Orang di bawah makan sedap, sementara aku di atas berkurung dalam bilik menghadap laptop. Aku tak salahkan mereka, itu pilihan aku sendiri. Daripada menghadap muka hodoh dibawah, baik aku menghadap kertas kerja yang tidak pernah siap. Ada juga faedahnya daripada sakit hati sendiri. Setengah jam yang lalu aku terdengar bunyi ketukan dari luar diselangi suara Hendry mengajakku turun makan, katanya arahan Abang. Aku persetankan, dan pura-pura pekak sungguhpun perutku berkeroncong minta diisi. Maklumlah sudah jam sembilan malam. Kali terakhir aku makan di majlis siang tadi jam tiga petang. Hatiku berharap Magreta dan suami balik secepat mungkin kerana aku dah tak tahan kelaparan.
Penantianku berakhir sejam kemudian. Kedengaran ketukan dari luar. Aku segera berlari membukanya. Terpacak muka Hendry di luar. Aku tidak menunggu lama dan terus memberi perintah.
"So your family dah pulang, belum?" Soalku.
"Dah, baru saja pergi." Jawabnya lemah.
"Bring me food. I'm hungry." Pintaku selamba.
Seperti telah aku duga, Hendry turutkan sahaja. Dia berpusing balik ke arah tangga. "Minta dengan Kak Suriati, nanti dia sediakan!" Jeritku dari pintu sebelum tubuh Hendry menghilang.
Aku kembali ke meja kerja dan menghadap laptop kembali. Pintu sengaja dibiarkan terbuka separuh, nanti senang Hendry melepasinya bersama dulang makanan.
Lima belas minit kemudian, dia kembali menatang dulang berisi makanan. Lalu diletakkan dengan berhati-hati di atas meja tempatku bekerja. Aku tidak menunggu lama dan memulakan santapan sementara Hendry beredar ke sofa. Dia menghadap handphone tanpa mempedulikan aku. Kelihatannya sedang menaip mesej. Entah bersembang dengan siapa, mungkin kawan atau teman wanita. Pernah juga aku terfikir apakah Hendry punya kawan atau teman wanita? Sepanjang aku mengenalinya, dia asyik mendampingi Abang setiap masa. Alangkah bosannya kehidupan dia. Pasti sukar baginya meneruskan kehidupan di muka bumi selepas ini.
Selesai makan, aku berdehem padanya dan memberi isyarat dengan mata supaya dia menghantar pinggan kotor ke bawah. Sekali lagi Hendry menurut bagai lembu di cucuk hidung. Sementara dia turun ke bawah, aku menyediakan sebiji bantal dan selimut tebal untuknya. Aku letakkan di sofa, nanti dia sendiri tahu nak tidur dimana. Asalkan jauh daripadaku.
Tak sampai sepuluh minit, dia kembali semula. Dia agak terkejut dengan suasana bilik yang agak gelap. Aku telah menukar mood lampu menjadi malap. Sliding door balkoni pun telah ditutup takut nyamuk masuk. Bila semuanya telah tutup, aku mula menghidupkan penghawa dingin untuk menyejukkan udara.
"So, kau nak tidur mana?" Soalku bila dia menyedari bantal dan selimut atas sofa.
Seminit kemudian dia menjawab; "Sini je kot..." sambil menepuk-nepuk sofa tempatnya sedang duduk.
Aku tersenyum sinis dan menyambung kembali kerjaku. Hendry mula berbaring di sofa panjang dan bermain handphone semula tetapi tidak lama. Handphone diletakkan bawah bantal dan selimut ditarik membungkus badannya. Kelihatan dia cuba melelapkan mata. Aku pasti tidurnya tidak lena pada malam pertama.
Jam sebelas lebih aku mengambil keputusan masuk tidur oleh kerana mataku semakin layu. Aku lihat Hendry sudah lama belayar dan kedengaran dengkuran halus mengiringi tidurnya. Tekaan aku tadi meleset sama sekali. Tidak sampai setengah jam dia sudah lena. Dalam samar cahaya aku perhatikan mukanya secara dekat. Timbul rasa simpati dalam jiwa bila teringatkan apa yang telah aku lakukan kepadanya. Aku hairan, mengapa dia lemah tidak bangkit melawan. Mengapa dia biarkan orang terus memijaknya. Bukankah itu bodoh namanya.
Malam itu tidurku agak lena, sama seperti malam sebelumnya. Kehadiran Hendry dalam kamarku langsung tidak memberi efek pada tidurku. Aku terjaga waktu subuh seperti biasa. Waktu subuh memang jam aku buang air kecil. Jadi aku berjalan ke bilik air dalam keadaan mamai. Usai melepas hajat aku kembali semula ke katil. Saat terpandangkan sofa panjang di sudut balkoni, aku lantas teringatkan Hendry. Terdetik di hati ingin memastikan keberadaannya. Perlahan aku hampiri sofa, dan ya...tubuhnya masih disitu, sedang nyenyak dilamun mimpi. Aku berlalu ke katil dengan harapan dapat melelapkan mata semula.
![](https://img.wattpad.com/cover/137812914-288-k248063.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...