Pada petang itu...
Dyan hanya merenung Azrean dengan seriusnya. Mereka berdua hanya saling memandang diantara satu sama lain dengan penuh seriusnya.
Qaiser yang melihat hal itu hanya terdiam seribu bahasa kerana keseriusan mereka itu. Mereka kelihatan seperti tidak berpuas hati kerana sesuatu perkara & renungan masing-masing kelihatan tajam seperti para pemangsa yang bersiap sedia untuk saling berlawan diantara satu sama lain.
Pada saat itu, Azrean hanya tersenyum sinis & dia tanpa rasa gentar sedikit pun terus saja menggerakkan tangannya & mencampakkan sesuatu diatas meja.
"Yes!! Saya menang lagi!!"kata Azrean sambil menjerit kegembiraan sebaik saja meletakkan kad nya di atas meja
"Tidak!! Aku kalah lagi!!"jerit Dyan sambil mencampakkan kad-kad yang ada ditangannya.
Qaiser tangan turut bermain dengan mereka hanya terdiam seribu bahasa. Tak sangka yang mainan kad macam ni pun diorang boleh serius sangat macam nak cari gaduh je.
"Haih, menyesal aku main dengan diorang ni,"kata Qaiser sambil menggelengkan kepalanya.
"Lagi sekali!"kata Dyan sambil memandang Azrean.
"Lagi? Abang Dyan pasti ke? Kalau kalah lagi macam mana?"sindir Azrean sambil tersenyum sinis.
"Lihat lah nanti! Aku akan kalahkan kau!!!"jerit Dyan yang tidak berpuas hati.
"Apa-apa jelah, abang Qaiser nak rehat dulu lah,"kata Qaiser lalu terus saja berbaring diatas sofa.
Mereka terus saja bermain bersama walaupun Dyan sudah kali yang ke-10 kalah dengan Azrean. Sang budak itu hanya tersenyum senang dengan hal itu.
Pada masa yang sama, kedengaran bunyi ketukan pintu tempat Qaiser tinggal diketuk oleh seseorang. Qaiser tanpa melengahkan masa terus saja bangun & membuka pintu.
Dia hanya memandang orang yang sedang berdiri dihadapan pintunya itu. Orang itu. Orang itu hanya memandang Qaiser dengan pandangan yang dingin.
"Kamu ni Syed Qaiser kan?"tanya orang itu.
"Y..ya, encik. A..ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya Qaiser.
"Saya datang ke sini untuk ambik seseorang,"kata orang itu.
Pada masa yang sama, kelihatan Azrean datang ke arah orang itu & memeluknya.
"Ayah! Awalnya ayah balik. Kerja ayah dah selesai ke?"tanya Azrean sambil memandang orang itu.
"Azrean, baguslah kamu tak apa-apa selama tinggal dengan dia,"kata Orang itu.
"Ya, ia sangat menyeronokkan! Azrean nak sangat bermain dengan abang Qaiser lagi nanti!"kata Azrean sambil tersenyum.
"Apa-apapun, nama saya Encik Azwari Arsyad. Panggil saja saya Encik Azwari & terima kasih sebab tolong jagakan anak lelaki saya selama ni,"kata Encik Azwari.
YOU ARE READING
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
FantasíaAwakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup...