Di sebuah hospital, di dalam sebuah wad...
Qaiser mulai membuka matanya setelah lama tidak sedarkan dirinya. Pada saat yang sama, dia sedar yang dirinya sedang terbaring di atas sebuah katil & turut terpandang Noe yang sedang duduk di sisi katilnya.
"Kau ni kenapa lama sangat nak bangun hah? Kau ni tak puas tidur ke apa??"tanya Noe sambil memandang Qaiser.
"N..Noe?! A..apa kau buat-hmph?!"tanya Qaiser yang hampir menjerit kerana terkejut tetapi mulutnya sempat ditutup dengan tangan Noe.
"Ish, bising betul lah kau ni. Malam-malam buta macam ni pun kau nak bising ke?"marah Noe sambil menutup mulut Qaiser sebelum melepaskan sang remaja itu.
"M..Maaf, a..aku cuma terkejut je tadi,"kata Qaiser perlahan.
"Haih, kau ni kan. Aku nak tidur pun tak senang lah. Kau ni tengah merapu apa getah asyik duduk cakap sambil tidur ni,"rungut Noe.
"Maaf, Noe tapi apa sebenarnya dah jadi? K..Kenapa aku kat hospital ni?"tanya Qaiser sambil memandang Noe.
"Dasar tak guna! Kau tahu tak betapa marahnya aku bila dapat tahu yang kau tak keluar masa kebakaran tu?! Kau ni dah kenapa hah?! Dah lah kau pengsan masa kat dalam tu! Nasib baik ada orang selamatkan kau tahu tak?!"marah Noe lalu mengetuk kepala Qaiser.
"Adui, maafkan aku, Noe,"kata Qaiser sambil memegang kepalanya.
Pada masa yang sama, Qaiser terpandang lengan kanan Noe yang berbalut itu & mulai terdiam sebelum memandang Noe yang kelihatan seperti hanya buat tidak endah lalu berpaling ke arah lain.
"N..Noe, kau tak apa-apa ke?"tanya Qaiser yang risau.
"Diam jelah, budak. Sekarang, kau jangan cakap apa-apa & pergi tidur. Sedar sikit yang keadaan kau tu macam mana,"kata Noe lalu terus saja bangun.
"B..Baiklah,"kata Qaiser yang akur.
"Jangan kau berjaga pulak. Kalau aku tahu, siaplah kau nanti,"kata Noe lalu terus saja berjalan pergi ke arah pintu.
Qaiser hanya terdiam sebaik saja mendengar bunyi pintu yang mulai tertutup sebaik saja Noe mulai keluar daripada situ.
Dia yang hanya terdiam itu tanpa sedar mulai mengingati saat di mana dia bertemu seseorang yang benar-benar menakutkannya sehingga tanpa sedar dirinya mulai menggenggam erat selimutnya & terus saja memejam matanya untuk memaksa dirinya untuk tidur semula bagi melupakan ketakutannya buat sementara waktu.
Pada masa yang sama, di sebuah wad yang lain...
Noe yang masih berada di situ, hanya berdiri diam dihadapan pintu wad Qaiser. Dia yang tiada niat untuk berkasar pada Qaiser itu, sebenarnya hanya melakonkan hal itu. Dia yang hanya terdiam & termenung jauh itu tahu akan perkara sebenar yang terjadi sehingga tanpa sedar dia mulai mengingati saat itu semula...
(Sila Rujuk ☘️57 untuk memahami bab cerita kali ini)
Imbas kembali.....
Di dalam sebuah ruangan, di dalam pusat asuhan yang sedang diselubungi oleh api yang marak....
Kelihatan Qaiser yang sedang ketakutan hanya menutup kedua telinganya sambil menundukkan kepalanya sementara seseorang sedang berada dihadapannya sambil duduk & hanya tersenyum sinis ke arahnya.
Pada masa yang sama juga, kelihatan Noe sedang bergegas masuk ke ruangan itu & mulai mencari keberadaan Qaiser sehinggalah dia terpandang Qaiser yang sedang bersama dengan seseorang lalu segera bersembunyi disebalik tiang yang ada di situ sambil mengintip mereka secara diam-diam.
YOU ARE READING
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
FantasiAwakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup...