Tanpa berlengah aku memusingkan stereng dan berpatah balik ke rumah agam. Entah apa yang berlaku kepada Abang. Tidak pernah dia pengsan tanpa sebab selama ini. Mungkin terlalu terkejut aku meninggalkannya. Entahlah. Tiba-tiba aku rasa menyesal dengan tindakan sebentar tadi. Aku tidak seharusnya meninggalkan Abang begitu saja.
"Elsa, maafkan aku...." Hendry di sebelah bersuara setelah lama mendiamkan diri. "Datuk pengsan sebab kau ikut aku, kan...kau tak seharusnya ikut aku. Abang kau lagi penting dari aku."
"Diamlah..." aku mengeluh berat. Saat ini fikiran aku sedang bercelaru. Janganlah Hendry sengaja menempah maut dengan mengatakan yang bukan-bukan.
Saat kami sampai di rumah agam, kelihatan kereta Toyota Vellfire sedang bergerak keluar dari halaman. Aku tidak menunggu lama dan terus menahannya. Cermin kereta di tempat pemandu diturunkan. Tersembul muka tua Pak Borhan.
"Elsa, ikut belakang pak cik! Kita hantar Datuk ke hospital terdekat!" Pekik orang tua itu.
Aku setuju. Sambil itu aku sempat melihat tubuh Abang terbaring kaku di tempat duduk belakang. Kak Suariati ada disampingnya. Kereta mula bergerak dan aku berlari semula ke keretaku. Hendry telah bersedia di tempat duduk pemandu. Dia memandu di belakang Vellfire hingga tiba di Hospital Penawar, tidak jauh dari rumah kami.
Tubuh kaku Abang dipindahkan ke stretcher beroda dan ditolak masuk ke dalam hospital. Kami hanya dibenarkan mengekori hingga ke wad kecemasan.
Di ruangan menunggu, masa yang berlalu terasa begitu lambat. Kami tiada hati berbual dan langsung mematungkan diri melayan perasaan dalam suasana hening. Dalam hatiku tidak putus berdoa, semoga Abang baik-baik saja.
Ini semua salahku kerana melawan Abang. Aku tidak sepatutnya meninggalkan dia demi seorang lelaki. Sungguh pun dia selalu mengatur hidupku, tapi itu untuk kebaikan aku sendiri. Hendry memang layak dihukum. Aku tidak sepatutnya menyebelahi Hendry dan meninggalkan Abang....
Pintu kecemasan di hadapan dikuak dari dalam. Kami segera menapak. Doktor itu tersenyum nipis. Di belakangnya berdiri lima orang pembantu perubatan.
"Jangan risau, Datuk telah sedar. Dia cuma mengalami serangan jantung." Ucap doktor tersebut.
Serangan jantung? Aku terpana seketika. Mengapa aku tidak tahu Abang ada masalah jantung selama ini. Mujurlah sewaktu diculik Unlce Stone, dia baik-baik saja.
Kami dibenarkan masuk tetapi Hendry menolak. Aku malas memaksanya kerana aku faham apa yang dilaluinya. Di katil, Abang sedang berbaring dan tersenyum hambar ke arah kami. Perlahan aku, Kak Suriati dan Pak Borhan menghampirinya.
Belum sempat bibir berbicara, air mataku terlebih dahulu menyatakan penyesalan. Aku tidak mampu berkata apa, hanya memeluknya sahaja. Dadaku berasa sebak menahan penyesalan. Begitu juga orang gaji kami, sama membisu sambil memandang sayu.
"Abang....I'm sorry..." hanya itu yang mampu dilafazkan.
"Aku pun minta maaf..." balasnya.
"Sumpah, aku tak tahu abang ada masalah jantung. Lepas ni aku janji tak akan tinggalkan abang." Janjiku bersungguh-sungguh.
Abang hanya tersengih. "Aku pun tak tahu. Ini kali pertama kena serangan jantung. "
"Selepas ini, Elsa janganlah melakukan benda bodoh lagi. Penyakit ini sangat bahaya. Dulu arwah bapak kami
meninggal sebab serangan jantung." Sampuk Pak Borhan.Aku terpepam. Tangan Abang digenggamku erat. "Aku janji, aku akan ikut apa saja kata abang. Aku akan bercerai dengan Hendry jika itu yang abang mahukan. Esok sign surat cerai."
Abang hanya tersenyum hambar. Kepalaku diusapnya perlahan setelah sekian lama. Dan aku senang diperlakukan demikian. Ia mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak dahulu, dimana Abang selalu mengusap kepalaku sewaktu mendiang ibu masih hidup.
"Betul kau ingin bercerai?" Soalnya sambil merenung ke dalam mataku.
Aku hanya mengangguk dan menundukkan muka. Kalau itu yang Abang mahukan....aku sanggup berkorban demi keluargaku seperti Hendry mengorbankan isteri untuk kakaknya. Hendry boleh, aku pun boleh.
"Kau tak cintakan dia?" Soal Abang lagi. Pak Borhan dan Kak Suriati turut memandangku menunggu jawapan.
Aku gelengkan kepala dengan muka masih ditundukkan. Cinta tak cinta, apa gunanya sekarang kalau Abang menentang hubungan kami. Kan aku sudah janji, aku akan mengikuti setiap kata Abang.
"Sekali lagi abang tanya...." mukaku disentuhnya agar memandang dia. "...kau suka Hendry atau tidak?"
"Err..." aku menjadi gagap tiba-tiba. Jika diselami mendalam, tipulah kalau aku tidak menyukai Hendry. Aku tidak tahu entah bila aku menyukainya. Dan aku tidak tahu ini perasaan cinta atau bukan. Tetapi jelas sekali, aku mahu hidup bersama dia.
"Hmmm..." Abang mengeluh berat apabilaku gagal menjawabnya.
"Mana Hendry?" Soalnya pada kedua orang gaji di tepi.
"Ada kat luar, Datuk" cepat Kak Suriati menjawab sebelum Pak Borhan.
"Panggil dia masuk."
Sepantas kilat juga Kak Suriati bergerak. Hendry dipanggil masuk. Dengan muka tunduk dia menghadap Abang.
![](https://img.wattpad.com/cover/137812914-288-k248063.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...