Serentak itu siren polis kedengaran di udara. Semakin lama semakin jelas. "Dengar sini, kawasan ini telah dikepung! Letakkan senjata! Tangan di atas kepala dan keluar serahkan diri!" Suara polis yang menggunakan alat pembesar suara jelas kedengaran.
Hatiku berasa lega sebaik menyedari ketibaan polis. Entah siapa yang melaporkan. Lantas aku lontarkan senjata ke lantai dan meletakkan kedua tangan di atas kepala. Begitu juga Hendry.
"Sial! Kan aku cakap jangan libatkan polis!" Bentak Uncle Stone marah. Pistol ditangannya di acukan ke perut Abang, bukan lagi di kepala. Mujurlah tadi tembakan aku tersasar.
"Sudahlah, Stone....menyerah sajalah. Game over." Kata Abang memperli Uncle Stone.
"No way, kalau aku masuk penjara, kau pun sama! Kau jangan lupa, aku ada bukti yang cukup untuk mengheret kau sekali."
"Kau ingat hanya kau ada bukti? Aku pun ada bukti yang kau dalang sebenar pembunuh ibu bapa kami."
Uncle Stone tersentap. "Mengarut. Ibu bapa kau mati sebab kemalangan, bukan dibunuh!"
"Tapi kau yang merancang kemalangan itu!" Bentak Abang hilang sabar.
"Apa buktinya? Cuba katakan." Cabar Uncle Stone tidak percaya.
"Siapa yang mengupah orang merosakkan brek kereta ayah malam itu?"
"Kah kah kah...." Uncle Stone ketawa terbahak-bahak, entah apa yang lucu. Melihatnya leka ketawa, Abang mengambil kesempatan menepis pistol di tangan Uncle Stone. Lalu pistol terlepas dari tangan orang tua itu. Uncle Stone kalut dan mengutip pistol itu semula. Namun Abang tiada lagi disisinya.
Abang kini berada di antara aku dan Hendry. "Celaka, dua-dua celaka. Sekarang aku tembak kau berdua!" Uncle Stone sangat marah dan mengacukan pistol kearah kami. Kecut juga perutku walaupun polis diluar, risau jika Uncle Stone benar-benar gila dan memetik picu itu.
"Siapa yang mau mati dulu?" Uncle Stone semakin mendekat. Sesekali dia mengacukan pistol kearahku, kemudian kepada Abang, dan balik padaku semula. "Kau, Edward...." Pistol diacukan kearah Abang dari jarak semeter. "Aku dah lama bersabar dengan kau. Kalau aku tahu kau sehebat ini, dari kecil lagi aku bunuh kau. Syaitan kecil, matilah kau..." Selesai berkata, picu ditarik....
Saat itu kedengaran suara polis dimuka pintu. "Berhenti! Letakkan senjata!" Kami semua tersentak. Sepantas kilat, Hendry menarik tanganku dan tangan Abang berlari ke arah polis. "Mati kauuu, Edward!" Pekik Uncle Stone naik gila dan nekad menarik picu yang tertangguh.
Pangggg!
Berderau darahku saat mendengar tembakan ke udara lagi. Lantasku menoleh ke arah Abang, syukurlah bukan dia yang kena, dan bukan juga Hendry....tetapi Uncle Stone. Tubuhnya sedang terbaring berlumuran darah. Tembakan polis tepat di dada.
Aku dan Abang berpelukan agak lama. Selepas tubuhku dilepaskan, Hendry pula ingin memelukku namun dihalang oleh Abang. "Maaf, Hendry....kau tak layak untuk adik aku. Aku silap menilai kau selama ini." Ucap Abang sambil menepuk bahu Hendry.
Aku terpinga-pinga mendengarnya. Hendry segera mengekori langkah Abang yang berlalu pergi sambil merayu. Aku tidak jadi mengekori mereka apabila Pak Borhan muncul tiba-tiba.
"Oh, pak cik yang bawa polis?" Sorakku setelah mendengar pengakuannya. Katanya dia melihatku diculik di airport. Jadi dia cuba mengekori kereta tersebut hingga tiba kesini.
Lantas aku memberitahu Abang. Sekali lagi Pak Borhan mengulang kembali ceritanya dengan bangga. Kami adik beradik mengucapkan terima kasih pada orang tua itu. Hendry pula tersipu-sipu malu. Pak Borhan memandangnya sinis dan berkata; "Pak cik belum buta lagi. Pak cik nampak kau yang culik Elsa di airport. Dan kau pura-pura tak nampak pak cik di depan!"
Abang mula menyinga, namun mulutnya tidak berkata apa, hanya memandang Hendry dengan sinis, membuatkan lelaki itu serba salah. Seminit kemudian, Abang beredar mendapatkan pegawai polis disana.
"Elsa, macam mana ni...." Hendry kembali merayuku. "Bagaimana nak yakinkan Abang? Aku betul-betul buntu waktu itu. Uncle Stone menghantar samseng ke rumah Magreta. Samseng itu akan bunuh kakak jika aku berdegil...aku...aku..." Hendry teresak-esak seperti budak kecil. Air mata membasahi mukanya yang comot. Pak Borhan yang menyaksikan drama kami, hanya mencebik.
"Sudahlah...." aku memujuknya. "...tak perlu seperti ini, lambat laun Abang akan faham. Yang penting keluarga kau di kampung selamat."
Hendry menarik tubuhku ke pelukannya. Tubuhku didakap erat, namun aku tidak teringin membalasnya. Fikiranku kosong, entah melayang kemana. Yang pasti, hatiku masih tergores dengan tindakan Hendry. Jika Hendry tidak 'menculikku' di airport, mungkin keadaan tidak seteruk ini.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...