☘️44: Kisah Disebalik Sebuah Nama Panggilan

715 76 15
                                        

Di Akademi Awakend Hill's....

Kelihatan Faizal hanya memandang keluar tingkap sambil termenung & duduk di mejanya saja

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kelihatan Faizal hanya memandang keluar tingkap sambil termenung & duduk di mejanya saja. Dia mulai berasa bosan sehingga tidak mengendahkan apa yang sedang diajarkan oleh Prof. Ramura di hadapan kelasnya itu.

Tiba-tiba, dia terjatuh dari kerusi sebaik saja kepalanya terkena sebuah buku yang dibaling oleh Prof. Ramura.

"Apa yang kamu termenungkan tu hah, Faizal?! Tumpukan perhatian atau siaplah saya hukum kamu nanti!"marah Prof. Ramura.

"Maaf, Prof,"kata Faizal lalu terus saja bangun & duduk di mejanya semula.

Prof. Ramura hanya menghelakan nafas sambil menggelengkan kepalanya. Dia tanpa mengisahkan hal itu terus saja menyambung semula apa yang sedang dia ajarkan dihadapan.

Sebenarnya, semenjak Qaiser membebaskan Faizal, dia telah pun diberikan sebuah tawaran untuk belajar di Akademi Awakend Hill's. Kerana saranan Qaiser, Faizal tanpa berfikir panjang terus saja bersetuju untuk pergi ke akademi itu.

Walaupun begitu, harinya tertawa bosan & kosong tanpa Qaiser yang sentiasa ada di sisinya sebagai sahabat itu. Tanpa Qaiser, hidupnya pasti tidak lengkap.

Pada waktu rehat....

Dyan hanya memandang Faizal yang sedang mengeluh sambil menggigit sebiji pau. Dia yang mulai hilang sabar terus saja mengetuk kepala Faizal.

"Adui! Sakitlah! Asal kau pukul kepala budak pandai macam aku ni?!"marah Faizal.

"Kau pun satu, asyik duduk mengeluh ni dah kenapa? Serabut kepala aku je tengok kau buat macam tu tahu tak?"kata Dyan sambil minum sekotak jus.

"Aku cuma rindukan Qaiser. Aku rasa sunyi tanpa dia,"kata Faizal sambil menundukkan kepalanya.

"Haih, Qaiser baru je pergi kelmarin. Itupun kau dah rindu ke?"tanya Dyan yang pelik dengan Faizal.

"Mestilah rindu! Kau tak tahu ke yang Ruru tu dah macam abang aku sendiri tau! Aku rasa hidup aku tak lengkap tanpa dia,"kata Faizal sambil memandang Dyan.

"Lagi satu, kenapa kau selalu panggil Qaiser dengan nama panggilan Ruru?"tanya Dyan.

"Sebenarnya, ada kisah disebalik nama tu. Biar aku ceritakan,"kata Faizal.

Imbas kembali....

Ketika itu, kelihatan Faizal yang berumur 8 tahun sedang berada di dalam kelas bersama pelajar yang lain. Pada masa yang sama, dia terpandang seorang budak lelaki yang sedang membaca buku seorang diri di hujung kelasnya.

"Hai, kau tengok buat apa tu?"tegur Faizal sambil memandang budak itu.

"H..Hai, A..Aku cuma baca buku saja,"jawab budak itu.

"Apa-apapun, nama aku, Ahmad Faizal. Kau pulak?"tanya Faizal sambil memandang budak itu.

"N..Nama aku, S..Syed Qaiser,"kata Qaiser.

Kisah Seorang Hero Yang PendiamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang