Aku tidak berpuas hati dan terus menghubungi Iqram pada masa itu juga. Terkekeh-kekeh Iqram di hujung sana memperli aku sebelum berjanji akan menghantar location.
"Macam mana kau nak jadi bini orang kalau susah lupakan aku...kih kih kih..." Iqram ketawa mengejek dalam talian.
Sebelum lebih melarat, aku padamkan talian dan terus berkemas. Aku menyarungkan seluar jean dan top singkat yang mendedahkan separuh perutku. Kemudian aku tutup tubuhku dengan jaket jeans, risau kalau jantan ternampak buah dadaku yang besar akan menaikkan nafsu mereka pula. Sebagai perempuan kaya dan cantik, aku tidak mahu itu terjadi. Aku tahu ramai yang menginginkan tubuhku di luar sana.
Sampai di bawah aku bertembung pula dengan Abang dan pembantunya. Mereka baru keluar dari ruang dapur. Nampaknya mereka berjaya makan bersama. Hendry seperti biasa bila berhadapan denganku, lantas menundukkan muka. Bukankah aku sudah memberinya amaran di pejabat, jangan memandangku, nampaknya dia mendengarkan kataku.
"Pergi mana?" Tanya Abang.
"Jumpa Iqram." Jawabku ringkas dan berlalu begitu saja.
"Hei, hei....kan abang dah larang kau jumpa lelaki tu!" pekik Abang tetapi aku pekakkan telinga dan langkahku bertukar larian.
Aku memandu ke Hotel Everton yang terletak di Perling. Disana Iqram mengadakan private party bersama rakan-rakan yang lain. Mereka bukan orang lain pun, semuanya kawan-kawan sekolah aku dulu. Aku sempat belajar di sekolah menengah tempatan sebelum dihantar ke UK. Aku meninggalkan mereka waktu umurku enam belas tahun.
Sementara Iqram pula, dikenaliku sejak kecil. Pada mulanya keluarga kami berkawan baik, tetapi semuanya berubah setelah orang tuaku meninggal. Tan Sri Amar, iaitu bapa Iqram telah ditendang keluar dari Eco Group kerana pecah amanah dan kini membangun syarikat hartanah sendiri. Sejak itu hubungan mereka dengan Abang menjadi renggang.
Sungguh pun begitu, aku dan Iqram baik-baik saja sampai sekarang. Kami tetap berkawan dan kadang-kadang keluar berseronok seperti ini. Tetapi Abang tak suka persahabatan ini. Sudah beberapa kali dia melarangku berkawan dengan Iqram, hingga Abang paranoid kalau kami berpacaran.
Seperti telah aku duga, kedatanganku disambut sorakkan. Muzik yang dimainkan agak santai, tidak terlalu rancak seperti di clubbing. Suasana agak damai disusuli tiupan angin malam yang menyejukkan, seolah-olah berada di tepi pantai. Dan aku suka suasana begini.
Aku duduk bersama Iqram dan kawan lelaki yang lain. Bukan aku sahaja perempuan disini, ada beberapa orang betina seksi menyelit antara kami yang aku tidak kenali. Entah dari mana kawan Iqram mengutip sampah ini. Aku tidak suka golongan ini, bagiku mereka hanya sampah masyarakat yang tinggal di kawasan setinggian atau lorong-lorong gelap. Huh, betul-betul low class! Aku lihat muka mereka seperti bohsia semua, dengan make-up murah menempek muka, dan bentuk tubuh seperti buah nangka busuk dengan pakaian yang mendedahkan lemak di perut dan paha. Agaknya kawan-kawan Iqram ini buta, tidak pandai membezakan perempuan dan betina. Tapi aku pasti mereka tidak sebodoh itu. Aku percaya mereka hanya melempiaskan nafsu semata-mata.
"Elsa!" Tegur Kamal di sudut tepi.
"Betul ke aku dengar kau nak kahwin!"
Aku tersentap! Hampir tumpah cocktail di tanganku. Serta merta mukaku merah dan terasa panas membahang. Rakan yang lain mula menumpukan perhatian ke arahku termasuk perempuan yang dihinaku sebentar tadi. Semuanya menganga menunggu jawapan daripadaku.
Iqram di sebelah hanya tersengih. Aku jadi geram melihat lagak Iqram seolah-olah memperliku. Kini aku tahu siapa dalangnya yang menyebarkan berita bodoh itu. Rasa menyesal pula berkongsi masalah dengan dia hari itu. Tak pasal-pasal dia sudah mencanangkan pada dunia. Mana aku nak letak muka cantik ini bila orang tahu bakal suamiku adalah pembantu abangku sendiri.
