"Elsaaa...."
"Elsaaa!"
"Elsaaaa.....sedarlah bodoh!"
Suara itu sayup-sayup menyapa telinga, memaksaku membuka kelompok mata yang berat.
"Elsaaaaa....kau dengar tak!" Suara keras itu terusan memekak.
Perlahan kelompok mataku terbuka. Lantai papan jelas tersusun rapi pada kornea mata. Begitu juga jerami padi yang bersepah atas lantai. Serta merta otakku mula bekerja dan mataku terbuka luas mengitari sekeliling. Serba serbinya papan dan jerami. Cahaya dari luar jelas menembusi lubang-lubang kecil pada dinding papan. Dan paling mengejutkan tubuhku sedang diikat pada tiang disitu. Aku cuba meronta-ronta dengan harapan tali menjadi longgar, namun usahaku sia-sia.
"Elsa!"
Aku tersentak. Ah, suara itu....aku lantas berpaling ke belakang. Seorang lelaki dikenaliku sedang diikat pada kerusi tidak jauh daripadaku.
"Abang!"
Aku menjerit kearahnya. Keadaannya serabut dan kesan lebam memenuhi mukanya, namun dia masih mampu tersenyum ke arahku. Pasti sulit baginya, aku jadi sebak mengenangkan nasib kami berakhir di pondok jerami ini.
"Kau okay tak? Syukurlah kau dah sedar. Dah sejam kau pengsan," jelas Abang.
Mendengar ayat pengsan, serta merta ingatanku melayang pada seseorang. "Abang...." pekiku tiba-tiba. "...Hendry khianati kita!" Peliknya Abang tidak terkejut pun, sebaliknya tersengih.
"Abang tahu..." jawabnya selamba.
Kriukkkk!
Pintu ditolak dari luar. Kami sama terkejut. Muncul seorang lelaki yang sangat dikenaliku. Bukan Hendry, mahupun Uncle Stone, tetapi Ikram!
Dia tersengih dan melangkah ke arahku. Hari ini penuh dengan kejutan. Hampir semua orang yang dikenaliku telah mengkhianati kami. Mula-mula Hendry, kini Iqram, seorang kawan yang dikenaliku dari kecil lagi. Tapi, aku tidak hairan pun. Keluarga kami bermusuhan, dan aku juga pernah menolak cintanya. Tidak mustahil kalau dia berdendam.
"Apa khabar, Elsa?" Sapa Iqram, saja mengejekku.
"Dasar kau anjing! Phuiii!" Aku meludah muka Iqram. Aku marah kerana dia salah seorang anjing Uncle Stone.
Iqram mengetap gigi menahan geram. Tangannya mencengkam daguku. "Kau perempuan siaaal pernah aku kenal. Kau juga hancurkan hidup aku! Apa kurangnya aku dengan Hendry? Kenapa kau pilih dia!" Bentaknya marah. Aku tahu punca kemarahannya. Memang wajar dia marah.
Mukaku dilepaskan. "Sudahlah tu, Iqram..." Sampuk Abang disana, sedari tadi menjadi penonton. "...bukan salah Elsa, aku yang salah. Sekarang aku menyesal, puas hati kau?"
Iqram tergelak kecil dan bergerak ke arah Abang. "Memang kau punca semua ini!" Jerkah Iqram dan menendang kerusi Abang. Hampir-hampir Abang terjatuh. Aku pula rasa takut kalau Iqram membelasah Abang. Oleh itu aku memanggilnya.
"Iqram....sini!"
Dia kembali padaku semula. Sebenarnya aku mengalihkan perhatiannya dari memukul Abang. Sudah cukup derita Abang disini. Aku tidak sanggup melihat Abang disakiti lagi.
Tiba-tiba Uncle Stone masuk sambil bertepuk tangan. Di sampingnya tiga orang lelaki gagah memegang machine gun M60. Aku agak mereka pasti parti pemberontak yang bersembunyi di sempadan negeri. Namun itu tidak menarik perhatianku. Aku lebih tertarik dengan lelaki yang berada di belakang sekali. Longlai langkah Hendry masuk membontoti mereka. Kepalanya ditundukkan namun aku dapat melihat jelas bekas lebam pada mukanya. Memang patut pun dia dibelasah.
