🍀7: Latihan Bersama Mahaguru(Part 3)

1K 95 14
                                    

Di dalam kereta....

Qaiser hanya menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap. Dia tiba-tiba saja mengingati saat dimana dia memandang cermin ketika dia pergi ke bilik air tadi.

Walaupun begitu, dia hanya buat tidak tahu akan hal itu kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Qaiser, kamu dah selesai ke?"tanya Prof. Ramura yang baru saja masuk ke dalam kereta.

"Umm, ya,"jawab Qaiser perlahan.

"Kenapa ni? Kamu nampak monyok je. Ada masalah ke?"tanya Prof. Ramura.

Qaiser menggeleng perlahan lalu menyandarkan kepalanya pada kerusi. Prof. Ramura hanya mengeluh lalu menghidupkan enjin keretanya & meneruskan perjalanan mereka menuju ke tempat yang ingin ditujui itu.

Beberapa jam kemudian...

Qaiser mulai membuka matanya setelah tertidur tanpa sengaja semasa dalam perjalanan itu. Pada ketika itu, dia mulai melihat keluar tingkap & melihat suasana disebuah perkampungan yang dipenuhi dengan petak sawah padi. Dia dapat melihat beberapa orang sedang bekerja di sawah padi itu.

"Prof, dah berapa lama saya tertidur?"tanya Qaiser.

"Oh, Qaiser. Kamu dah bangun ya? Sebenarnya dah berjam-jam jugak kamu tidur,"kata Prof. Ramura.

"Hentah, tahu tidur je kau ni,"kata Dyan.

"Haih, dah lah berjam-jam pulak tu,"kata Radwan.

"Haih, tak boleh ke cakap baik sikit dengan Qaiser? Dia tanya je pun,"kata Prof. Ramura sambil menggelengkan kepalanya.

Qaiser hanya terdiam & terpandang  ke arah sebuah tempat penginapan yang tidak jauh dari situ. Prof. Ramura yang hanya memandu keretanya itu mulai memandu masuk ke dalam perkarangan tempat penginapan itu. Sebaik saja memarkir keretanya, dia terus saja mematikan enjinnya. Mereka semua pun terus saja keluar dari kereta.

"Tempat apa ni?"tanya Radwan.

"Takkan ke ni tempat penginapan?"tanya Dyan.

"Yelah, Hotel & Kolam Air Panas sakura?"kata Katrina sambil membaca sebuah papan tanda yang ada di situ.

"Apa yang kita buat kat sini, Prof??"tanya Yamiko.

Pada masa yang sama, kelihatan seorang wanita tua berjalan ke arah mereka sambil tersenyum. Mereka semua hanya memandang sang wanita tua itu.

"Selamat datang saya ucapkan ke Hotel & Kolam Air Panas sakura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat datang saya ucapkan ke Hotel & Kolam Air Panas sakura. Saya sangat mengalu-alukan kedatangan kamu semua. Marilah masuk ke dalam & saya pun dah sediakan bilik untuk kamu berempat berlatih nanti,"kata Wanita tua itu.

"Hah?! Berempat?! Takkan berlima ke?!"kata Dyan yang kelihatan terkejut akan hal itu.

Mereka terkejut akan hal itu termasuklah Qaiser. Dia hairan mengapa wanita tua itu berkata empat & bukannya lima. Adakah wanita tua itu terlupa?

Kisah Seorang Hero Yang PendiamWhere stories live. Discover now