Ekoran kejadian semalam, perkahwinanku dan Hendry akan berlangsung hujung bulan ini. Tinggal dua minggu lagi akan berakhir bulan March ini. Aku masih tidak percaya akan menamatkan zaman bujang secepat ini. Impian hidupku dulu mahu berkahwin pada umur 30-an bersama lelaki yang aku cintai. Pada masa itu hidupku sedang cermelang dalam kerjaya. Sayangnya impian itu hanya di awangan semata-mata.
Pagi tadi Iqram telah menghubungiku dan bertanyakan hal semalam. Tanpa rasa bersalah dia terbahak-bahak di hujung sana mentertawakan Hendry. Aku pun ikut tergelak sekali. Si bodoh itu memang layak dipukul. Aku sudah lama memendam perasaan marah ingin memukulnya. Tetapi aku tidak segila itu sampai ingin mencederakannya. Dia juga manusia seperti aku, bukan binatang walaupun dia seperti binatang. Bezanya dengan binatang, dia memiliki jasad dan jiwa manusia.
Aku faham perasaannya sekarang setelah dipaksa berkahwin denganku. Aku tahu dia terseksa menghadap situasi ini. Pasti hidupnya semakin sukar selepas ini. Aku tahu dia tidak mampu menolak perintah Abang kerana hidup dan matinya bergantung pada lelaki itu. Aku tidak tahu hutangnya dengan Abang dan aku tidak ingin tahu itu. Yang penting aku naik pangkat dan setaraf ahli pengarah yang lain selepas perkahwinan ini. Maka, aku boleh bermegah tanpa menggunakan kuasa Abang. Aku tidak perlu hidup dalam bayangan Abang lagi. Aku akan miliki semuanya. Harta, pangkat dan darjat. Aku tersenyum bahagia....
Namun, anganku terhenti apabila setiausaha Farhana memberitahuku melalui interkom bahawa Lady Morgana dan Uncle Stone ingin menemuiku. Aku kelam kabut mengemas meja yang berselerak dengan kertas kerja. Hairan, tiada angin atau ribut, tiba-tiba orang tua kerepot itu mengunjungiku. Aku agak curiga kerana kami tidaklah serapat mana. Lagipula, kami tinggal berasingan dan jarang berjumpa kecuali ada hal mustahak. Ini pasti ada hal mustahak jika nenek tua itu melawatku.
Tidak lama kemudian, dua orang makhluk tuhan muncul di balik pintu pejabatku. Penampilan Lady Morgana tidak berubah, masih elegan dengan kemeja dan beg mewah di tangannya. Rambutnya paras bahu masih mengekalkan fesyen yang lama iaitu potongan bob layer. Dengan potongan rambut seperti itu, dapat menutup usia sebenarnya yang sudah senja.
"Congratulations, my sweetheart granddaughter!" Ucapnya sambil bertepuk tangan. Roman wajahnya dimaniskan. Aku
tak tahu ucapannya ikhlas atau sekadar memperliku."It's hard for me to believe you will get married," sambungnya lagi, semakin menghampiri mejaku.
Aku tersenyum hambar dan mempersilakan mereka duduk di sofa. Keduanya akur. Tanpa membuang masa atau bertanya khabar masing-masing, aku terus ke intinya. Aku tidak mahu membuang masa dengan berbual kosong seperti ini. Tambahan pula ini waktu kerja. Kalau Abang tahu mereka mengunjungiku, pasti dia tak suka.
Abang melarang keras aku bergaul dengan mereka walaupun kami satu keluarga. Katanya, Lady Morgana dan anaknya Uncle Stone tidak boleh dipercayai kerana kerja kotor Uncle Stone sebelum ini pernah terbongkar. Lagi pula, Lady Morgana tidak sah tarafnya sebagai nenek kami. Dia perempuan simpanan mendiang datuk. Uncle Stone pula anak haramnya dengan datuk, juga merupakan bapa saudaraku. Menurut Abang sewaktu aku masih menuntut di luar negara dulu, besar kemungkinan kemalangan yang meragut nyawa orang tua kami bersangkut paut dengan Uncle Stone, kerana Uncle Stone pernah berebut kuasa dengan ayah. Siapa sangka Abang masih mencari punca kemalangan itu hingga ke hari ini.
"Perkahwinan kau tinggal dua minggu lagi. Abang kau kata belum buat persiapan. Jadi, nenek ingat nak tolong sedaya yang mampu...." kata Lady Morgana begitu menjaga pertuturannya.
"Kau jangan risau, serahkan semua ke tangan nenek." Sampuk Uncle Stone
"Serahkan apa?" Soalku balik. Hairan dengan keduanya. Aku yang hendak kahwin, mereka pula over excited.
Rasa menyampah pula aku melayan mereka. Aku malas bercakap tentang perkahwinan ini, maka aku serahkan saja ke tangan mereka mengenai persiapan dan urusan lain. Baju pengantin, warna pelamin, tema majlis....dan entah apa-apa lagi berkaitan perkahwinan, aku malas fikir. Serahkan sahaja pada mereka berdua atau Abang.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomansaElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...