Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka.
Akibatnya mereka harus hidup...
Qaiser hanya terpegun sebaik saja menyedari bahawa tempat yang Dylan ingin bawanya pergi bukannya tempat biasa melainkan sebuah negara yang bernama Paris yang merupakan ibu negara kepada Perancis.
"Dylan, kau tak cakap pun yang kau nak bawa aku pergi ke Paris, Perancis ni. Aku rasa aku tak bersedia lagi ni,"kata Qaiser yang sedikit gementar.
"Hahaha, jangan risau, aku dah sediakan semua kelengkapan. Jadi, tak perlulah nervous sangat. Cuba lihat Cody yang sedang menikmati percutian ni,"kata Dylan sambil tersenyum & menunding jarinya ke arah Cody.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cody hanya melihat keadaan disekeliling dalam keadaan teruja & kagum. Dia sama sekali tidak pernah tiba di situ & kelihatan sangat seronok. Qaiser hanya tersenyum sambil memandang Cody.
"Baiklah, mari ikut sini kamu berdua. Lagipun, kita tak nak buat orang yang menjemput kita nanti menunggu terlalu lama bukan?"kata Dylan sambil menarik Qaiser & Cody.
"N..Nanti, ada orang jemput kita?!"tanya Qaiser.
Di sebuah tempat yang tidak jauh dari situ...
Mereka semua terus saja berjalan di situ & terpandang seorang wanita berambut silver sedang berada di situ sambil menunggu mereka.
"Hai, Stella! Baguslah kau sudi jemput kami! Lama betul tak jumpa kan?"kata Dylan sambil tersenyum.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hai, Dylan. Lama kita tak bertemu. Akhirnya sampai juga kau ya,"kata Stella Claude sambil memandang mereka.
"Baiklah, ini adalah kawan lama aku, Stella Claude. Dia adalah salah satu awakend yang berkerja di sebuah syarikat di sini,"kata Dylan.
"Selamat berkenalan, jadi siapa kamu berdua ni ya?"tanya Stella sambil memandang Qaiser & Cody.
"S..Selamat berkenalan, Cik Stella. Nama saya, Syed Qaiser & ini pula, Cody Axel,"kata Qaiser sambil memandang Stella sementara Cody hanya bersembunyi dibelakangnya.
"Jadi, inilah Qaiser yang kau cakapkan tu ya, Dylan?"tanya Stella.
"Ya, dialah budak tu,"jawab Dylan sambil memandang Stella.