Sejak hari itu aku benci dan meluat melihat Hendry lalu dihadapanku. Kecik besar, kecik besar saja aku lihat si bodoh itu mengekori gerak geri Abang ke hulu dan ke hilir, sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Ikutkan hati mahu saja aku menyepak dan menampar sekuat tenaga agar dia sedar dirinya sendiri. Agar dia tahu dirinya tidak layak mendampingi puteri secantik aku yang jauh berbatu-batu, lebih jauh dari jarak langit dan tanah, lebih tinggi dari gunung Everest, lebih panjang dari Sungai Nil, lebih luas dari laut Cina Selatan dan apa saja yang boleh membezakan darjat antara kami.
Sesungguhnya aku benci aku benci aku benci!....melihat makhluk tuhan itu berpura-pura tidak tahu apa-apa. Dia memandangku seperti biasa tanpa sebarang reaksi, seolah-olah tiada perasaan. Sedangkan aku hampir separuh gila menahan hati yang sakit melihat mukanya. Akhirnya tidak tertahan lagi, aku memanggilnya ke bilikku setelah mesyuarat selesai.
Dia memberitahu Abang dahulu sebelum membontoti langkahku. Aku sengaja berjalan laju di hadapan mengelak daripada bersaing dengannya. Dia berjalan tunduk di belakang seperti anjing mengekori tuannya. Oh ya, aku terlupa. Dia memang anjing Abangku sejak dulu lagi, sebelum aku bergabung dengan syarikat ini, dan aku memang mengenalinya hingga ke akar umbi kerana dia pembantu peribadi dan orang kepercayaan Abang sejak dulu kala. Atas kepercayaan itu, Abang berani menjodohkan aku dengan Hendry. Dasar konyol!
Sampai di bilik, aku menghempaskan nota ke atas meja. Dia tidak berkata apa dan hanya tunduk berdiri seperti patung. Aku memandangnya bengis persis singa mempertahankan kawasannya daripada pihak lawan. Sudah lama aku menahan kemarahan ini, sejak di bilik mesyuarat tadi, hatiku tersangat ingin mencekik lehernya.
"Ada apa boleh saya bantu?" Tanya Hendry lantang, langsung tidak takut padaku.
Aku hampir menjerit gila menghadap lelaki sebodoh ini. Sudah terang-terangan aku mempamerkan kemarahan tetapi dia masih setenang itu. Sikapnya yang tenang itu semakin membuatku terbakar. Lantas aku capai fail atas meja dan melemparkan kearahnya. Habis jatuh berteraburan kertas bersaiz A4 ke lantai. Dia agak terkejut dan lantas tunduk mengutip kertas tersebut.
Huh, dasar anjing, perliku dalam hati.
"Hei, loser!" panggilku.
Dia mengangkat muka memandangku tanpa perasaan walaupun dipanggil 'loser'. Aku tatap mukanya yang mirip pelakon Kim Myung Soo itu dengan perasaan geram. Aku geram mengapa orang sebodoh ini memiliki muka tampan seperti pelakon Korea yang aku minati itu. Sejak dijodohkan dengan si anjing ini, aku berhenti meminati Kim Myung Soo. Aku jadi benci akan keduanya. Drama Kim Myung Soo yang separuh ditontonku dalam telegram waktu malam sebelum tidur, terus aku tinggalkan.
Tanpa sedar tanganku mencengkam dagunya hingga terbenam kuku panjangku pada kulit mukanya. Dia bertahan sahaja sambil matanya menentang mataku. Aku perhati mukanya bermula dari dagu, bibirnya yang mungil, hidungnya yang mancung, matanya yang bundar, alis kening yang tebal, dan lesung pipit sebelah kiri pipinya akan tersembul bila tersenyum. Aku semakin tidak percaya, mengapa semuanya mirip sekali Kim Myung Soo kesayanganku itu. Mengapa muka ini dianugerahkan kepada lelaki bodoh ini. Andai sahaja muka ini milik lelaki lain yang setaraf denganku alangkah indahnya dunia ini....
"Err....Cik Elsa..." tegurnya sambil meleraikan cengkaman tanganku.
Teguran Hendry membawaku ke dunia nyata. Lantas aku lepaskan mukanya dengan rasa menyampah. Dagunya merah dan bekas kuku jelas kelihatan. Dia menyambung kembali kerjanya mengutip kertas tadi. Aku perhatikan saja gerak gerinya. Rasa ingin menerajangnya pun ada.
"Hei, loser!" pekikku lagi. Kali ini dia tidak mengangkat muka. Aku peduli apa, dan menyambung lagi; "...mulai dari hari ini, aku tak mahu tengok muka kau. Jangan munculkan diri depan aku. Dan jangan berani memandang aku, faham!"
Tiada reaksi dari Hendry, membuat darahku menyirap. Aku seperti bercakap dengan dinding. Selesai mengutip kertas, dia menghulurkan kepadaku. Aku menepisnya kasar dan kertas itu jatuh melayang sekali lagi. Kali ini Hendry bangun menghadapku yang bercekak pinggang di hadapannya. Matanya dipejam seketika dan nafas ditarik dalam, mungkin menahan kemarahan. Eleh, aku peduli apa. Berani dia melawanku, aku boleh saja menerajang tubuhnya hingga tembus keluar dari bilik ini. Berani dia.....
Pintu bilik ditolak dari luar. Muncul seraut wajah. Pandangan Abang jatuh ke lantai dimana kertas kerja berteraburan. "What happen?" Soalnya hairan.
Hendry lantas mencangkung dan mengutip kembali kertas tersebut, secepat mungkin. Aku tersenyum sinis dan kembali ke mejaku. Abang hanya menggeleng melihat situasi kami.
"Err... Hendry..." Panggil Abang. Hendry berhenti dari kerjanya dan memandang Abang. "....lepas ni jumpa saya di lobi. Bawakan semua dokumen projek di Medini. Kita jumpa Abu Yusof petang ini."
"Baik, Datuk." Jawab si anjing.
Sebelum berlalu, Abang sempat memberi isyarat matanya ke arahku, tanda amaran. Aku semakin geram. Dia lupa berterima kasih padaku, kalau bukan jasaku, dia tidak akan mendapat kepercayaan Abu Yusof yang bertindak meluluskan projek resort di Medini itu.
Hendry meletakan kertas kerja di atas mejaku dengan berhati-hati tanpa memandang mukaku. Aku pun, seribu kali tidak mahu memandang mukanya yang menyebalkan itu. Dia kemudian bergegas keluar. Aku masih tidak puas hati terhadapnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/137812914-288-k248063.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...