Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka.
Akibatnya mereka harus hidup...
Setelah beberapa hari berada di hospital, akhirnya Qaiser telah dibenarkan pulang. Prof. Ramura terus saja menghantar sang remaja itu pulang ke rumah dengan menaiki keretanya.
Di tempat tinggal Qaiser...
Qaiser & Prof. Ramura hanya duduk di atas sofa yang ada di ruang tamu. Sang guru itu hanya memandang Qaiser yang sedang minum segelas air.
"Qaiser, kamu tinggal bersendirian ke?"tanya Prof. Ramura.
"Ya, saya hanya tinggal bersendirian di sini, Prof,"jawab Qaiser.
"Mana ibu bapa kamu dah pergi?"tanya Prof. Ramura.
"Mereka..dah takde & saya cuma tinggal bersendirian di sini bersama kucing saya, Mike,"kata Qaiser sambil mengusap-usap kepala sang kucing kesayangannya yang sedang duduk di sebelah dirinya itu.
"Maaf tentang tu. Saya tak sangka kamu tinggal bersendirian. Takkan ke ia terlalu merbahaya untuk kamu tinggal bersendirian di sini dengan keadaan yang macam ni?"kata Prof. Ramura.
"Ya, saya tahu, Prof. Tapi ini lah satu-satunya tempat tinggal yang saya ada & saya dah takde sesiapa lagi selain ibubapa saya,"kata Qaiser.
"Baiklah, saya faham tapi kesihatan kamu adalah keutamaan saya, Qaiser. Penyakit kamu bukannya penyakit biasa & kamu boleh mati disebabkannya tahu,"kata Prof. Ramura.
"Ya, tapi apa saya boleh buat,"kata Qaiser sambil memandang ke arah lain.
"Kalau boleh, saya ada sesuatu nak dibincangkan dengan kamu, Qaiser,"kata Prof. Ramura.
"Boleh tapi saya perlu pergi ke dapur sekejap,"kata Qaiser lalu bangun & berjalan pergi ke dapur.
Prof. Ramura hanya memandang keadaan disekeliling ruangan itu & terpandang sebuah bingkai gambar yang tergantung di dinding yang berada di ruangan itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ni gambar ibu bapa kamu ke, Qaiser?"tanya Prof. Ramura sambil memandang gambar itu.
"Ya, itu ibu bapa saya. Tak silap saya, usia saya baru je beberapa bulan masa tu,"kata Qaiser sambil meletakkan dulang yang berisi sebuah teko & cawan itu di atas meja.
"Qaiser, saya nak ambik awak sebagai anak angkat,"kata Prof. Ramura.
Qaiser terkaku sebaik saja mendengar hal itu & memandang sang gurunya itu. Prof. Ramura hanya memandang ke arah sang remaja itu dengan serius nya.
"Prof, bergurau kan?"tanya Qaiser yang tidak mempercayai hal itu.
"Tak, saya serius dengan keputusan ni. Kamu setuju ke?"tanya Prof. Ramura.
"M.. maafkan saya, Prof. Saya bukannya ego atau apa tapi saya menolak tawaran tu. Saya lebih suka tinggal di sini & saya pun tak suka menyusahkan orang lain terutamanya Prof,"kata Qaiser.
"Tapi, macam mana dengan keadaan kamu?"tanya Prof. Ramura.
"Takpe, saya takkan apa-apa. Kalau Prof nak datang tengok keadaan saya bila-bila masa pun, datang saja ke sini. Saya tak kisah,"kata Qaiser sambil tersenyum kecil.
"Baiklah, kalau itu yang kamu mahukan,"kata Prof. Ramura sambil mengusap kepala Qaiser.
Sejak dari itu, Prof. Ramura akan datang memeriksa keadaan Qaiser pada waktu tertentu. Dia juga terlalu mengambil berat terhadap sang remaja itu kerana terlalu risau akan status kesihatan Qaiser.
Imbas kembali tamat....
Dyan hanya memandang Prof. Ramura yang baru saja selesai menceritakan sebahagian perkara tentang diri Qaiser. Dyan hanyalah terkaku diam sebaik saja mengetahui kebenaran disebalik diri Qaiser yang tidak semua orang ketahui.
"Jadi, kamu dah faham kenapa saya terlalu ambil berat pasal dia? Saya bukan saja berbuat begitu kerana dia baik tetapi kerana dia sakit. Dia tak macam kamu semua tahu,"kata Prof. Ramura.
"Baiklah, saya dah faham. Terima kasih untuk segalanya,"kata Dyan yang mulai bangun.
"Nah, baca lah catatan yang ada di dalam ni. Masih banyak lagi catatan yang saya tulis tentang Qaiser ada di dalam buku ni,"kata Prof. Ramura sambil menghulurkan sebuah buku kepada Dyan.
Dyan hanya mengangguk lalu mengambil buku itu & berjalan keluar dari bilik itu. Prof. Ramura hanya tersenyum melihat perubahan Dyan yang mulai bertambah baik. Sekurang-kurangnya, mungkin dia akan berbaik dengan Qaiser.
Pada malam itu, di rumah Dyan..
Kelihatan Dyan sedang berjalan masuk ke dalam biliknya setelah selesai mandi & terus saja mengeringkan rambutnya menggunakan sehelai tuala.
Pada masa yang sama, dia terpandang buku yang diberikan oleh Prof. Ramura & terus saja mencapainya lalu duduk di atas meja pelajaran. Dia terus saja mulai membaca buku itu catatan yang tertulis di setiap satu-persatu helaian buku.
"Aku tak sangka budak ni seorang pencinta kucing,"kata Dyan sambil membaca catatan yang terdapat pada buku itu.
Dia terus saja membaca setiap satu catatan itu. Meneliti kesemuanya untuk mengungkit setiap satu rahsia yang Qaiser sembunyikan dari mereka.
"Aku tak sangka budak pendiam ni boleh simpan rahsia yang teruk macam ni,"kata Dyan.
Dyan terus saja membaca buku itu sehingga habis & terus saja menutupnya. Banyak perkara yang dia mulai tahu tentang Qaiser. Dia tak sangka yang hidup sang remaja itu jauh lebih suram dari perwatakan Qaiser yang kelihatan tenang setiap masa.
"Dia pun ada buat kerja sampingan jugak rupanya ya. Mungkin aku patut siasat dengan lebih mendalam,"kata Dyan sambil membaca buku itu semula.