Salah seorang bertutur dalam bahasa asing sambil tersengih. "Oh ya, aku terlupa..." katanya, tiba-tiba bertukar bahasa melayu pula. "...kau bukan orang sini. Kau orang semenanjung, betul tak? Orang kaya JB..."
Lelaki itu ketawa terkekeh-kekeh. Rakannya yang lain hanya tersengih. Aku kehairanan. Pada masa yang sama dadaku sudah berdebar kencang. "Kau siapa?" Soalku ingin tahu. Kalau aku tahu identitinya, senang kerjaku selepas ini melaporkannya ke balai polis.
"Kau memang tak tahu siapa aku, tapi kami tahu siapa kau!" Bentaknya keras.
Aku tersentap. Hatiku mengagak sesuatu. Apakah musuh perniagaan Abang telah mengejarku sampai kesini? Atau bapa saudara kami yang tamak itu menghantar orang menjejaki aku. Hatiku mula kecut. Otakku mula berfikir tentang cara menyelamatkan diri di tengah tempat awam begini. Tidak sesuai kalau aku mengajak mereka beradu tenaga disini.
Ketika itulah mataku terarah kepada Hendry yang baru muncul dari celahan orang ramai. Dia semakin mendekat dengan keadaannya agak serabut dan bibirnya sedikit berdarah.
"Hah, tu pun suami kau datang..." kata lelaki tadi bila menyedari kehadiran Hendry.
"Roy, tolonglah..." rayu Hendry. "...jangan libatkan dia."
Rupanya samseng bodoh yang berada di depanku namanya Roy, dan Hendry mengenali mereka. Jelas sekali mereka hanya samseng jalanan disini, bukan musuh Abang atau orang suruhan Unlce Stone. Mereka hanya memanfaatkan aku kerana bermasalah dengan Hendry. Hatiku merasa sedikit lega setelah mengetahui hal sebenar.
"Kau boleh kacau bini aku, mengapa aku tak boleh ganggu bini kau?" Tanya Roy sinis pada Hendry. Rakan Roy mula mengejek Hendry, manakala Roy memandangku dari atas ke bawah seperti perogol sedang tergoda dengan tubuh mangsa.
"Hmmm...perfect!" Katanya sambil mencuit daguku. Lantas aku tepis kasar.
Hendry maju ke depan dan menarik tanganku berlalu dari situ. Sampai di sebuah kedai aksesori, aku melepaskan tangannya. Langkah kami terhenti disitu.
"Elsa, kita kena pergi dari sini." Desak Hendry.
"Tidak! Selagi aku tak tahu siapa mereka." Bentakku.
Hendry mengeluh. "Royston tu laki Sabrina." katanya. "Kita masuk kereta dahulu, nanti saya ceritakan."
Aku terkejut mendengar penjelasan Hendry. Jadi, Roy yang berlagak samseng itu suami Sabrina. Tidak mustahil kalau Royston berdendam dengan Hendry. Kini aku tahu hujung pangkal cerita. Aku berani bersumpah, jikalau Royston berani menyentuhku sekali lagi, aku tidak jamin dia akan selamat.
Sampai di kereta, Hendry hendak membuka mulut tetapi aku melarangnya. Aku tahu dia ingin menjelaskan kejadian tadi. Tidak perlu dia jelaskan, aku sudah tahu jalan cerita. Aku tidak mahu membuang masa kerana perutku sedang lapar.
Oh ya, aku hampir terlupa yang bibirnya berdarah dan rambutnya agak serabut. Hatiku dapat mengagak sesuatu dan tekaanku tepat sekali apabila Hendry mengangguk saatku bertanya siapa yang memukulnya. Aku tak tahu berbuat apa, nak ketawa atau bersimpati. Aku tidak menyalahkan Royston memukul Hendry, kerana suamiku yang bodoh itu memang layak dipukul. Siapa saja yang tidak marah kalau ada lelaki lain mengusik isteri mereka. Aku hairan juga, mengapa Hendry sangat peduli dengan Sabrina. Pasti ada sejarah antara mereka yang aku tidak tahu. Aku rasa Magreta ada jawapannya.
"Lepas makan nanti kita pergi rumah Magreta." Usulku setelah berdiam diri.
"Mengapa kesana? Kata nak pergi island hoping..." Hendry mengungkit janjiku sebelum ini yang hendak melawat pulau-pulau sekitar sini.
"Ada hal kerja. Lagipun Agus cuti hari ini. Kita pergi selepas urusan kerja selesai." Alasanku mendiamkan Hendry.
Dia membawaku makan di sebuah warung di bahu jalan. Aku tidak kisah pun, kerana ramai pelancong asing turut makan disitu. Tambahan pula, bakso dia sangat sedap hingga melupakan aku kepada masalah sebentar tadi.
Ketika sedang enak menjamu selera, handphone Hendry berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Semenjak bersama dia aku sudah faham tabiatnya di meja makan. Dia akan meletakkan handphone dan kunci kereta atas meja. Oleh itu aku tahu bila handphone-nya berbunyi.
Tertera di skrin 'Stone calling'. Sudah pastinya Uncle Stone. Aku mula menyinga. Sejak Abang memberitahu keburukkan Uncle Stone, sejak itulah telingaku sensitif mendengar nama itu.
"Hoi, kau pekak atau bodoh?" Tengkingku bila Hendry pura-pura tidak menyedari handphone-nya sedang memanggil.
"Biarkan...." jawabnya bersahaja.
Panggilan dari Unlce Stone berlalu begitu saja. Hairan juga mengapa Hendry tidak menjawabnya. Hatiku kuat nengatakan ada sesuatu tidak kena.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...