Pada lewat malam itu, di dalam bilik Qaiser..
Qaiser yang tersedar daripada tidur tanpa sengaja telah terpandang Cody yang sedang berada di sebelahnya itu, sedang bersembunyi di dalam selimut dalam keadaan yang ketakutan.
"Cody? Kenapa ni? Kamu ok ke?"tanya Qaiser yang risau.
"Abang Qai, Cody takut,"kata Cody yang mahu menangis kerana terlalu takut.
"Jangan risau, abang Qai ada kat sini. Semuanya takkan apa-apa,"kata Qaiser sambil tersenyum lalu terus saja mengusap kepala Cody agar dapat menenangkan dirinya.
Cody yang ketakutan itu hanya memandang Qaiser yang sedang tersenyum malah sedang mengusap kepalanya itu. Tiba-tiba, kedengaran bunyi sambaran kilat yang kuat sehingga menyebabkan Cody menjerit ketakutan & terus saja meluru ke arah Qaiser malah memeluknya.
"Shh, semuanya takkan apa-apa. Jangan risau, abang Qaiser ada kat sini,"kata Qaiser perlahan sambil mengusap-usap kepala Cody.
Cody yang ketakutan itu hanya memeluk Qaiser sehingga dirinya mulai berasa tenang & akhirnya telah tertidur tanpa dia sedari. Qaiser yang melihat hal itu hanya tersenyum lalu terus saja membetulkan kedudukan Cody di tempat tidurnya semula & terus saja bangun daripada katil untuk pergi memeriksa keadaan yang lain.
Tak lama kemudian...
Kelihatan Qaiser mulai berjalan masuk semula ke dalam biliknya setelah memeriksa keadaan yang lain. Dia hanya menghelakan nafasnya lalu terus saja berjalan mendekati katil.
Di saat dirinya sedang berjalan mendekati katil, dia tanpa sengaja telah terpandang tilam yang menjadi tempat tidur Noe.
"Mana Noe dah pergi?"tanya Qaiser sambil mencari keberadaan Noe.
Qaiser terus saja berjalan keluar dari bilik semula untuk mencari keberadaan Noe dalam keadaan kilat yang masih tidak henti-henti menyambar itu.
Ketika dia tiba di ruang tamu, dia telah terpandang seseorang yang sedang terbaring di atas sofa & diselubungi oleh selimut lalu terus saja berjalan mendekatinya tanpa rasa ragu.
"Noe, apa awak buat kat sini?"tanya Qaiser sambil menarik selimut yang menyelubungi orang itu.
"Ah?! umm.. erm..t..takde apa-apa,"kata Noe yang cuba mengelak lalu menarik selimutnya semula.
"Awak pasti yang awak ok, Noe?"tanya Qaiser yang risau.
"Diamlah, aku ok jelah. Aku cuma nak tidur kat sini je. Jadi, lebih baik kau diam je,"kata Noe yang mulai berasa bosan dengan pertanyaan Qaiser.
Tiba-tiba kedengaran bunyi sambaran kilat yang kuat sehingga membuatkan mereka terkejut termasuklah Noe sehingga membuatkan sang remaja itu terus saja menarik selimut malah menutup mukanya.
Kerana terlalu risau akan Noe, Qaiser tanpa teragak-agak terus saja menarik selimut sang remaja itu perlahan-lahan & memandang riak wajah Noe yang kelihatan seperti berada dalam ketakutan malah kurang senang itu.
"Cakap jelah apa yang kau nak pun, Qaiser. A..Aku memang penakut & lemah kan sebab takut pada benda macam ni?"kata Noe yang kelihatan seperti kurang senang malah hanya menggenggam selimutnya sambil cuba melawan ketakutannya.
"Kau takut dengan bunyi kilat tadi ke?"tanya Qaiser.
"Mungkin adalah sikit,"kata Noe sambil menundukkan wajahnya.
"Jangan risau, semuanya takkan apa-apa. Aku ada kat sini. Lagipun, semua orang ada ketakutan tersendiri termasuklah aku,"kata Qaiser sambil mengusap kepala Noe.
Noa yang terkejut akan perbuatan Qaiser itu hanya terdiam malah terkaku lalu menutup matanya sehingga tanpa sedar, air matanya mulai mengalir.
"T.. Tolonglah jangan tinggalkan aku bersendirian dalam keadaan macam ni. A..Aku takut dengan bunyi kilat tu. I..Ia menakutkan a..aku,"kata Noe yang tidak mampu menahan air matanya lagi kerana terlalu takut malah trauma akan keadaan di situ.
YOU ARE READING
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
FantasyAwakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup...