🍀13: Kisah Penderitaan Seseorang

1K 94 16
                                    

Setelah berjaya lulus dari latihan terakhir Puan Aurora, mereka akhirnya telah dibenarkan pulang. Qaiser hanya tersenyum sambil memandang Azril & Puan Aurora malah mengucapkan selamat tinggal kepada mereka sebelum bertolak pulang.

"Jaga diri kau baik-baik ya, Qaiser,"kata Azril.

"Baiklah,kau pun, Azril. Terima kasih, Puan Aurora sebab sudi melayan kami,"kaya Qaiser.

"Sama-sama, Qaiser. Jaga diri kamu baik-baik. Lagi satu, jangan lupa jaga kesihatan kamu & makan ubat tau,"kata Puan Aurora separa berbisik.

Qaiser terkaku sebaik saja mendengar apa yang dibisikkan oleh Puan Aurora. Walaupun begitu, dia terus saja bergegas masuk ke dalam kereta sebaik saja terdengar bunyi hon kereta.

Beberapa hari kemudian...

Di Akademi Awakend Hill's...

Dyan berjalan masuk ke dalam pejabat Prof. Ramura & hanya memandang sang gurunya itu. Sang guru itu hanya memandang Dyan yang kelihatan sedang memandangnya itu.

"Prof, boleh tolong ceritakan kisah hidup sebenar Qaiser?"tanya Dyan.

"Kenapa pulak? Kamu nak pergunakan dia ke apa?"tanya Prof. Ramura yang mulai mencurigai sang remaja itu.

"Tak, saya cuma nak tahu,"kata Dyan.

Prof. Ramura hanya tersenyum kecil. Nampaknya, orang pertama yang sedar diri ialah, Dyan. Hal ini pasti akan menjadi sedikit mudah. Prof. Ramura terus saja membuka laci mejanya & mengambil sebuah buku catatan lama.

"Buku apa ni, Prof?"tanya Dyan.

"Ni adalah catatan saya tentang Qaiser 2 tahun yang lepas,"kata Prof. Ramura.

"Eh? Takkan ke 2 tahun lepas, Qaiser belum masuk ke dalam Ahli Kumpulan The Awakend Clover lagi?"tanya Dyan.

"Ya, tepat sekali. Qaiser dulu berada di dalam kelas yang paling bawah & budak kelas yang paling lemah. Apa yang lebih mengejutkan, dia sendiri pun tak tahu kuasa yang dia ada & dia adalah budak yang sangat pendiam yang jauh berbeza dari sekarang,"kata Prof. Ramura.

"Habis tu? Apa kena mengena Prof dengan kisah hidup Qaiser ni?"tanya Dyan.

"Sebab saya sendiri yang lihat kisah hidup dia. Walaupun saya bukan guru dia masa tu, saya ditugaskan untuk memeriksa kehadirannya di akademi,"kata Prof. Ramura.

Imbas kembali....

Qaiser cuma seorang budak remaja berumur 13 tahun & hanya duduk diam di mejanya tanpa mendekati sesiapa. Dia juga tidak memiliki sebarang kawan kerana masalah dalam komunikasi.

Suatu hari, Prof. Ramura sedang memeriksa kehadiran kelas Qaiser sebagai guru ganti pada hari itu. Tiba-tiba, Qaiser mengangkat tangannya sambil menggigil.

"Ya? Kamu ada apa-apa masalah?"tanya Prof. Ramura sambil memandang sang remaja itu dengan dinginnya.

"S..sakit,"kata Qaiser perlahan.

"Sakit? Sakit kat mana?"tanya Prof. Ramura.

"K..kepala..kepala saya..sakit,"kata Qaiser perlahan.

Beberapa minit kemudian...

Di bilik rawatan...

Qaiser hanya membaringkan dirinya di atas katil sementara Prof. Ramura sedang bercakap dengan jururawat yang ada di situ.

"Nampaknya, mungkin awak perlu hantar dia balik,"kata jururawat itu.

"Haih, baiklah,"kata Prof. Ramura.

Kisah Seorang Hero Yang PendiamWhere stories live. Discover now