Sebaik saja selesai menikmati sebuah minum petang yang sederhana, Dyan mulai bangun dari kerusinya & meminta diri untuk pulang.
"Maaf, aku nak minta diri dulu & ini untuk kau, Qaiser,"kata Dyan sambil menghulurkan sekeping sampul surat kepadanya.
"Apa ni?"tanya Qaiser sambil mengambil sampul surat itu.
"Ini kad jemputan hari lahir ibu aku. Aku akan buat majlis ni malam nanti. Kalau sudi, k..kau datang lah,"kata Dyan sambil mengusap belakang lehernya dengan rasa sedikit bersalah.
Dia sebenarnya mengundang Qaiser ke majlis itu untuk mendapatkan semula kepercayaan Qaiser secara perlahan-lahan untuk menjadi sahabatnya & juga sebagai tanda minta maaf atas kesalahannya itu.
"Umm, baiklah, Dyan. Kalau ada kesempatan aku datang nanti,"kata Qaiser sambil tersenyum.
Dyan terus saja berjalan keluar dari situ. Puan Flora hanya tersenyum melihat mereka berdua yang mulai berkawan. Qaiser terus saja duduk di atas kerusi sambil melepaskan lelahnya selepas melakukan kerjanya.
"Bagus kerja kamu tu, Qaiser. Kamu baliklah ya. Hari ni saya benarkan kamu balik awal,"kata Puan Flora sambil tersenyum.
"Betul ke? Tapi, takpe ke kalau saya pergi puan?"tanya Qaiser.
"Jangan risau, saya pun sebenarnya nak tutup kedai awak sikit. Apa salahnya kalau kita tutup kedai awak sikit sekali-sekala,"kata Puan Flora.
Beberapa minit kemudian...
Qaiser terus saja memandang Puan Flora yang sedang mengunci pintu kedainya itu. Dia terus saja melambaikan tangannya ke arah sang wanita itu & berjalan pulang ke rumah.
Di saat dia sedang berjalan itu, dia mulai mengingati sampul surat yang diberikan oleh Dyan. Pada mulanya, dia terkejut jugak dengan hal itu & pada masa yang sama, dia merasa senang kerana ini adalah kali pertamanya dia dijemput pergi ke sebuah majlis seperti itu.
Pada masa yang sama, dia terus saja berhenti berjalan sebaik saja menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
"Patut ke aku pergi? D..dia takkan mempermainkan aku lagi kan?"tanya Qaiser pada dirinya sendiri & memandang sampul surat itu.
Pada malam itu, Di rumah Dyan..
Kelihatan para pembantu & orang gaji Dyan sedang menghiasi sebuah ruang tamu yang besar bersempena dengan hari lahir ibunya.
"Ibu pasti suka dengan hari lahir dia yang kali ni,"kata Diana Riverside.
"Kejap lagi ibu akan balik, kakak,"kata Dyan sambil memandang kakaknya itu.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi derapan tapak kaki menuju ke arah mereka. Pada masa yang sama, mereka terpandang ibu & ayah mereka sedang berjalan masuk ke ruang itu.
YOU ARE READING
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam
FantasyAwakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup...