Keadaan semakin memburuk. Aku rasakan awan hitam akan menghempapku bila-bila masa. Sejak kad jemputan diedarkan, aku mula terdengar macam-macam gosip di sekelilingku. Sedar tak sedar aku mula menjadi perhatian semua orang. Apabilaku lalu di sekitar mereka, semuanya berdiri tegak sambil memandangku bagai tak cukup mata.
Buat masa ini, Hendry tidak berani muncul di hadapanku. Kalau dia melihatku dari jauh, dia akan menyimpang ke arah lain. Di rumah pun sama, balik kerja dia terus berkurung hingga ke pagi esok. Dia tidak makan semeja dengan Abang lagi. Kata Kak Suriati, dia makan di luar sebelum pulang.
Abang pula berkali-kali memberi amaran takut aku melakukan kerja gila, seperti melarikan diri atau memalukan keluarga. Dokumen penyerahan kuasa telah disediakan, hanya tinggal menandatangani sahaja.
Iqram sentiasa ada disisiku saat aku memerlukan. Dia masih sudi melayanku walaupun kad jemputan telah sampai ke tangannya. Tiga hari sebelum hari malang itu, aku mengajaknya keluar. Selepas makan malam di sebuah restorant seafood, kami melepak di bistro hingga larut malam. Sebelum jam dua belas tengah malam, Iqram menghantarku balik. Tidak boleh lebih dari itu, nanti Abang akan menghantar Hendry pula macam dulu.
Sewaktu aku hendak keluar dari kereta, Iqram menghalangku. Tanganku digenggamnya membuatkan aku terpaku tidak jadi menolak pintu kereta. Dalam samar cahaya, dia merenungku sayu. Aku faham maksudnya, apa nak buat, takdir tidak menyebelahi kami. Di bistro tadi, dia memujukku supaya membatalkan perkahwinan ini. Dia mengajakku lari dari sini, jauh daripada Abang dan ayahnya. Malangnya, pujukkan dia sia-sia. Aku tidak sebodoh itu ingin melarikan diri dari harta dan hidup merempat bersamanya. Dia bukan siapa-siapa bagiku, kami hanya sekadar kawan, tidak lebih dari itu. Buat apa aku hendak lari bersamanya?
"Elsaaaa...please..." rayu Iqram, masih berusaha memujukku.
"Tolonglah faham, Iqram. Kita masih berkawan, kan. Aku ada je kat sini kalau kau ajak keluar." Pujukku cuba meleraikan tangannya.
"Masalahnya nanti kau dah tak sama...kau bini orang..."
"Apa masalahnya kalau aku bini orang? Kita kan kawan, anytime boleh jumpa."
Tangan Iqram berpindah ke mukaku, lalu diusapnya lembut membuatku terpaku. Sepanjang persahabatan kami, tidak pernah dia memperlakukan aku begini. Entah mengapa aku rasa rimas, tidak selesa dan sebagainya. Belum sempatku tepis tangannya, dia bersuara; "Elsa...i love you."
Aku tersentap. Berderau jantungku saat mendengar kalimah itu. Sejak kembali dari UK lima tahun lalu, tiada siapa pernah mengucapkannya padaku, dialah orang yang pertama berani melafazkan kalimah itu. Aku terpesona seketika, malangnya aku tidak pernah menaruh perasaan padanya. Perlahan aku turunkan tangan Iqram dari terus membelai wajahku.
"Iqram, i'm really sorry, I never loved you, but I appreciate our friendship, i love you as a friend...nothing more than that." Aku cuba jelaskan padanya dengan bersungguh-sungguh.
"So, that mean you love that guys?"
Nampaknya dia tidak puas puas hati. Aku tahu siapa yang dimaksudkannya. Aku hanya menjawab dengan gelengan. Malas melayan kerenahnya, aku lalu meminta diri.
Malam itu, aku sukar melelapkan mata. Luahan cinta Iqram menimbulkan perasaan serba salah padaku. Aku ingatkan selama ini dia iklas berkawan denganku, rupanya dia ada hati padaku. Hal seperti ini membuatkan Abang paranoid dan melarangku rapat dengan Iqram.
YOU ARE READING
Suamiku Bukan Bodoh (complete✔)
Roman d'amourElsa sangat marah dikahwinkan dengan pembantu Abangnya sendiri. Sejak itu dia membenci Hendry dan menghina lelaki itu hingga ke alam perkahwinan. Pihak ketiga mengambil kesempatan menggunakan Hendry untuk menjatuhkan Elsa dan Abangnya. Hendry terper...