1.3

2.4K 37 2
                                    

Di meja makan, aku layankan saja Kak Suriati bercerita tentang drama Korea yang berjudul Secret Royal Inspector lakonan Kim Myung Soo dan Kwon Nara, kini sedang dimainkan di channel Tvn drama. Memandangkan aku berhenti mengikuti perkembangan drama itu, jadi aku layankan saja ceritanya. Teringin juga aku tahu episod seterusnya. Apakah yang terjadi kepada ejen kerajaan dan kawannya sewaktu menjalankan siasatan ke atas gabenor yang jahat itu. Apakah mereka berjaya atau sebaliknya....

Sedang Kak Suriati leka bercerita, tanpa diduga Abang muncul bersama Hendry. Aku hampir tersedak makanan, manakala Kak Suriati automatik berhenti bercakap bagai dipetik suisnya. Tanpa berlengah orang gaji itu segera bangun dari kerusi dan menundukkan kepalanya dengan rasa bersalah.

Abang hanya berdehem dan menggeleng kepala melihat perangai Kak Suriati yang mulut murai itu. Dia menarik kerusi dan mendudukinya. Kak Suriati segera menapak menjalankan tugasnya sebagai pembantu dapur. Manakala Hendry masih tercegat disitu, serba salah bila melihat kehadiranku di meja makan. Mungkin dia sedang berfikir sama ada hendak duduk atau berlalu saja. Aku pula sengaja memandangnya bengis biar dia kecut perut disitu.

"Apa lagi...duduklah." Pelawa Abang.

Hendry serba salah. Terketar-ketar tangannya menarik kerusi sambil takut-takut menjelingku di hujung meja. Hatiku berharap janganlah dia makan semeja dengan kami. Aku dah tak larat menanggung kebencian ini terhadapnya. Aku risau, kalau Hendry meneruskan tekadnya ingin duduk juga, aku takut meja ini akan terbalik aku kerjakan.

"Duduklah...kau dah kenapa?" tegur Abang lagi, bila Hendry masih teragak-agak di tepi meja.

Bulat mataku melihat kerusi telah ditarik keluar dan sedia di duduki. Aku semakin terbakar. Nampaknya Hendry mahu mencabar aku. Beraninya hamba seperti dia ingin duduk semeja dengan tuannya. Aku mengetap bibir geram. Teruskan, Hendry...teruskan...kau tahulah nasib kau nanti.

Paaaappppp!

Belum sempat Hendry melabuhkan punggung, meja ditampar kuat hingga bergegar pinggan mangkuk atas meja. Dan kuah lauk pauk tumpah mencemar alas meja. Kak Suriati menjerit kecil tanda terkejut.

Sepantas kilat Hendry berdiri semula. Di hujung meja, abang memandangku marah seperti singa hendak menerkam. Namun aku palingkan muka daripadanya dan memandang Hendry yang terketar-ketar ketakutan.

"Ma...maafkan saya, Datuk. Saya kena pergi sekarang." Ucap Hendry dan segera berlalu meninggalkan ruang dapur.

Aku tersenyum kemenangan selepas si bodoh itu berambus. Aku tahu dia tidak berani melawanku. Cukup saja aku menjelingnya, sudah menggoyahkan kepala lututnya.

"Elsa...." Abang memecah sunyi.

"Kau jangan lupa, hidup kau bergantung pada dia." Abang mengingatkan aku.

Masakan aku lupa. Sebab itu aku membenci Hendry kerana tidak dapat menolak. Jika aku menolak, aku akan hilang segalanya. Seluruh syer dalam syarikat akan dirampas Abang. Jika aku bersetuju pula, aku akan mendapat separuh sahamnya dalam syarikat, bermakna aku pemegang syer kedua terbesar dalam Group Eco. Aku dapat bayangkan pesona ketika itu, pasti ahli perlembagaan akan ternganga bila bertemu denganku.

"Sekarang kau panggil balik Hendry kesini! Mulai dari hari ini, Hendry setaraf keluarga kita. Mahu tak mahu, kita kena makan semeja!"

Aku terlopong mendengar perintah Abang yang mengarut itu. Sejak bila si anjing itu menjadi keluarga kami, sedangkan aku belum bernikah dengannya. Nonsense! Aku tak tahu apa terjadi kalau sudah bernikah. Pasti Abang memaksa Hendry pindah ke biliku pula. Haih, aku tak sanggup membayangkan bila sebilik dengan jantan itu.

Tidak tahan lagi aku bangun dari kerusi. Sebelum pergi aku hadiahkan jelingan maut pada Abang. Aku pergi bukan memanggil Hendry makan, sebaliknya naik ke tingkat atas menuju ke kamar.

Aku rasa Hendry berkurung di biliknya sebelah dapur. Sejak dijodohkan denganku, dia lebih suka berkurung dalam biliknya apabila berada di rumah, berbanding sebelum ini, dia selalu melepak bersama Abang di ruang tengah atau di bilik bacaan. Dia memang tinggal disini sejak hari pertama bekerja dengan Abang bagi memudahkan urusan kerja.

Hubungan kami sebelum ini biasa-biasa saja. Kami hanya bercakap tentang kerja sahaja. Aku tidak pernah peduli dengannya apatah lagi memandang mukanya. Bagiku, dia seperti anjing Abangku, ke hulu dan ke hilir membontoti Abang. Apa sahaja yang diperintahkan, dia akan lakukan sebaik mungkin. Tidak pernah dia melawan mahupun menjawab. Dasar anjing!

Mesej dari Iqram masuk tanpa diundang. Aku segera membuka peti messenger whatsapp. Rupanya Iqram mengirim gambar mereka sedang berparti di rooftop hotel. Kelihatannya sangat meriah hingga menimbulkan rasa cemburu dalam hatiku. Apatah lagi dia dikeliling betina-betina seksi.

Aku melemparkan handphone ke tilam. Mendidih rasanya melihat Iqram dikeliling perempuan murahan. Apa motifnya tiba-tiba menghantar gambar demikian. Sejak aku memberitahunya niat Abang ingin mengahwinkan aku, sejak itu hubungan kami mula renggang.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now