4.5

1.5K 28 0
                                    

Kami berjalan kaki balik ke rumah Magreta semula. Mujurlah tidak jauh, hanya sepotong rokok kami sampai di kaki tangga rumah papan itu. Kereta yang rosak ditinggalkan saja di tepi jalan. Entah apa masalahnya, Hendry sendiri tidak tahu. Aku cuba bersikap rasional dalam keadaan begini. Benda sudah terjadi nak buat macam mana. Tiada sesiapa yang meminta malapetaka terjadi dalam hidup mereka, jadi hadapi sahaja dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Magreta dan jiran lepaknya tadi menjengahkan kepala dari beranda. Hendry mewakili kami memberitahu hal terjadi. Aku hanya membontoti langkahnya dari belakang naik tangga. Sampai di beranda aku melabuhkan punggung di tempat kosong bersama mereka disitu. Aku sedar semua mata memandangku seperti melihat malaikat. Tiada siapa yang berani menegur mahupun senyum. Aku pun tidak mahu menegur mereka. Kalau ditegur pun, aku tak akan jawab. Tetapi, di antara wanita disitu, tiada yang sepintar Sandy. Anak kecil itu menghulurkan segelas air sirap kepadaku. Mungkin dia sedar peluh yang membasahi muka dan tubuhku.

"Thanks you." Ucapku tersenyum padanya.

"You're welcome, kakak cantik." Balasnya.

Aku tersengih mendengarnya. Selepas ini aku harus melarang Sandy memanggilku demikian. Aku malu didengari orang sekeliling. Hendry di sudut tepi bersama Agus, sedang berbincang entah apa-apa. Masalah sekarang aku tidak faham bahasa mereka.

Selang beberapa minit, Hendry melambai tangan ke arahku. Tanpa berlengah aku lalu menghampiri mereka. Magreta pun ada sekali.

"Abang akan bawa mekanik tengok apa masalah kereta. Tapi, dia tak jamin boleh siap cepat, memandangkan waktu sekarang dah 4 petang." Kata Hendry.

"Saya cadangkan, baik korang bermalam saja disini. Lagipun dah lewat ni." Sampuk Agus pula. Magreta menyokong suaminya dengan anggukkan. Hendry dari tadi memandangku menunggu keputusan.

Jadi keputusan terletak di tanganku. Apa nak buat, aku terpaksa turutkan sahaja nasihat mereka. Mujurlah Hendry memahami keadaanku. "Kita cari hotel yang terdekat sebelum terlambat," katanya.

Aku tidak dapat bayangkan jika bermalam disini. Tanpa sedar hatiku memuji Hendry. Dia bukan saja bijak menyelesaikan masalah, malah sangat memahami. Dibandingkan dengan Iqram yang suka memaksa itu, ternyata Hendry yang bodoh ini jauh lebih baik.

Kami meminta diri semula. Kali ini Hendry meminjam kereta Agus untuk berkeliling mencari hotel sekitar sini. Lima minit kemudian kami berhenti di sebuah rumah batu setingkat. Papan tanda diluar mengesahkan ianya sebuah hotel. Kedatangan kami disambut mesra oleh seorang lelaki tua berumur lingkungan 50-an dengan rambutnya yang memutih ditutupi songkok hitam. Hendry bercakap dengannya dalam bahasa mereka. Kami dibawa ke kaunter pendaftaran.

"Okay or not, we don't have choice. Susah nak cari hotel masa weekend. Luckily, ada sebuah bilik masih kosong." Kata Hendry padaku yang sedari diam.

Aku serahkan sahaja padanya asalkan tidak kembali ke rumah buruk Magreta. Selesai urusan di kaunter, kami dibawa ke bilik berkenan yang terletak di hujung sekali. Seperti telahku duga, keadaan bilik serba kekurangan tetapi lebih baik berbanding rumah Magreta. Memandangkan katil queen saiz hanya satu, sekali lagi aku memaksa Hendry memilih. Kalau dia nak bermalam di rumah kakaknya, aku tak kisah berseorangan. Lagipun aku bosan menghadap muka Hendry sepanjang hari ini. Pergaduhan kami siang tadi meninggalkan kesan mendalam padaku.

"Tak lah. Saya lebih suka stay dengan awak." Jawabnya selamba.

"Bodoh..." hanya itu kata yang sesuai untuknya hari ini.

Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)Where stories live. Discover now