Di hospital...
Kelihatan Qaiser sedang terbaring dia atas katil hospital di wad nya. Prof. Ramura hanya memandang sang remaja itu setelah mendengar penjelasan dari seorang doktor yang merawat sang remaja itu.
Dia benar-benar berasa sangat bersalah sebaik saja mengetahui hal sebenar yang sedang disembunyikan oleh Qaiser. Dia hanya memandang sang remaja itu yang masih belum sedarkan diri setelah melihatnya terbaring di aparment nya sebelum dirinya keluar dari situ.
Tiba-tiba, Qaiser mulai membuka matanya & memandang Prof. Ramura. Dia terus saja cuba menanggalkan topeng oksigen yang dipakai olehnya itu tetapi dihalang oleh gurunya.
"Bertenang, Qaiser. Biar saya pergi panggilkan doktor dulu,"kata Prof. Ramura.
Beberapa minit kemudian...
Doktor Azwar hanya memeriksa Qaiser. Setelah itu, dia memandang Prof. Ramura.
"Buat masa sekarang keadaan dia dah stabil & dia mungkin perlu di tahan di hospital selama 3 hari buat masa sekarang. Jadi banyakkan rehat, minum air & ambil ubat tepat pada waktu yang ditetapkan,"kata Doktor Azwar sambil memandang Qaiser lalu menarik Prof. Ramura keluar dari situ.
Di luar wad...
Doktor Azwar hanya memandang Prof. Ramura & mulai mengatakan sesuatu berkaitan dengan status kesihatan malah tentang sejarah sebuah penyakit yang dideritai oleh Qaiser.
"Sebenarnya, dia memiliki sebuah penyakit yang agak unik. Saya tak pasti apa puncanya tetapi penyakit dia agak merisaukan saya,"kata Doktor Azwar.
"Teruk sangat ke, Dr. Azwar?"tanya Prof. Ramura.
"Sebenarnya, sejak dari dulu lagi, saya pernah merawat Qaiser & dia lah satu-satunya pesakit saya yang menghidap penyakit unik ni,"kata Doktor Azwar.
"Boleh bagitau saya tentang penyakit tu dengan lebih terperinci?"tanya Prof. Ramura.
"Sudah tentu, awak sebagai gurunya, awak berhak tahu tentangnya tapi bukan di sini,"kata Doktor Azwar sambil berjalan pergi ke pejabatnya sambil diikuti oleh Prof. Ramura.
Di pejabat Doktor Azwar...
Doktor Azwar hanya duduk di mejanya sambil memandang Prof. Ramura yang duduk di kerusi yang ada dihadapannya & meletakkan catatan tentang sejarah penyakit malah status kesihatan Qaiser.
"Mengikut diagnosis saya, Qaiser menghidap sebuah penyakit yang berkaitan dengan tekanan darah. Tekanan darah dia boleh menurun & menaik secara mendadak tanpa sebarang kawalan tanpa disedari oleh dirinya. Penyakit dia mulai dikesan ketika dia berumur 7 tahun,"kata Doktor Azwar.
"7 tahun?! Jadi dia menderita penyakit ni pada usia yang semuda tu,"kata Prof. Ramura.
"Setakat ni, kes yang paling berat adalah ketika dia datang ke sini pada waktu dia berusia 10 tahun. Dia hampir koma disebabkan penyakit ni,"kata Doktor Azwar.
"Macam tu ya. Boleh saya tahu apa sindrom yang terdapat pada penyakit Qaiser?"tanya Prof. Ramura.
"Kalau diikutkan data, tekanan darahnya kemungkinan akan menurun atau menaik melebihi paras normal atau tahap merbahaya. Kadangkala, Qaiser ada cakap yang dia tak boleh bernafas dengan baik dalam sesuatu keadaan & juga pernah alami masalah pening kepala yang sangat teruk sehingga memaksa dirinya untuk baring atau duduk,"kata Doktor Azwar lagi.
Prof. Ramura hanya terkaku diam setalah mendengarkan hal itu. Dia tidak menyangka yang remaja semuda Qaiser telah menyimpan sebuah rahsia yang sangat menyedihkan itu bersendirian.
"Walaupun macam tu, penyakit dia mungkin tak dapat diubati tetapi masalah itu dapat dikawal & dikurangkan dengan pengambilan ubatan khas atau ubat tahan sakit yang diberikan kepada Qaiser,"kata Doktor Azwar.
"Ada cara lain untuk buat keadaan dia merasa lebih baik?"tanya Prof. Ramura.
"Saya sarankan yang dia perlukan banyak rehat & minum air yang mencukupi. Dia juga perlu mengambil pemakanan yang seimbang terutamanya vitamin kerana dalam pemeriksaan saya, tubuh dia sepertinya kekurangan vitamin. Apa yang lebih penting ialah dia harus belajar menguruskan masalah tekanan atau stress sebab perkara tu mungkin akan memburukkan lagi keadaan kesihatan dia,"pesan Doktor Azwar.
"Baiklah, terima kasih, Encik Azwar,"kata Prof. Ramura sambil memandang sang doktor itu.
Di wad Qaiser...
Kelihatan Qaiser hanya baring di atas katilnya. Dia tidak menyangka yang dirinya akan terlatar di atas katil hospital lagi. Dia hanya mampu mengeluh & redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Pada masa yang sama, kelihatan Prof. Ramura sedang berjalan masuk ke dalam wad nya & berjalan mendekati sang remaja itu. Sang remaja itu tanpa melengahkan masa, terus saja menukarkan posisinya & duduk di atas katil.
"Qaiser, saya nak cakap yang saya minta maaf sebab salah anggap pasal kamu,"kata Prof. Ramura.
"Takpe, s..saya faham. Kadangkala semua orang akan buat kesalahan,"kata Qaiser sambil tersenyum kelat.
Prof. Ramura hanya memandang Qaiser yang masih memakai topeng oksigen untuk bernafas. Dia berasa sangat bersalah atas apa yang telah dia lakukan.
"Qaiser, pada waktu macam ni, Doktor Azwar minta saya tolong jagakan awak. Jadi, semasa dalam tempoh rawatan kamu, saya akan awasi kamu & lakukan seperti mana yang dikatakan oleh doktor kamu,"kata Prof. Ramura.
"T..tak perlulah, Prof. S..saya boleh jaga diri. Saya dah biasa dengan benda macam ni. Menyusahkan prof saja nanti,"kata Qaiser sambil tersenyum kelat.
"Tak, Qaiser. Selepas apa yang terjadi, saya sepatutnya menebus kesalahan ni dengan menjaga kamu,"kata Prof. Ramura.
Qaiser hanya memandang gurunya itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan pada gurunya itu. Walaupun begitu, dia harus menerima apa yang telah terjadi malah membiar kan sang gurunya itu menjaga dirinya.
"Huh, baiklah, Prof. Terima kasih sebab sudi jaga saya tapi maafkan saya sekiranya ia menyusahkan prof ya,"kata Qaiser yang berada serba salah.
"Sama-sama, Qaiser. Saya gembira sangat yang awak tak kisah,"kata Prof. Ramura.
Qaiser hanya tersenyum kecil sambil memandang gurunya itu sebelum baring di atas katil semula. Walaupun begitu, dia masih lagi berasa letih kerana keadaan dirinya pada ketika itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
FantasíaAwakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup...