Di kawasan bandar di Paris, Perancis...
Qaiser hanya memandang Dylan. Dia bagaikan tidak mempercayai bahawa sang lelaki itu bakal melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya untuk memenuhi hasratnya itu.
Walaupun sudah banyak kali dia melarang sang lelaki itu, Dylan yang memang keras kepala & baginya cara terbaik yang ada ialah dia tidak perlu berbuat apa-apa melainkan redha je.
"Dah bersedia nak pergi?"tanya Dylan sambil tersenyum sinis lalu menekan satu punat pada bahagian kasutnya.
"Sedia!"kata Cody yang teruja & digendong oleh Dylan.
"Aku tak pastilah, Dylan. Aku rasa ni bukan idea yang b..baik,"kata Qaiser sambil memandang Dylan.
"Jangan merepek lah! Mari pergi bersama! Ini pasti menyeronokkan! Pegang kuat-kuat, semua!!"kata Dylan lalu terus saja mengangkat Qaiser dengan gaya bridal style & berlari sepantas kilat sehingga tidak disedari oleh sesiapa yang berada di situ.
"Ehh?! Nanti dulu, Dylan!!"jerit Qaiser kerana terkejut dengan perbuatan Dylan.
"Yeay! Jom pergi!"kata Cody dengan penuh teruja sambil berpaut dengan kuat ketika digendong oleh Dylan yang sedang berlari dengan pantas itu.
Beberapa minit kemudian, Di Arc de Triomphe...
Dylan terus saja memberhentikan langkahnya lalu meletakkan Qaiser & cody ke bawah. Qaiser hanya menghelakan nafas tanda redha sementara Cody pula semakin teruja sebaik saja mereka telah tiba di sebuah tempat yang ada di kota Paris, Perancis itu.
Pada masa yang sama, Qaiser juga turut terpegun kerana kagum dengan apa yang dai lihat dihadapannya itu. Dypan hanya tersenyum puas lalu terus saja mengeluarkan kamera miliknya.
"Tempat apa ni, Dylan?"tanya Qaiser.
"Kita sekarang berada di Arc de Triomphe,"jawab Dylan.
"Arc de Triomphe?"tanya Qaiser.
"Ya, Arc de Triomphe atau lebih dikenali sebagai Gerbang Kemenangan Dataran Bintang adalah sebuah tugu di hujung barat champs-élysées , Paris, Perancis yang terletak di pusat Dataran Charles de Gaulle atau Dataran Bintang merupakan nama asal dataran sempena bentuk "bintang" (Étoile) yang terhasil daripada pencabangan jalan memusat dari dataran ni. Tujuan pembinaannya ialah untuk memperingati askar-askar yang berjuang untuk Perancis, khususnya sewaktu Perang Napoleon yang di mana terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka pada bahagian dalam dan atas gerbang. Di bawahnya adalah Makam Askar Tidak dikenali dari Perang Dunia,"terang Dylan.
YOU ARE READING
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
FantasíaAwakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup...