☘️23: Menerima Seorang Tetamu Muda

899 80 16
                                    

Budak itu hanya memeluk Mike sambil dipayungi oleh payung yang dipegang olehnya didalam hujan itu. Pada saat itu juga, budak itu terpandang Qaiser yang sedang melepaskan lelahnya itu. Mereka hanya saling memandang diantara satu sama lain.

"Umm, hai, maafkan saya. Boleh pulangkan balik kucing saya?"tanya Qaiser sambil memandang budak itu.

"Oh, maafkan saya. Ini dia,"kata budak itu lalu menghulurkan Mike kepadanya.

Beberapa minit kemudian...

Mereka berdua duduk di sebuah perhentian bas sambil menunggu hujan berhenti. Qaiser hanya mengusap kepala kucingnya itu sambil memerhatikan hujan yang sedang turun itu.

"Terima kasih sebab tolong tengokkan Mike. Maaf sebab menyusahkan kamu,"kata Qaiser.

"Takpe, saya tak kisah. Apa nama abang?"tanya budak itu.

"Nama abang, Syed Qaiser. Panggil saja Qaiser,"kata Qaiser.

"Nama saya, Nik Azrean. Panggil saja saya, Azrean,"kata Azrean.

"Azrean tunggu siapa kat sini?"tanya Qaiser.

"Azrean tunggu ayah datang ambil tapi ayah tetap tak datang lagi,"kata Azrean sambil menundukkan kepalanya.

Qaiser memandang jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 5 petang & memandang Azrean. Dia pasti yang Azrean sudah penat & berasa bosan untuk menunggu lebih lama apatahlagi dengan waktu yang sekarang.

"Apa kat kamu ikut abang balik nak tak? Bahaya duduk kat sini sorang-sorang tau,"tanya Qaiser sambil tersenyum.

"Takpe ke? Abang Qaiser takkan buat apa-apa kat saya kan?"tanya Azrean yang was-was dengan pelawaan Qaiser itu.

"Jangan risau, abang baru umur 15 tahun kot. Abang takkan culik atau bunuh kamu pun,"kata Qaiser.

Di apartment tempat Qaiser tinggal...

Qaiser membuka pintu rumahnya & masuk ke dalam sambil diikuti oleh Azrean. Sang budak itu hanya memerhatikan keadaan di dalam apartment yang menjadi tempat tinggal Qaiser itu.

"Abang Qaiser tinggal kat sini ya?"tanya Azrean.

"Ya, abang Qaiser tinggal kat sini. Kamu duduklah kat ruang tamu dulu. Abang nak salin baju kejap,"kata Qaiser sambil meletakkan Mike ke bawah & pergi ke bilik.

Di ruang tamu...

Azrean hanya duduk di sofa sambil memerhatikan suasana di ruang tamu itu. Dia hanya memerhatikan bingkai gambar-gambar yang tergantung di ruangan itu.

Pada masa yang sama, Qaiser datang sambil membawa beberapa helaian pakaian persalinan untuk Azrean.

"Apa kata kamu tukar baju dulu, Azrean. Nanti demam pulak. Maaflah, ini je baju yang abang Qaiser ada. Ini pun baju lama abang Qaiser yang masih elok,"kata Qaiser sambil menghulurkan pakaian itu kepada Azrean.

"Takpe, ini pun dah cukup,"kata Azrean.

Sebaik saja selesai menukar pakaian di dalam bilik Qaiser, dia mulai berjalan keluar dari situ. Ketika dia mahu keluar, dia terpandang meja yang terdapat di dalam bilik Qaiser & berjalan mendekatinya.

Di saat dia berjalan mendekati meja itu, dia terpandang sebuah laci meja yang tidak tertutup rapat & terus saja melihat apa yang ada di dalamnya.

"Botol berisi bat? Ubat apa ni?"tanya Azrean pada dirinya.

Dia mulai berasa risau akan keselamatannya. Dia berasa was-was dengan diri Qaiser & dia cuba untuk mencapai botol ubat itu tetapi niatnya terbatal sebaik saja Qaiser muncul & segera menutup laci mejanya itu.

Kisah Seorang Hero Yang PendiamWhere stories live. Discover now