Sampai aku di bilik bacaan, Abang menyerahkan sebuah fail misteri kepadaku. Berkerut dahiku menyambutnya. Hendry di sebelah Abang hanya memandang kosong wajahku. Abang pula tersenyum simpul penuh makna.
Aku buka helaian pertama. Terpampang besar perkataan 'Eco Botanic Mall'. Projek baru kot, kerana baru pertama aku mengenalnya.
"Abang sudah kemukakan kertas proposal dalam meeting tadi..." kata Abang ceria, "...dan semua ahli pengarah setuju."
"Yeke?" Aku pun tumpang gembira sekaki.
Akhirnya impian Abang ingin mendirikan mall di Semporna Sabah tercapai. Ini merupakan projek pertama kami di Sabah. Aku menyelak halaman seterusnya.
"Aku serahkan kau memimpin projek ni oleh kerana suami kau orang Sabah. Bagaimana?" Kata Abang.
Hah! Aku tercengang. Begitu juga Hendry. Abang menyerahkan sampul segi empat tepat padaku. Lantas aku buka.
"Tiket flight?"
Abang tergelak kecil. Bahagia sungguh. Jarang aku melihatnya sebahagia ini.
"Korang boleh honeymoon sekali sambil bekerja." katanya sambil berseloroh.
"Honeymoon kat Sabah?" Pekikku tak percaya. "Abang dah gila ke? Apa saja ada kat Sabah? Aku tak larat naik gunung Kinabalu..."
Abang terkekeh-kekeh ketawa. Hendry di sebelah hanya tersenyum kecil.
"Siapa suruh naik gunung? Pergilah pulau kat situ. Aku dengar pulau sana macam Maldive." Kata Abang lagi.
Aku menarik muncung panjang. Setakat pulau...bolehlah. Aku suka juga pulau. Tak salah kalau aku mencari pengalaman baru di Sabah.
Aku meneliti tiket penerbangan di tangan. Ia bertarikh esok, pukul 2:15 petang. Dari Senai airpot ke Tawau airport. Hmm...nampaknya menarik juga. Aku tidak pernah ke pulau Borneo. Inilah masa untuk menimba pengalaman baru.
Aku tinggalkan bilik bacaan dan dua orang lelaki itu dan menuju ke dapur yang jaraknya agak jauh berapa meter. Di dapur, Kak Suriati sedang menyiapkan makan malam. Aku datang bukan nak menolong, marahku pada Kak Suriati yang menabur bunga atas tilamku tempoh hari masih bersisa, tetapi aku datang hanya nak minum air kosong dan melihat lauk pauk makan malam nanti.
Aku keluar dari dapur selepas membasahi tekak. Tergerak di hati ingin ke taman belakang. Agak lama juga aku tidak melepak di tepi kolam renang sambil menikmati suasana petang. Sampai di satu sudut hendak membelok ke kanan, aku terdengar suara lelaki.
"...ada, ada....dia bagi sebab Datuk yang suruh..."
Automatik langkahku mati bila terdengar nama Abang ke udara. Dan suara itu, aku kenal hingga ke liang lahat. Entah apa yang dibualkan Hendry dalam telefon, aku teringin juga nak tahu.
"...esok petang pukul 2:15....tak tahu lagi, saya ikut je kata Elsa....okay, apa-apa hal, saya akan maklumkan segera..."
Talian dimatikan. Hendry menoleh kiri kanan sebelum berlalu. Aku tidak akan melepaskannya dengan mudah. Lalu aku menyergahnya. Dia bukan saja terkejut, malah takut seperti ternampak hantu.
"Kau cakap dengan siapa?" Soalku cepat.
"Err..." dia gagap seketika. "...aa..awak curi dengar?"
"This is my house, yes of course i heard everything!" Pekikku supaya dia sedar lantai rumah siapa dipijaknya.
"So siapa dia?" Tanyaku lagi.
"Err...Stone. Dia tanya hal kita...."
"Uncle Stone?"
Hendry mengangguk. Buat apa Unlce Stone menelefon Hendry semata-mata bertanyakan hal kami? Mengapa tidak menelefon aku terus? Mungkin Uncle Stone takut aku akan marah kot....yalah, aku kan terkenal dengan sikap panas baran. Betul juga tindakan dia. Kalau dia bertanya langsung padaku, pasti aku marah.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomansaElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...