"Haaa...betullah tu!" Sorak Alvin tergelak besar. Aku serba salah jadinya. Haruskah aku mengaku saja atau menafikan? Lambat laun mereka akan tahu juga.
"Siapa, Elsa? Siapa yang bertuah tu?" Sampuk Latipah pula. Pertanyaannya agak serius, berbanding yang lain. Aku rasa terpanggil ingin menjawabnya.
"Err...adalah..." jawabku acuh tak acuh, lalu meneguk minumanku.
"Pasti orang kaya, kan. Atau pangkat diraja. Jawablah, tengku mana yang bertuah tu..." desak Latipah lagi. Yang lain hanya memasang telinga.
Sekali lagi aku rasa ditembak mati. Apa yang harus aku jawab? Tak mungkin aku memberitahu hal sebenarnya, bukankah itu memalukan. Pada pandangan mereka, aku ini bukan calang-calang perempuan. Aku bukan saja cantik dan popular seperti Paris Hilton, malah aku kaya dan sangat berprestasi tinggi dalam kerjaya setanding Neelofa. Siapa saja yang tidak inginkan aku? Kalau aku petik jari pasti beratur hingga ke Singapura panjangnya. Tak larat aku melayan mereka.
"Elsa!" siku Naim disebelah,
dan membawaku kepada pertanyaan Latipah tadi. Nampaknya mereka tak akan puas hati selagi aku tidak memberikan jawapan. Akhirnya aku jawab; "Dia orang biasa. Kenalan abangku.""Oohhh...."
"Pasti orangnya handsome, kan? Ada gambar? Nak tengok..." pinta Aslan teruja.
"Pasti orang bisnes macam abang kau juga, kan. Dia buat bisnes apa?" Tanya Kamal tak mahu ketinggalan.
"Bila majlisnya? Pastikan kau jemput kami semua tau..." pesan Alvin pula.
Aku terasa ingin menjerit. Bertapa aku menyesal datang kesini. Si celaka Iqram ketawa berdekah-dekah disebelahku, tidak tertahan menanggung kelucuan di hati. Memanglah dia berasa lawak, kerana dia tahu siapa bakal suamiku. Arrgghhh! Aku betul-betul marah dengan Iqram. Lalu aku pijak kakinya dengan kasut tumit tinggi yang dipakaiku.
"Huarrgghhh!"
Apa lagi, Iqram terus meraung kesakitan. Yang lain terpinga-pinga hairan. Sedangkan tadi Iqram bukan main seronok tergelak sakan, tiba-tiba menjerit. Dia lantas bangun dari tempatnya.
"Sakit la wei!" Pekiknya terhadapku. Aku balas dia dengan jelingan maut.
"Okay, okay.... " katanya dan berjalan ke arah tempat bbq.
"Siapa nak satay?" Jeritnya sambil menayangkan sebatang satay yang telah masak.
"Bawakan la bro..." Jawab Naim malas.
Iqram kembali semula dengan dulang penuh satay. Pesta alkohol disambung semula, kali ini dengan topik lain. Tiada lagi topik bodoh seperti tadi. Masa berlalu tanpa disedari. Aku terlupa yang esok aku bekerja. Rasa khayal melupakan aku pada segalanya.
Seorang lelaki tinggi lampai muncul dan menarik tubuhku pergi dari situ. Aku menuruti kerana menyangka dia Iqram. Pandanganku agak kabur setelah mabuk, jadi mukanya tidak jelas di mataku. Pada masa yang sama aku ternampak kelibat satu lagi seperti Iqram di sofa sana. Eh, mana satu Iqram yang betul? Aku jadi keliru dan menggosok mata berkali-kali.
"Hei, Elsa! Dah nak balik ke?" pekik lelaki itu.
Aku kenal suaranya. Itu suara Iqram. Habis siapa lelaki sebelahku ini? Aku mula berasa sangsi. Lantas aku tepis tangannya yang merangkul punggungku, tetapi gagal. Dia malah mengeratkan lagi rangkulannya. Tubuhku terus terheret mengekorinya sambil aku cuba melepaskan diri.
"Iqram! Iqram!"
Aku menjerit memanggil Iqram. Aku pasti aku dalam bahaya.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...