"Selamat datang, Elsa. Maafkan uncle kalau perjalanan siang tadi agak rumit sedikit...heheheh..." perli Uncle Stone terkekeh-kekeh. Di tangannya terdapat sebuah fail. Aku dapat mengagak isinya.
"Uncle juga rasa bersalah telah mengganggu cuti honeymoon kamu..." sambungnya lagi sambil menjeling Hendry. "...tetapi abang kamu sangat susah diajak bekerjasama. Bertahun aku cuba bersabar dan merayu, tapi apa aku dapat? Aku tak minta banyak, aku hanya mahukan hak aku...."
"Berapa Unlce nak?" Potongku, malas mendengar bicara bodohnya, hanya membuang masa.
Unlce Stone membuka fail di tangannya dan menunjukkan kepadaku. Aku tersentak bila melihat surat penyerahan kuasa Eco Group. Aku tidak menyangka niat sebenar Uncle Stone ingin merampas sepenuhnya syarikat itu. Patutlah keadaan menjadi serumit ini.
"Kau buang masa berurusan dengan Elsa. Dia tiada hak apa pun." Sampuk Abang disana.
Mendengarkan itu, orang tua yang tamak itu beredar kesana bersama fail tadi. Hendry segera merapatiku tetapi dihalang Iqram yang sedari tadi berkawal ditepi.
"Elsa...awak okay?" tanya Hendry tanpa mempedulikan Iqram.
Aku malas menjawab pengkhianat itu dan memalingkan muka ke arah lain. Hatiku sakit bagai disiat-siat melihat mukanya. Aku ingatkan dia bodoh selama ini, ternyata aku sendiri yang diperbodohkan. Inikah katanya cinta? Dengan mengorbankan isteri demi keluarga kampungnya? Layakkah ini dipanggil cinta.
"Elsa, maafkan aku...aku takde niat..."
"Jangan bohonglah! Memang kau ada niat berkahwin dengan Elsa! Kau hanya nak kan harta, betul tak? Cukuplah berlakon, Hendry.....semua orang tahu niat kau. Kau sanggup jadi anjing demi harta!" Sindir Iqram.
Hendry menyerbu ke arahnya selesai dia berkata. Namun Iqram telah bersiap awal menangkis serangan Hendry. Apabila Iqram membalas, sekelip mata Hendry menyembah bumi. Iqram tidak melepaskan peluang membelasah Hendry dihadapanku. Uncle Stone yang turut menjadi pemerhati hanya menggeleng kepala melihat keserakahan Iqram memukul Hendry. Urusannya dengan Abang jadi tertangguh gara-gara Iqram. Begitu juga tiga orang lelaki bersenjata itu, sama menjamu mata.
Entah mengapa hatiku tidak senang melihat Hendry dibelasah. Aku tidak sampai hati melihatnya kesakitan. Sebelum Hendry hancur dikerjakan Iqram, lebih baik aku mencegah awal. Namun Iqram tidak mendengarkan jeritanku memaksanya berhenti hinggalah Uncle Stone masuk campur.
Dadaku mula berdebar melihat tubuh Hendry masih kaku tidak bergerak. Sukar bagiku memastikan kerana tubuhnya telungkup mencium lantai.
"Hendry!" Jeritku agak kuat.
Tiada tindak balas.
"Hendry!!" Kali ini lebih kuat.
Pun masih sama. Masih kaku.
"Hendry! Bangunlah bodoh!" Aku tidak tertahan lagi. Dadaku seakan mahu pecah menahan debaran. Walaupun dia telah mengkhianati aku, namun aku belum bersedia kehilangannya. Ya, tuhan tolonglah bangunkan suamiku yang bodoh itu....
![](https://img.wattpad.com/cover/137812914-288-k248063.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomansaElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...