Mujurlah ada penerbangan ke Johor petang itu. Aku dan Hendry berjaya menaikinya walaupun kelam kabut keluar dari Semporna. Sebelum berangkat tadi, aku sempat menelefon Pak Borhan supaya menunggu di airport.
Sepanjang perjalanan, kami langsung senyap. Hendry diam saja, dia hanya bercakap bila disoal. Hati dan perasaan kami sama tertekan saat ini. Aku berharap keadaan Abang baik-baik saja disana. Aku tahu, ini cuma taktik Uncle Stone untuk merebut harta. Mungkin sudah lama dia berlembut dengan Abang selama ini. Kalau harta yang diinginkan mampu memuaskan hatinya, aku akan cuba memujuk Abang untuk berbahagi separuh dengan Uncle Stone. Asalkan permusuhan ini diselesaikan. Apa gunanya mempertahankan harta jika nyawa yang dipertaruhkan.
Hampir dua jam di atas awan, pesawat boeing Air Asia selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Senai tepat jam tiga petang. Keluar dari imegresen, Hendry meminta diri ke tandas. Sementara itu aku menelefon Pak Bahron memberitahu kami telah sampai. Katanya dia sedang menunggu di luar pintu masuk.
Hendry muncul bersama kopi old town kegemaranku. Patutlah lama aku menunggu, rupanya menyimpang ke tempat lain. Tetapi yang membuatku marah, dia teragak-agak menghulurkan cawan kopi kepadaku.
"Elsa, awak tahu kan, saya cintakan awak..." katanya sebelum menyerahkan kopi.
"Bodoh...apa sangkut paut dengan kopi..." aku terasa ingin menendang kakinya saat ini.
Hendry tersenyum hambar padaku. Kopi diserahkan. Aku tidak menunggu lama lalu menyisip perlahan kopi yang masih berasap itu.
"Elsa...." panggilnya lagi dengan muka sayu.
"Saya tahu ini salah, tapi saya terpaksa lakukan...." katanya lagi serba salah.
Aku agak hairan mendengarnya. Namun aku kurang ambil perhatian kerana keadaan di sekeliling yang sibuk dengan orang yang lalu lalang. Setelah meneguk hampir separuh kopi tersebut, aku mengajaknya beredar.
"Elsa, perlahanlah sikit...." Hendry cuba menyaingi langkahku yang laju. "Saya belum habis cakap lagi...."
"Cakap apa lagi...." keluhku, malas peduli. "Tunggulah sampai di rumah."
Saat itu juga aku rasakan kepalaku tiba-tiba pening. Pandanganku mula berpinar-pinar. Aku berhenti melangkah memandangkan tubuhku terasa kejang. Mujurlah ada Hendry di samping tempatku bertahan.
"Elsa, awak ok tak?" Soalnya kaget.
Aku tidak dapat menjawabnya. Lidahku terasa kebas, begitu juga tubuhku. Sentuhan Hendry tidak dapat dirasaiku. Ya Tuhan, apa sedang berlaku padaku? Seolah-olah aku sedang dibius. Aku menjadi lumpuh tiba-tiba.
Kami menjadi tontonan umum sekelip mata. Mujurlah pintu keluar berada di hadapan, hanya beberapa meter dari tempat kami berdiri. Hendry segera memapahku menuju ke pintu keluar. Di luar aku melihat kelibat Pak Borhan sedang melambai ke arah kami dari seberang jalan. Mungkin Hendry tidak melihatnya. Pak Borhan segera menyeberangi jalan mendapatkan kami.
Sebuah kereta MPV berhenti di hadapan kami. Pintu kereta dibuka dari dalam. Hendry lalu mendorong tubuhku masuk ke perut kereta. Aku terkejut dengan tindakannya namun tidak mampu berbuat apa. Pintu kereta ditutup dan kereta mula bergerak. Kini aku tahu, Hendry mengkhianatiku. Aku sungguh tidak menyangka Hendry sanggup melakukan ini. Patutlah dia teragak-agak menyerahkan kopi tadi dan merepek benda bukan-bukan. Cis, dasar anjing sialan! Aku hanya mampu membentak marah dalam hati. Tidak mengapa, kau tunggu nasib kau nanti. Aku pasti kesan pil khayal ini akan hilang sejam dua. Hendry-lah orang pertama aku kerjakan nanti!
Dalam kereta, aku terbaring di atas bangku berbantalkan paha Hendry. Semakin lama, pandanganku terasa makin kabur. Objek yang dilihatku menjadi dua. Rasanya seperti khayal alkohol.
"Elsa, maafkan aku...." Hendry terusan meminta maaf. "... aku terpaksa...keluarga aku dalam bahaya. Aku tak sangka Royston bekerja dengan Stone, dan Roy ada kat rumah kakak. Kalau aku gagal, diorang akan bunuh kakak."
Hendry bersungguh-sungguh mengatakannya. Tanganku digenggam erat kononnya dia menyesali tindakannya. "Kau tahu kan nasib bapa aku...dia mati di tangan ahlong..." katanya lagi sambil teresak-esak.
Gelak tawa di sekeliling mula kedengaran. Rupanya ada beberapa orang lelaki asing bersama kami. Salah seorang duduk di hadapan bersebelahan pemandu. Dan tiga orang lagi di tempat duduk belakang. Pasti samseng upahan Stone. Mereka galak mentertawakan Hendry.
"Aku janji...aku akan selamatkan kau dengan apa cara sekalipun...."
"Sudah sudahlah tu bro, selamatkan diri dulu, baru selamatkan bini....kah kah kah..." ejek salah seorang penyamun di belakang.
"Diamlah, syaitannn!" Pekik Hendry pada mereka.
Dusssshhh!
Akibatnya, Hendry dihadiahkan tumbukan tepat pada mukanya. Sekelilingku semakin malap dan akhirnya gelap gelita. Suara gelak tawa di sekitar turut hilang begitu saja.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
RomanceElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...