Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka.
Akibatnya mereka harus hidup...
Pada saat itu, Doktor Azwar telah membawa Puan Flora pergi ke sebuah bilik dengan menaiki sebuah kerusi roda yang ditolak olehnya. Di saat sang doktor itu mulai membuka pintu bilik itu, Puan Flora telah terpandang seseorang yang sedang duduk di atas sebuah katil & hanya ketawa riang sambil bermain bersama dengan mainannya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hai, Doktor Azwar, doktor apa khabar?"tanya Qaiser sambil tersenyum senang melihat sang doktor itu.
"Hai, Qaiser. Khabar baik saja. Kamu pula macam mana? Rasa lebih baik dari semalam?"tanya Doktor Azwar sambil berjalan mendekati sang kanak-kanak itu & memeriksanya.
"Ya, rasanya jauh lebih baik,"kata Qaiser sambil tersenyum.
"Hari ni, saya ada bawakan seseorang untuk menemani kamu. Sekarang kamu tak perlu lagi bersendirian,"kata Doktor Azwar sambil tersenyum.
"Betul ke?! Siapa-siapa?!"tanya Qaiser yang mulai kelihatan teruja.
"Memperkenalkan ini, Puan Flora. Dia akan temani kamu selama dia berada di hospital ni. Jadi tolong buat dia rasa lebih baik ya,"kata Doktor Azwar.
"Baiklah, saya akan cuba,"kata Qaiser sambil tersenyum.
Puan Flora hanya memandang Qaiser. Pada masa yang sama, Doktor Azwar mulai berjalan keluar dari situ & hanya meninggalkan mereka berdua.
"Hai, Puan Flora. Selamat berkenalan. Nama saya, Syed Qaiser. Puan boleh panggil saya, Qaiser,"kata Qaiser sambil tersenyum.
"H..hai, Qaiser. Maaf sekiranya saya menganggu kamu,"kata Puan Flora.
"Takpe, saya tak kisah. Lagipun puan datang ke sini untuk menemani saya juga jadi saya juga akan menemani puan seperti mana yang puan lakukan,"kata Qaiser sambil turun dari katilnya & berjalan mendekati sang wanita itu.
Puan Flora hanya memandang sang kanak-kanak yang sedang tersenyum itu. Dia hairan akan mengapa sang kanak-kanak itu hanya tersenyum walaupun dia sedang terlatar di atas katil hospital. Walaupun begitu, dia hanya buat tidak endah & hanya memandang ke arah lain.
Qaiser hanya memandang sang wanita itu. Dia sedar ada sesuatu yang sedang menganggu sang wanita itu. Walaupun begitu, dia cuba sedaya-upaya untuk menarik perhatian sang wanita itu pada setiap masa, saat mahupun hari setiap kali Puan Flora datang untuk menemani dirinya.
Walaupun ia mengambil masa yang sangat lama untuk mendapatkan perhatian daripada sang wanita itu, Qaiser tetap sedaya-upaya mencuba dengan pelbagai cara.
"Puan, tengoklah. Saya buat origami burung,"kata Qaiser sambil menunjukkan origami burung kepadanya.
Walaupun begitu, Puan Flora tidak memandang dirinya & hanya termenung jauh tanpa mempedulikan Qaiser. Sang kanak-kanak itu hanya menyembunyikan origami burung itu di belakangnya.
"Maaf sebab menganggu, puan,"kata Qaiser sambil tersenyum kelat.
Sang kanak-kanak itu terus saja berjalan mendekati tingkap yang ada di situ & melihat permandangan di luar. Pada masa yang sama, dia terpandang sesuatu & mulai mendapat sebuah idea.