannya kita bermalam kat sini?" Katanya membuatku tercengang. Nasib baik aku sedar orang disekeliling, jika tidak, ringan saja jariku menujah kepala dia.
"Who said?" Balasku balik sambil membulatkan mata. "Give me the key..."
Mahu tak mahu, Hendry menyeluk poket seluar dan menyerahkan kunci kereta. Dia turut membontoti langkahku. Sampai di bawah aku menghalangnya daripada mengekoriku.
"Kau tinggal saja kalau berat hati nak balik. Lagipun aku benci tengok muka kau." Kataku terus terang.
"Sorry lah...." jawabnya mempamerkan muka simpati. "Saya salah. Saya tak sepatutnya jumpa Sabrina...."
"Sabrina?" Aku hampir terpekik. "Jadi Ina adalah Sabrina?"
Hendry mengangguk. "Seriously, there is nothing happen. Saya saja melawat dia. Sampai saja perut saya memulas pula. Salah ke saya guna tandas diorang?"
Aku memandangnya sinis. Sekarang aku malas peduli tentang kejadian itu. Biarkan ianya berlalu saja, usah diungkit kembali. Aku berlalu ke kereta, dan Hendry masih mengekoriku. Aku membuka pintu kereta tetapi dia pula yang masuk.
"Saya drive...." katanya sambil meminta kunci kereta yang diberikannya tadi.
"Bodoh!" Tempelakku mulai bengang. "Bukan kau nak stay ke tadi?"
Hendry tersengih. "Saya kan anjing, jadi kenalah ikut tuannya."
Aku pula yang tersengih geli hati. Pandai pula anjing ini buat lawak. Aku lempar kunci ke mukanya sebelum berlalu ke tempat duduk sebelah. Enjin kereta dihidupkan dan mulai bergerak meninggalkan rumah Magreta. Selang beberapa meter, enjin kereta mati. Hendry cuba menghidupkan semula, malangnya gagal. Aku mengeluh, nampaknya harapan Hendry ingin bermalam telah terkabul.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...