Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka.
Akibatnya mereka harus hidup...
Telah berlaku sebuah pergaduhan diantara sepasang suami isteri di sebuah ruangan. Mereka kelihatan asyik bergaduh tanpa mengendahkan suasana disekeliling mereka termasuklah anak mereka.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sang anak hanya duduk bersandar di pintu biliknya sambil mendengar setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh kedua ibubapanya yang sedang bergaduh itu. Hidupnya penuh dengan konflik walaupun dalam usia yang sangat muda itu.
Sang anak tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menghentikan konflik itu. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menanti agar konflik itu berhenti. Dia hanya mahu ibubapanya berbaik semula & berhenti bergaduh. Walaupun begitu, semuanya tidak berlaku seperti yang dia bayangkan.
Pada suatu hari....
Sang ayah sudah keluar dari aparment itu tanpa berpaling ke arah sang anak mahupun sang ibu atau sang isterinya itu lalu pergi meninggalkan mereka sambil membawa barangannya. Sang anak hanya memandang sang ibu yang masih berdiri dihadapannya sambil menggalas beg & mengheret sebuah lagi beg beroda.
"Mama, ke mana mama nak pergi tu?"tanya sang anak sambil memandang sang ibunya.
Walaupun begitu, sang ibu tidak menjawab sebaliknya terus menampar sang anak itu.
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
Seseorang POV....
Aku membuka mata sebaik saja kedengaran bunyi bising yang datang dari jam loceng yang aku sudah set kan waktunya. Aku hanya menekan butang yang ada pada jam loceng itu untuk menghentikan bunyi bising itu lalu memandang jam itu.
Jam sudah menunjukkan waktu 5.30 pagi. Aku terus saja bangun lalu mengemas katil. Sebaik saja selesai, aku mencapai tuala & terus saja berjalan keluar dari bilik lalu menuju ke arah bilik air untuk mandi.
Setelah beberapa minit...
Aku memakai baju T-shirt berwarna putih & berseluar hitam lalu pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi aku.
Di dapur...
Aku terus saja menyarung sehelai apron berwarna biru gelap lalu mencuci tangan sebelum memulakan kerja untuk memasak sarapan aku untuk pagi ini.
Mungkin roti bakar bersama telur omelet atau sandwic sebagai bekalan sudah memadai bagi aku. Aku terus saja menyediakan sarapan aku sambil meletakkan beberapa keping sandwic ke dalam bekas bekalan makanan aku.
Sebaik saja selesai, aku pergi berjalan mendekati kabinet dapur lalu membukanya & mencapai satu tin makanan kucing berperisa tuna laku membukanya. Aku terus saja berjalan sambil membawa sebuah mangkuk kecil lalu meletakkan mangkuk itu ke bawah berdekatan dengan meja makan aku lalu menuangkan makanan kucing yang ada di dalam tin itu ke dalam mangkuk itu.