3.2

1.5K 29 0
                                    

Bagaikan mimpi, aku kini berpijak di bumi bawah bayu. Tidak pernah pun terlintas di fikiran sepanjang hidup ini akan melawat ke Sabah, apatah lagi berkahwin dengan lelaki Sabah. Aku tidak tahu harus berterima kasih pada Tuhan atau menyesalinya. Apa pun, negeri Sabah membuatku terpukau hingga terlupa tujuan asal kami kesini.

Aku kagum sepanjang perjalanan menuju ke hotel. Sayangnya jarak airport ke Borneo Royal Hotel tidak lama, hanya setengah jam sahaja. Aku masih betah menikmati suasana bandar Tawau. Tapi tidak mengapa, aku boleh mengajak Hendry berkeliling nanti.

Kami beruntung kerana penginapan dan pengangkutan telah diuruskan oleh syarikat. Kami tinggal mendaftar dan mengambil kunci bilik. Akibat terlalu teruja, aku terlupa satu hal. Sampai di bilik, aku terbeliak melihat sebiji katil king saiz. Waktu itu baru aku teringatkan Hendry nanti tidur dimana. Tak akan sebilik dan sekatil dengan aku. Mujurlah dia memahami sebelum aku membuka mulut.

"Tak pe, awak stay disini. Saya tinggal bilik lain. Mungkin sebelah, kalau masih kosong..." katanya.

Otakku mula memproses sesuatu. Bagaimana kalau berlaku sesuatu hal yang tidak diingini? Atau pun, bila saatnya aku memerlukan Hendry melayanku. Aku juga tidak biasa hidup berdikari apatah lagi hotel ini tidak semewah kamarku. Lantas aku mengambil keputusan paling bijak aku rasakan.

"Tapi, saya risau awak tak selesa..." jawab Hendry pula.

"Siapa yang tak selesa? Aku rasa kau yang tak selesa...." sambil memuncungkan mulut ke arah sofa yang agak kontot.

Hendry hanya menjongket bahu tanda tak ambil kisah. Aku hanya menggeleng kepala tidak faham. Aku tak dapat bayangkan keadaannya tidur di sofa itu. Pasti penat tidur mengiring dengan kaki dibengkokkan 450 darjah.

"Atau..." aku memberinya pilihan, "...kalau kau nak bilik asing, silakan. Tapi jangan jauh-jauh."

Hendry tersentak. Matanya terkebil-kebil memandangku. Jelas kebodohannya disitu, tak faham maksudku. Otaknya lambat mencerna kata-kataku.

"Tak apalah, disini saja pun ok." Jawapannya membuatku tersenyum lebar.

Lalu aku menghampiri dan menyentuh dagunya. Dia kelihatan gentar saat aku menatap matanya secara dekat. "Bagus, kau bijak memilih...." Ucapku bersahaja dan melepaskan dagunya. Aku beredar ke tingkap dan membukanya. Terbentang luas pemandangan seluruh bandar Tawau disusuli angin yang menyerbu masuk.

"Berapa lama kita menginap disini? Tapak projek bukan di Tawau, tapi di Semporna, agak jauh dari sini." Hendry bersuara dari belakang.

"Esok kita melawat tapak projek, balik hari. Tak jauh sangat, hanya sejam dua, kan?" Aku berpaling menghadapnya. Dia ingat aku tak tahu, aku dah buat research dalam internet keadaan geografi pulau Semporna. Dan aku tahu kalau dia tak sabar balik ke Semporna, kerana rumah Magreta ada di Kampung Bangau-Bangau dan disitulah terletak tapak projeknya nanti. Sekarang aku telah faham permainan Abang berbaik dengan keluarga Hendry, malah aku juga dipesan agar tidak melakukan kerja gila seperti berkelakuan sombong atau menghina orang kampung kerana itu akan menyukarkan kerjaku nanti. Kalau itu kemahuan Abang, okay, akan aku usahakan sebaik mungkin.

Malam itu kami berkeliling di bandar Tawau dan menjamu selera di sebuah restorant makanan laut. Ketika sedang makan, satu panggilan masuk handphone Hendry. Aku agak hairan bila dia meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut. Mengapa tidak berbual saja di hadapanku.

Oleh kerana tidak puas hati, setelah sepuluh minit dia kembali semula ke meja, aku lalu bertanya siapa pemanggilnya. "Nobody," jawabnya selamba dan menyambung kembali seleranya. Aku tetap tidak puas hati. Aku ini isterinya, apa salahnya aku ingin tahu siapa yang menelefonnya. Jangan dia lupa siapa yang membiayai makan pakainya selama ini.

Aku menjadi berang tiba-tiba lalu merampas handphone yang diletakkan atas meja. Hendry terkejut, namun tidak dapat berbuat apa.

"Uncle Stone lagi?" Tanyaku setelah melihat call history.

Hendry mengangguk dengan muka cemas. Aku tidak bertanya lagi lalu menyerahkan handphonenya. Namun jauh sudut hati, aku pelik mengapa sejak kebelakangan ini Uncle Stone selalu menelefon Hendry. Sejak bila mereka mula rapat?

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now